Bahasa perihal halaman

Bahasa perihal halaman (Page description language - PDL) ialah bahasa yang memerihalkan wajah sesuatu halaman bercetak pada tahap yang lebih tinggi daripada peta bit output yang sebenar. Satu istilah yang bertindih dengan istilah itu ialah bahasa kawalan pencetak (PCL) tetapi ia harus tidak dikelirukan sebagai merujuk hanya kepada PCL Hewlett-Packard. PostScript, salah satu bahasa perihal halaman yang paling terkenal, ialah sebuah bahasa pengaturcaraan yang lengkap, berbanding dengan kebanyakan PDL yang tidak cukup lengkap untuk dianggap sebagai sebuah bahasa pengaturcaraan. Bahasa markap perihal halaman ialah penyesuaian bahasa markap PDL.

{Bahasa perihal halaman merupakan strim data teks atau data perduaan. Dari segi prinsip, strim data yang sama boleh dipergunakan banyak kali untuk menjanakan banyak salinan imej yang sama. Ia tidak sama dengan grafik antara muka pengaturcaraan penggunaan (API), seperti Antara Muka Peranti Grafik (GDI) dan OpenGL, yang boleh dipanggil oleh perisian untuk menjanakan output grafik.

Senarai sunting

Sebilangan bahasa perihalan halaman adalah seperti yang berikut

  • AFP, Advanced Function Presentation (Pembentangan Fungsi Lanjutan)
  • CPCL, Comtec Printer Control Language (Bahasa Kawalan Pencetak Comtec)
  • Diablo
  • DPL, Datamax Printer Language (Bahasa Pencetak Datamax)
  • DTPL, Datamax Ticket Printer Language (Bahasa Pencetak Tiket Datamax)
  • DVI, Device Independent (Tak Bersandarkan Peranti)
  • EPL, Eltron Programming Language (Bahasa Pengaturcaraan Eltron)
  • ESC/P, Epson Standard Code for Printers (Kod Piawai Epson untuk Pencetak), sebuah bahasa sederhana yang digunakan, terutamanya untuk pencetak matriks bintik
  • ESC/P2, versi terluas ESC/P
  • HP-GL dan HP-GL/2, bahasa geometri yang diperkenalkan oleh Hewlett-Packard untuk pemplot pen yang masih digunakan pada hari ini untuk lukisan teknik
  • InterPress
  • IPDS, Intelligent Printer Data Stream (Strim Data Pencetak Cerdas) oleh IBM
  • KPDL, Kyocera Page Description Language (Bahasa Perihal Halaman Kyocera)
  • MODCA
  • PPDS, Personal Printer Data Stream (Strim Data Pencetak Peribadi) oleh IBM
  • LCDS/Metakod, format strim cetak Xerox yang digunakan oleh pencetak laju tinggi yang lebih lama
  • PDF, Portable Document Format (Format Dokumen Mudah Alih) oleh Adobe Systems
  • PostScript
  • PCL, Printer Command Language oleh Hewlett-Packard (Bahasa Perintah Pencetak)
  • SPL, Samsung Printer Language (Bahasa Pencetak Samsung), dengan spesifikasinya boleh didapati di laman Splix
  • SVG, bahasa perihal halaman berasaskan XML yang dibangunkan, terutamanya untuk Jaringan Sejagat
  • XPS, XML Paper Specification (Spesifikasi Kertas XML) yang diperkenalkan oleh Windows Vista
  • ZJS, Zenographics ZjStream
  • ZPL, Zebra Programming Language (Bahasa pengaturcaraan Zebra)

Sesetengah bahasa di atas telah dijadikan piawai terbuka. Terdapat juga bahasa hak milik yang perinciannya tidak didedahkan secara awam.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting