Dalam model pepohon linguistik sejarah, bahasa purba ialah bahasa leluhur yang dipostulat berdasarkan beberapa bahasa nyata yang dipercayai berkembang dari bahasa purba tersebut, yang akhirnya membentuk satu keluarga bahasa. Bahasa-bahasa purba biasanya tidak dapat disahkan, atau paling bagus pun separa disahkan akan kewujudannya. Bahasa-bahasa ini direkonstruksi melalui kaedah perbandingan.[1]

Dalam metafora salasilah keluarga bahasa, bahasa purba juga dipanggil sebagai "bahasa ibunda". Kadangkala, istilah Jerman Ursprache (dari Ur- "azali, asal", dan Sprache "bahasa", disebut [ˈuːɐ̯ʃpʁaːxə] ) pula yang digunakan. Ia juga kadangkala dikenali sebagai bentuk umum atau bentuk primitif sesuatu bahasa (contohnya bahasa Jermanik Umum, bahasa Norse Primitif). [1]

Dalam peristilahan yang ketat, bahasa purba ialah leluhur bersama terdekat sesuatu keluarga bahasa, sejurus sebelum keluarga itu mula bercambah menjadi beberapa bahasa "anak" yang disahkan kewujudannya. Oleh itu, istilah ini adalah setara dengan bahasa nenek moyang atau bahasa induk keluarga bahasa[2], contoh seperti bahasa Melayu Induk yang dikemukakan oleh Asmah Haji Omar.

Selain itu, sekumpulan bahasa (seperti gugusan dialek) yang tidak dianggap sebagai bahasa yang berasingan (atas apa jua sebab) juga boleh digambarkan sebagai turunan daripada bahasa purba yang bersatu.

Definisi dan pengesahan sunting

Lazimnya, bahasa purba tidak dapat diketahui kewujudannya secara langsung. Ia mengikut takrifan rekonstruksi linguistik yang dirumuskan melalui kaedah perbandingan terhadap sekumpulan bahasa yang mempunyai ciri-ciri yang serupa. [3] Pepohon bahasa yang terhasil ialah pernyataan terhadap persamaan beberapa bahasa yang dijumpai, dengan hipotesis bahawa persamaan itu terhasil kerana bahasa-bahasa tersebut berketurunan daripada bahasa yang sama.

Kaedah perbandingan menggunakan proses pemotongan yang bermula dengan satu kumpulan ciri-ciri atau aksara yang terdapat dalam bahasa-bahasa nyata tersebut. Jika keseluruhan kumpulan itu boleh dijelaskan melalui pewarisan dari sesuatu bahasa purba yang mesti mengandungi bentuk-bentuk purba ditunjukkan oleh bahasa-bahasa tersebut, pepohon atau filogeni bahasa yang terhasil melalui penjalinan bahasa turunan dan bahasa purba dianggap sebagai penjelasan lengkap dan berkredibiliti menutur prinsip pisau cukur Occam.

Tiada pepohon bahasa termasuk juga sekecil mana dahan-dahan bahasa tersebut yang dianggap sempurna, kerana semua bahasa berevolusi melalui pemindahan melintang dengan bahasa-bahasa jirannya. Biasanya, kredibiliti diberikan kepada hipotesis yang mempunyai keserasian tertinggi. Perbezaan dalam keserasian mesti dijelaskan oleh pelbagai aplikasi model gelombang. Tahap lengkap rekonstruksi bahasa yang boleh dicapai adalah berbeza-beza, bergantung pada seberapa lengkap bukti daripada bahasa-bahasa turunan, dan pada rumusan watak oleh ahli bahasa yang mengusahakannya. Tidak semua aksara sesuai untuk kaedah perbandingan. Contohnya, item leksikal yang merupakan pinjaman daripada bahasa yang berbeza tidak menggambarkan filogeni yang akan diuji, dan, jika digunakan, akan menjejaskan keserasian. Mendapatkan set data yang betul untuk kaedah perbandingan ialah tugas utama dalam linguistik sejarah.

Beberapa bahasa-bahasa purba yang diterima sejagat ialah bahasa Afroasia Purba, bahasa Indo-Eropah Purba, bahasa Uralik Purba, dan bahasa Dravidia Purba.

Dalam beberapa contoh kebetulan yang telah digunakan untuk mengesahkan kaedah dan model, sejarah bertulis yang wujud seawal beberapa milenium yang lalu, membolehkan keturunan sesuatu bahasa purba dapat dikesan secara terperinci. Bentuk awal bahasa-bahasa turunan, dan termasuk bahasa purba itu sekali, mungkin dapat ditentusahkan dari peninggalan bertulis yang masih wujud. Contohnya, bahasa Latin ialah bahasa purba kepada keluarga bahasa Romawi, yang merangkumi bahasa-bahasa moden seperti bahasa Perancis, bahasa Itali, bahasa Portugis, bahasa Romania, bahasa Katalan dan bahasa Sepanyol. Begitu juga dengan bahasa Norse Purba yakni bahasa leluhur kepada semua bahasa-bahasa Scandinavia moden dapat dibuktikan, walaupun dalam bentuk serpihan, dalam aksara Futhark Kuno. Walaupun tidak ada batu-batu bersurat Indo-Arya yang lebih awal lagi, bahasa-bahasa Indo-Arya di negara India moden semuanya disusurgalur ke bahasa Sanskrit Veda (atau dialek-dialek yang sangat berkait rapat dengannya), yang telah terpelihara dalam bentuk tulisan dan diturunkan secara tepat melalui warisan lisan dan bertulis selama berabad-abad lamanya.

Orang pertama yang menawarkan rekonstruksi sistematik bahasa purba yang belum ditentusahkan ialah August Schleicher; dia berbuat demikian untuk bahasa Indo-Eropah Purba pada tahun 1861. [4]

Bahasa X Purba atau bahasa Pra-X sunting

Biasanya, istilah "bahasa X purba" merujuk kepada leluhur bersama terdekat bagi sekumpulan bahasa, kadangkala dapat dibuktikan tetapi kebiasaannya direkonstruksi melalui kaedah perbandingan, seperti yang berlaku pada bahasa Indo-Eropah Purba dan bahasa Jerman Purba. Peringkat yang lebih awal kepada satu bahasa X, direkonstruksi melalui kaedah rekonstruksi dalaman, dipanggil "bahasa Pra-X", seperti dalam Bahasa Pra-Jepun Kuno.[5] Rekonstruksi dalaman juga boleh digunapakai terhadap bahasa purba sehingga mendapatkan bahasa pra-purba, seperti bahasa Pra-Indo-Eropah Purba. [6]

Kedua-dua awalan tersebut kadangkala digunakan untuk peringkat belum ditentusahkan sesuatu bahasa tanpa merujuk sama ada kaedah rekonstruksi itu ialah kaedah perbandingan atau kaedah dalaman. "Bahasa Pra-X" kadangkala juga digunakan untuk substratum yang dipostulatkan, seperti bahasa-bahasa Pra-Indo-Eropah yang dipercayai telah dituturkan di Eropah dan Asia Selatan sebelum kedatangan bahasa-bahasa Indo-Eropah di sana.

Apabila beberapa peringkat sejarah bagi sesuatu bahasa wujud, peringkat tertua yang ditentusahkan kewujudannya biasanya dipanggil sebagai "bahasa X Kuno" (cth. bahasa Inggeris Kuno dan bahasa Jepun Kuno). Dalam beberapa kes lain, seperti bahasa Ireland Kuno dan bahasa Nor Kuno, istilah tersebut merujuk kepada bahasa tulisan terketara yang paling tua diketahui. Setiap bahasa-bahasa ini mempunyai peringkat yang lebih lama (iaitu bahasa Ireland Primitif dan bahasa Nor Purba) yang hanya serpihan daripada unsur bahasanya ditentusahkan.

Ketepatan sunting

Tiada kriteria objektif untuk penilaian sistem-sistem rekonstruksi yang berbeza sehingga menghasilkan bahasa-bahasa purba yang berbeza. Ramai penyelidik yang berkaitan dengan rekonstruksi linguistik bersetuju bahawa kaedah perbandingan tradisional adalah "usaha berdasarkan intuitif." [7]

Sifat berat sebelah penyelidik-penyelidik mengenai pengetahuan tanpa sedar yang terkumpul juga boleh membawa kepada andaian yang salah dan generalisasi yang keterlaluan. Kortlandt (1993) menunjukkan beberapa contoh di mana andaian umum berkenaan "sifat bahasa" menghalang penyelidikan dalam linguistik sejarah. Ahli bahasa membuat pertimbangan sendiri mereka tentang bagaimana mereka menentu "kesemulajadian" perubahan sesuatu bahasa, dan

"Akibatnya, rekonstruksi kita ada cenderung untuk mempunyai sifat berat sebelah yang kuat terhadap purata jenis bahasa-bahasa yang diketahui oleh penyiasat tersebut."

Penyiasat bahasa sebegini mendapati diri mereka terperangkap dalam kerangka rujukan linguistik mereka sendiri.

Kemunculan model gelombang menimbulkan isu-isu baru dalam domain rekonstruksi linguistik, menyebabkan penilaian semula sistem-sistem rekonstruksi terdahulu dan menafikan bahasa purba daripada "ciri-ciri keseragamannya"nya. Ini terbukti dalam keraguan Karl Brugmann bahawa sistem-sistem rekonstruksi boleh mencerminkan realiti linguistik. Ferdinand de Saussure juga akan menyatakan pendapat yang lebih pasti, menolak sepenuhnya penentuan positif nilai-nilai suara sistem-sistem rekonstruksi tersebut.

Secara amnya, isu sifat bahasa purba masih belum dapat diselesaikan, dengan ahli-ahli linguistik umumnya mengambil pendekatan realis atau abstrak. Termasuk jugalah bahasa-bahasa purba yang telah dikaji secara meluas, seperti bahasa Indo-Eropah Purba, telah mendapat kritikan kerana menonjol secara tipologi berkenaan inventori fonemik yang direkonstruksi. Alternatif-alternatif seperti teori glottalik, walaupun mewakili sistem tipologi yang kurang jarang, tetapi tidak mendapat penerimaan yang lebih meluas, malah sesetengah penyelidik mencadangkan penggunaan indeks untuk mewakili siri bunyi-bunyi plosif yang dipertikaikan. Pada hujung spektrum yang lain, Pulgram (1959:424) mencadangkan bahawa rekosntruksi bahasa Indo-Eropah Purba hanyalah "satu set formula yang direkonstruksi" dan "tidak mewakili sebarang realiti". Dalam nada yang sama, Julius Pokorny dalam kajiannya yang berkaitan topik Indo-Eropah, mendakwa bahawa istilah linguistik bahasa Indo-Eropah induk hanyalah bentuk abstrak semata-mata, yang tidak wujud dalam realiti dan harus difahami sebagai terdiri daripada dialek-dialek yang mungkin boleh ditarikhkan ke zaman paleolitik apabila dialek-dialek tersebut membentuk struktur linguistik kumpulan bahasa Indo-Eropah. [8] Pada pandangannya, bahasa-bahasa Indo-Eropah adalah semata-mata sistem isoglos yang mengikat dialek-dialek yang dioperasi oleh pelbagai suku kaum, dari mana bahasa-bahasa Indo-Eropah yang ditentusahkan muncul. [8]

Ketidaktentusahan bahasa-bahasa purba itulah bukti jelas terhadap perkara itu. Seperti yang Nicholas Kazanas [de] jelaskan:

"Falasi pertama ialah kaedah perbandingan adalah 'saintifik' dan boleh menawarkan ramalan."
[. . . ]
"Satu lagi falasi salah adalah amat sukar untuk sedar kewujudannya: iaitu andaian tidak bertulis terhadap bentuk-bentuk direkonstruksi itu adalah nyata dan pakar-pakar terlibat dalam bidang khayalan ini berbincang dan berdebat antara satu sama lain seolah-olah rekonstruksi tersebut adalah nyata kewujudannya." [9]

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ a b Campbell, Lyle (2007). Glossary of Historical Linguistics. Edinburgh University Press. m/s. 158–159. ISBN 978-0-7486-3019-6.
  2. ^ Bruce M. Rowe, Diane P. Levine (2015). A Concise Introduction to Linguistics. Routledge. m/s. 340–341. ISBN 978-1317349280. Dicapai pada 26 January 2017.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  3. ^ Koerner, E F K (1999), Linguistic historiography: projects & prospects, Amsterdam studies in the theory and history of linguistic science; Ser. 3, Studies in the history of the language sciences, Amsterdam [u.a.]: J. Benjamins, m/s. 109, First, the historical linguist does not reconstruct a language (or part of the language) but a model which represents or is intended to represent the underlying system or systems of such a language.
  4. ^ Lehmann 1993, halaman 26.
  5. ^ Campbell, Lyle (2013). Historical Linguistics: An Introduction (ed. 3rd). Edinburgh University Press. m/s. 199. ISBN 978-0-7486-4601-2.
  6. ^ Campbell (2013), p. 211.
  7. ^ Schwink, Frederick W.: Linguistic Typology, Universality and the Realism of Reconstruction, Washington 1994. "Part of the process of 'becoming' a competent Indo-Europeanist has always been recognized as coming to grasp 'intuitively' concepts and types of changes in language so as to be able to pick and choose between alternative explanations for the history and development of specific features of the reconstructed language and its offspring."
  8. ^ a b Pokorny (1953:79–80)
  9. ^ Kazanas N. 2009 Indo-Aryan Origins… N. Delhi, Aditya Prakashan. 2015 Vedic & Indo-European Studies N. Delhi, Aditya Prakashan.

Rujukan sunting