Bai Guang (27 Jun 1921 – 27 Ogos 1999), juga dikenali sebagai Pai Kwong,[1] Bai Kwong[2] dan Bai Kwang,[3] merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita China. Menjelang 1940-an, beliau menjadi salah seorang Seven Great Singing Stars.[4]

Bai Guang
Kelahiran
Shǐ Yǒngfēn (史永芬)

(1921-06-27)27 Jun 1921
Meninggal dunia27 Ogos 1999(1999-08-27) (umur 78)
Tempat ditanamTaman Peringatan Nirvana, Semenyih, Selangor, Malaysia
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1943-1959
Bai Guang
Kerjaya muzik
Berasal dariChina
GenreShidaiqu, Mandopop

Biografi sunting

Bai Guang dilahirkan sebagai Shi Yongfen (Cina tradisional: 史永芬) pada 1921 di Peking (Beijing). Semasa zaman remajanya, beliau merupakan pelajar Beiping Salon Theatrical Troupe (北平沙龍劇團), dan pernah beraksi di sandiwara Cao Yu, "Sunrise".[4] Pada 1937, beliau belajar di jabatan muzik Universiti Tokyo sehingga Perang Dunia II pada 1942. Selepas menghadiri sekolah drama, beliau ingin menjadi seorang bintang filem. Maka, nama pentasnya Bai Guang (白光), diterjemahkan kepada "Cahaya Putih".[4]

Kerjaya sunting

Lagu mandopop beliau kerap digunakan dalam kebanyakkan filemnya sebagai runut bunyi. Semasa zaman budaya yang mana suara bernada tinggi, sederhana, yang lazimnya disukai, beliau memiliki suara yang lunak dan lantang, yang membantunya menjadi seorang bintang filem di Shanghai.[4] Beliau digelar "Ratu Suara Rendah" (低音歌后).

Kerjaya Bai di layar lebar bermula pada 1943.[5] Beliau dikenali kerana menjayakan peranan menggoda kerana imej jelikannya di skrin dan juga telah menjayakan beberapa peranan jahat ketika itu. Beliau menonjolkan sikap bernada atau seksi untuk lagunya. Antara lagu terkenalnya ialah "Autumn Evening" (秋夜), "Without You" (如果沒有你), "The Pretender" (假正經), "Revisiting Old Dreams" (魂縈舊夢), dan "Waiting For You" (等著你回來).

Selepas peperangan, Bai Guang berpindah ke Hong Kong dan menyertai Great Wall Pictures. Pada 1949, A Forgotten Woman (蕩婦心) telah dipertontonkan di Hong Kong. Malah gabenor, Alexander Grantham, menjadi peminat.

Menjelang, 1950 Bai mula letih dengan filem berkualiti rendah dan bersara sebagai pelakon di China. Selepas berkahwin dengan seorang GI Amerika pada 1951, beliau tinggal di Jepun dan telah membuka sebuah kelab malam di Daerah Ginza di Tokyo pada 1953. Ia tidak bertahan lama, dan kembali ke Hong Kong, merakamkan muzik pada 1959 apabila beliau bersara secara rasmi. Pada 1969 beliau menetap di Kuala Lumpur, Malaysia,[4] yang mana beliau mengahwini seorang lelaki yang 20 tahun lebih muda daripadanya. Beliau mengadakan persembahan pada 1979 di Kaohsiung, Taiwan. Penampilan terakhirnya ialah pada 1995 di majlis penganugerahan Hong Kong's TV Top 10 Chinese Singer Award.[4]

Beliau meninggal dunia pada 27 Ogos 1999 di Kuala Lumpur akibat kanser usus pada usia 78 tahun.[4]

Legasi sunting

 
Makam Bai
 
Makam piano unik

Makam Bai terletak di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih, Selangor, Malaysia.

Filemografi sunting

  • Love Peas of Southland (紅豆生南國) (1943)
  • The Fire of Love (戀之火) (1945)
  • Sinister House #13 (十三號凶宅) (1947)
  • Spy Ring 626 (六二六間諜網) (1948)
  • Blood Stained Begonia (血染海棠紅) (1949)
  • A Forgotten Woman (蕩婦心) (1949)
  • Songs in the Rainy Nights (雨夜歌聲) (1950)
  • A Strange Woman (一代妖姬) (1950)
  • Hours Passed the Wedding (結婚廿四小時) (1950)
  • Smiling Rose (玫瑰花開) (1951)
  • Tears of Songstress (歌女紅菱艷) (1953)
  • Fresh Peony (鮮牡丹) (1956)

Rujukan sunting

  1. ^ Peony (1956) film poster at IMDb.com. Retrieved 1 July 2019.
  2. ^ 1964 Singaporean EP cover at Discogs.com. Retrieved 1 July 2019.
  3. ^ Autumn Nights album cover at Discogs.com. Retrieved 1 July 2019.
  4. ^ a b c d e f g Baidu. "Baidu." Bai Guang. Retrieved on 2007-04-28.
  5. ^ Music Sogua. "Music Sogua Singer profile Diarkibkan 2007-09-29 di Wayback Machine." Bai Guang. Retrieved on 2007-04-28.

Pautan luar sunting