Baik Punya Ah Long
Baik Punya Ah Long ialah sebuah filem komedi Malaysia akan datang arahan Afdlin Shauki yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip bersama Haris M. Nor dan Pacai. Ia merupakan filem pertama arahannya dalam tempoh 10 tahun sejak Papadom 2 (2013). Ia dijangka akan ditayangkan pada 7 Disember 2023.
Baik Punya Ah Long | |
---|---|
Pengarah | Afdlin Shauki |
Penulis |
|
Lakon layar | Afdlin Shauki |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Helmi Yusof |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan | 7 Disember 2023 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pelakon sunting
- Johan Raja Lawak
- Zizan Razak[1] sebagai Aloy
- Carmen Soo sebagai Lina
- Jino Achankunju Samuel
- Aziz M. Osman
- Chew Kin Wah
- Sangeeta Krishnasamy
- Adlin Aman Ramlie
- Afdlin Shauki
- Mia Sara Shauki
- Henzi Andalas
- Liyana Jasmay[2]
- Adibah Noor
- Sazali Samad
- Riezman Khuzaimi
- Ako Mustapha
- Anas Ridzuan
- Achey Bocey
Penerbitan sunting
Selepas filem Papadom 2 arahannya ditayangkan, Afdlin memutuskan untuk bersara dari kerusi pengarah. Bagaimanapun pada September 2020, beliau mengumumkan bahawa akan kembali mengarah filem terbaharu bagi memenuhi janjinya kepada Din Beramboi yang meninggal dunia pada April 2010 akibat demam denggi berdarah.[3]
Alumni Raja Lawak Astro musim pertama, Zizan Razak dan Johan kembali digandingkan dalam filem ini. Kali terakhir mereka digandingkan bersama ialah pada 2012 menerusi filem Uncle Usin.[4] Pra-produksi dimulakan pada 2013 dengan penggambaran dijalankan pada hujung 2020.[5]
Rujukan sunting
- ^ Ashraf Nasser (15 September 2020). "Zizan Razak dedah wataknya dalam filem "Baik Punya Ah Long"". Cinema Online. Dicapai pada 25 Oktober 2020.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (19 Oktober 2021). "Bergelar pengarah, Liyana tetap berlakon". Berita Harian. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
- ^ Badrul Hashim (2 November 2020). ""Antaranya janji kepada arwah Din Beramboi..." - Afdlin Shauki kongsi sebab realisasikan filem Baik Punya Ah Long". Astro Gempak. Dicapai pada 25 Oktober 2021.
- ^ "Zizan & Johan Bakal Bergandingan Dalam Filem Baik Punya Ah Long". Kakimuvee. 12 September 2020. Dicapai pada 25 Oktober 2021.
- ^ Nazar Rafiqhi (Oktober 2020). ""Antaranya, janji kepada arwah Din Beramboi" - Tamat shooting, Afdlin Shauki dedah 8 tahun 'peram' karya Baik Punya Ah Long". Media Hiburan. Dicapai pada 26 Oktober 2021.