Buka menu utama

Baitulmal MAIWP ialah bahagian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang berperanan dalam mengagihkan wang zakat secara langsung kepada asnaf di Wilayah Persekutuan. Sebanyak 28 Skim Agihan Zakat ditawarkan oleh Baitulmal MAIWP. Usaha membantu dan menyantuni asnaf sentiasa diutamakan. Baitulmal MAIWP telah melalui proses transformasi dibawah teraju Pengurus Bahagian Baitulmal iaitu YBhg. Ustaz Mohd Nizam bin Haji Yahya.

Permohonan bantuan daripada wang zakat tidaklah begitu merumitkan. Prinsipnya, jika anda seorang asnaf dengan bukti yang cukup melalui dokumentasi yang jelas, anda layak menerima wang zakat.

Syarat PermohonanSunting

  1. Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan
    • sekurang-kurangnya 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan

UnitSunting

  • Pembangunan Asnaf
  • Pembangunan Ummah
  • Naziran dan Pemantauan
  • Pengurusan Zakat Fitrah, Wakaf dan Sumber Am
  • Pentadbiran dan Keurusetiaan

AsnafSunting

Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-96 yang bersidang pada 24 Februari 2016 telah meluluskan penambahbaikan takrifan asnaf seperti berikut :

  1. Fakir
    • Seorang yang tidak mempunyai sebarang harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan daripada sumber-sumber lain tetapi jumlahnya tidak sampai 50% daripada had kifayah untuk keperluan asas dirinya dan tanggungannya.
  2. Miskin
    • Seorang yang mempunyai pekerjaan atau pendapatan yang melebihi 50% tetapi tidak mencapai had kifayah untuk keperluan asas dirinya dan tanggungannya.
  3. Amil
    • Mereka yang dilantik secara langsung oleh pemerintah dan ulul amri samaada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, pengagihan, pengurusan kewangan dan sebagainya.
  4. Muallaf
    • Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya).
  1. Al-Riqab
    • Orang Islam yang dibelenggu atau dieksploitasi dari aspek pemikiran, harta benda, kekuasaan dan kebebasan yang tidak mampu membebaskan dirinya daripada belenggu tersebut.
  2. Al-Gharimin
    • Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga dan tanggungannya atau masyarakat serta individu yang ditimpa musibah dan hutang yang dibenarkan oleh hukum syarak.
  3. Fisabilillah
    • Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti untuk menegak, mempertahan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya
  4. Ibnu Sabil
    • Mana-mana orang yang berada dalam perjalanan atau baru hendak memulakan perjalanan dari mana jua negeri atau negara dengan tujuan yang dibenarkan Syarak dan memerlukan bantuan bagi meneruskan perjalanan sehingga mencapai tujuan.

Takrifan asnaf adalah dirujuk kepada ayat 60 Surah At-Tawbah.

Skim Agihan ZakatSunting

TransformasiSunting

  • Borang permohonan zakat daripada 8 mukasurat dikurangkan kepada sehelai iaitu 2 mukasurat sahaja
  • Borang tidak perlu disahkan daripada mana-mana pihak termasuk pemimpin setempat
  • Setiap permohonan akan terima keputusan dalam tempoh 5 hari permohonan lengkap diterima
  • Penubuhan Skuad Jejak Asnaf
  • Penubuhan Pusat Agihan Zakat di hampir setiap kawasan Parlimen untuk memudah orang ramai

Skuad Jejak AsnafSunting

Cawangan - Pusat Agihan Zakat (PAZA)Sunting

Usaha menyantuni asnaf dikembangkan melalui penubuhan 9 buah PAZA bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan Baitulmal MAIWP. Setiap PAZA boleh menguruskan permohonan bantuan zakat. Senarai PAZA adalah seperti berikut :

  1. PAZA Cawangan Parlimen Bukit Bintang
    • Tingkat 3, UTC Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 KUALA LUMPUR No. Tel : 03- 2070 2004
  2. PAZA Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak
    • 26, Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Jalan Danau Lumayan 1, 56000 KUALA LUMPUR No. Tel : 03- 9191 0116
  3. PAZA Cawangan Parlimen Setiawangsa
  4. PAZA Cawangan Parlimen Titiwangsa
    • Mini UTC Keramat, Jalan Datuk Keramat, 54000 KUALA LUMPUR No Tel : 03-4251 8524
  5. PAZA Cawangan Parlimen Seputeh
    • Lot 4-G & 4-1, Medan Klang Lama 28, 58100 KUALA LUMPUR No Tel : 03- 7772 8425
  6. PAZA Cawangan Parlimen Batu
    • Jalan Ipoh, 51200 KUALA LUMPUR No. Tel : 03- 6259 6905
  7. PAZA Cawangan Parlimen Segambut
  8. PAZA Cawangan Parlimen Putrajaya
    • Tingkat 3, Blok D, Komplek Islam Putrajaya, No 3, Jalan Tun Razak, Presint 3, 62100 Putrajaya. No. Tel : 03-
  9. PAZA Cawangan Parlimen Lembah Pantai
    • No 93, Tingkat bawah, Jalan Bangsar, 51200 Kuala Lumpur No tel : 03- 2202 0937

PerhubunganSunting

Baitulmal MAIWP boleh dihubungi ;

Bahagian Baitulmal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Aras 20, Bangunan PERKIM

No 150, Jalan Sultan Azlan Shah

51200 KUALA LUMPUR.

Telefon : 03-4047 7600

Talian Hotline : 1 800 88 5222

Talian Skuad Jejak Asnaf : 012-518 3614 / 012-512 7614

RujukanSunting

Pautan luarSunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.