Baizura Kahar
Nurbaizura Ahmad Kahar (lahir 8 Februari 1982) merupakan seorang bekas pelakon wanita Malaysia, yang meraih kejayaan tempoh singkat dalam bidang lakonan.
Baizura Kahar | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Nurbaizura binti Ahmad Kahar 8 Februari 1982 |
Pendidikan |
|
Pusat pendidikan | Universiti Malaya (UM) |
Pekerjaan | Pelakon, penulis skrip |
Tahun aktif | 2006–2008, 2011 (sebagai pelakon) |
Pasangan | Wan Mohd Ariff (k. 2010) |
Berkelulusan dalam Ijazah dalam Kajian Media dan Komunikasi juga Ijazah dalam Seni Persembahan di Universiti Malaya, Baizura memulakan kerjaya awal sebagai pelakon iklan, kemudian model majalah, dan akhirnya dilamar pengarah Kabir Bhatia ke bidang lakonan.
Baizura diiktiraf sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi watak gadis yang mempunyai masalah psikologi setelah kematian teman lelaki dalam filem Sepi sekaligus menewaskan nama-nama besar seperti Erra Fazira, Maya Karin dan Vanidah Imran di Anugerah Skrin 2008.
Namun pada 2008, Baizura mengumumkan persaraan daripada bidang lakonan. Hayat beliau dalam industri sejak 2006 hingga 2008 namun berjaya memukau peminat filem dengan bakat besarnya.[1]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006 | Cinta | Lana | Kabir Bhatia | |
2008 | Dunia Baru The Movie | Erika | M. Hitler Zami | |
Sepi | Imaan | Kabir Bhatia | ||
Susuk | Nora | Amir Muhammad dan Naeim Ghalili |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006-2008 | Dunia Baru | TV3 | ||
2007 | Cinta Medik | TV9 | ||
2011 | Peliknya Cinta[2] | TV1 | ||
2022 | Histeria The Series | — | Astro Citra | Sebagai penulis skrip |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2007 | Kalis Cinta | TV1 |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2008 | Anugerah Skrin 2008 | Pelakon Wanita Terbaik (Filem) | Menang |
RujukanSunting
- ^ Baizura Kahar tinggalkan dunia lakonan, tumpu tulis skrip mStar Online (7 Februari 2014). Dicapai pada 2 Mei 2014.
- ^ Budiey (22 September 2011). Drama Peliknya Cinta lakonan Baizura Kahar Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Mei 2013.