Bakung labah-labah merah

(Dilencongkan dari Bakung labah labah merah)

Bakung labah-labah merah (nama botani: Lycoris radiata) ialah sejenis pokok bunga dalam keluarga Amaryllidaceae subkeluarga Amaryllidoideae. Bunga ini tumbuh asal di negara China, ia dibawa ke Jepun mungkin semasa dinasti Tang pada 700 M.[3]

Bakung labah-labah merah
HeLl gIrL JigOkU ShOuJu LyCoRiS RaDiAtA 1.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
L. radiata
Nama binomial
Lycoris radiata
(L'Hér.) Herb.
Sinonim[1][2]
  • Amaryllis radiata L'Hér.
  • Lycoris terracianii Dammann
  • Nerine japonica Miq.
  • Nerine radiata (L'Hér.) Sweet
  • Orexis radiata (L'Hér.) Salisb.

BotaniSunting

Pokok bunga bakung ini tumbuhan saka yang tumbuh dari bebawang. Helai daunnya berurat selari dengan lebar 0.5–1 sentimeter dan berjalur tengah pucat.

Bunga bakung ini berbunga pada akhir musim panas atau awal musim luruh. Bunga-bunga merah ini muncul dalam jambak payung pada tangkai 30–70 sm tinggi. Ranggi setiap kuntum bunga mengerling ke belakang dengan sulur bunga panjang;[4][5] bunga ini kembang berwarna merah terang sebelum memudar kepada warna merah jambu pekat. Daun-daunnya tumbuh selepas kembangnya bunga-bunga ini dan kekal sepanjang musim sejuk dan menghilang pada awal musim panas.[6][3]

Hubungan dengan manusiaSunting

Di Jepun, bunga ini menandakan sampainya musim luruh; ramai orang beragama Buddha melawat kubur nenek moyang mereka pada waktu ini dan menanam bunga ini di kubur-kubur tersebut sebagai penghormatan dan penghargaan kepada si mati. Oleh sebab bunga ini selalu dikaitkan dengan kematian, rakyat di negara Jepun tidak menjadikannya sebagai hadiah kepada orang ramai.[3]

RujukanSunting

  1. ^ "Lycoris radiata (L'Hér.) Herb., Bot. Mag. 47: t. 2113, p. 5 (1819)". World Checklist of Selected Plant Families. Royal Botanic Gardens, Kew. 2022. Dicapai pada 3 Ogos 2022.
  2. ^ "Lycoris radiata (L'Hér.) Herb". World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 3 Ogos 2022.
  3. ^ a b c Klingaman, Gerald (2000), Plant of the Week : Red Spiderlily, University of Arkansas Division of Agriculture, Cooperative Extension Services, diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2012, dicapai pada 13 September 2011
  4. ^ Mathew, Brian (1978), The Larger Bulbs, London: B.T. Batsford (dengan kerjasama Royal Horticultural Society), ISBN 978-0-7134-1246-8
  5. ^ L'Héritier de Brutelle, Charles Louis. 1788, Sertum Anglicum 16, as Amaryllis radiata
  6. ^ Evans, Erv & De Hertough, A.A., Lycoris radiata; Spider lily, Naked lily, Red spider lily, NC State University, diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2011, dicapai pada 13 September 2011