Bal (Melayu: Madu) ialah sebuah filem drama Turki 2010, filem ketiga dan terakhir dalam siri "Trilogi Yusuf". Filem ini menggondol anugerah filem terbaik dalam Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-60, pada 16 Februari 2010.[1]

Bal
PengarahSemih Kaplanoğlu
Dihasilkan olehSemih Kaplanoğlu
Johannes Rexin
Bettina Brokemper
DibintangiErdal Beşikçioğlu
SinematografiBarış Özbiçer
Disunting olehAyhan Ergürsel
Suzan Hande Güneri
Semih Kaplanoğlu
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
12 Mac 2010 (2010-03-12)
Masa tayangan
103 minit
NegaraTurki
BahasaTurki
Bajet€1,250,000 (anggaran)

Bal bermaksud madu. Pengarah filem ini, Semih Kaplanoglu menerima arca Beruang Emas (Goldener Bär). Filem ini hasil produksi Turki - Jerman, dan dirakam di kawasan pergunungan Turki. Sebelum ini filem Turki bertajuk Susuz Yaz pernah menang pada 1964.[1] Filem ini bakal ditayangkan di Turki pada 12 Mac 2010.

Pelakon utamanya ialah Bora Altaş yang berusia 8 tahun, sebagai Yusuf semasa kecil. Filem ini adalah tentang 'trilogi Yusuf'. Mulanya Yumurta (telur) pada 2007 dan diikuti Sut (susu) pada 2008. Trilogi ini berjalan dalam urutan kronologi terbalik.[2] Ia tentang pandangan seorang kanak-kanak terhadap dunia. Filem ini menewaskan 19 filem lain.

Sinopsis filem sunting

Sinopsis Yumurta sunting

Yumurta bermaksud 'telur'. Ia mengisahkan Yusuf semasa tuanya. Kisah tentang kematian ibunya Zahra dan kembali semula ke kampung halaman. Sepupunya Ayla menanti di kampung.

Sinopsis Sut sunting

Sut bermaksud susu. Ia mengisahkan Yusuf belajar di sekolah tinggi. Yusuf gagal dalam peperiksaan untuk memasuki universiti. Lantaran itu dia menulis puisi dan tersiar dalam beberapa makalah.

Sinopsis Bal sunting

Filem ini mengisahkan seorang anak lelaki berumur 7 tahun bernama Yusuf yang menyingkap kematian ayahnya Yakub. Dia anak yang pemalu dan dibesarkan di wilayah barat laut Turki. Ayahnya seorang penternak lebah madu di Anatolia dan ibunya Zahra bekerja di ladang teh. Kebahagiaannya direnggut apabila ayahnya tidak pulang-pulang dari hutan berdekatan. Kanak-kanak ini berkelana ke dalam hutan mencari ayah kesayangan. Filem ini hampir tidak bersuara dan berdialog. Kemudian diisi dengan sedikit dialog dan muzik latar dan suara hutan sahaja.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Berlinale reaches climax with awards ceremony, Deutsche Welle, 21 Februari 2010
  2. ^ "Egg" (PDF). Press Kit. Kaplan Film Production. 7 Mei 2007. Dicapai pada 2008-04-30.