Balada Orang Berdosa

Balada Orang Berdosa merupakan album ketiga penyanyi popular Aris Ariwatan. Tidak seperti album-album sebelum ini yang diterbitkan oleh M. Nasir, kali ini Aris bekerjasama dengan tiga komposer tersohor iaiti Fauzi Marzuki, Jenny Chin dan Mac Chew setelah Aris mengikat kontrak bersama syarikat rakaman antarabangsa EMI. Album yang berkonsepkan ketuhanan ini turut menampilkan artis undangan, Kumpulan Ilussi. Lagu paling mendapat perhatian daripada album ini adalah lagu "Permadani" yang cukup malar segar hingga kini.

Balada Orang Berdosa
Album studio oleh
Dilancarkan pada1992 (1992)
Dirakamkan pada1992
GenreRock, Nasyid, Rohani
SyarikatEMI
PenerbitFauzi Marzuki
Jenny Chin
Mac Chew
Kronologi Aris Ariwatan
"Aris Ariwatan"
(1991)
"Balada Orang Berdosa"
(1992)
"Aris"
(1994)
Single daripada Aris Ariwatan
  1. "Balada Orang Berdosa"
    Dikeluarkan: 27 Nov 1992
  2. "Kau Yang Esa"
    Dikeluarkan: 14 Jan 1993
  3. "Permaidani"
    Dikeluarkan: 23 Jun 1993
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Album ini lahir dari hasil daya kreatif dan usaha ikhlas untuk memperkenalkan seni lagu muzik Islam yang kontemporari untuk pendengar. Unsur nasyid bebas yang berentak lebih universal ini meliputi irama dan senikata yang menekankan keagungan tuhan dan keislaman, baik menerusi bentuk syahadat, wirid tertentu dan juga puisi nukilan Zubir Ali, Chairil Anwar dan A. Samad Said[1].

Senarai Lagu sunting

# Judul Lagu Komposer Penulis Lirik Masa
1 "Balada Orang Berdosa" Fauzi Marzuki Zubir Ali
2 "Do'a" nyanyian Ilussi Zubir Ali Chairil Anwar
3 "Alhamdulillah" (Interlud) P. Ramlee P. Ramlee
4 "Tetamu Senja" Siso A. Samad Said
5 "Selimut Putih" El Suraya El Suraya
6 "Keagungan Tuhan" nyanyian Ilussi Dlloyd Sam Dlloyd
7 "Tiada Tuhan Melainkan Allah" petikan Wirid dan Shahadah
8 "Kau Yang Satu" M. Nasir M. Nasir
9 "Kepadamu Kekasih" nyanyian Ilussi M. Nasir Eunosasah
10 "S.A.W" (Interlud) Dari irama tradisi Islam
11 "Permaidani" Yusri Abd Rahman Iman Zali
12 Rukun Islam (Epilog) P. Ramlee P. Ramlee


Rujukan sunting