Balada Shalawat (Balada Selawat) ialah album berkonsepkan keislaman yang juga album ketiga penyanyi Indonesia, Gita Gutawa. Ianya digubah, dirancang dan dihasilkan oleh Erwin Gutawa dan diterbitkan oleh Sony Music Indonesia. Ditulis sebagai satu cara untuk "membawa orang untuk berdoa dan memuji Allah", album itu termasuk dua buah lagu baru dan enam saduran atau gubahan semula. Hasil daripada penjualan album telah disumbangkan kepada golongan miskin.

Balada Shalawat
Album studio oleh
Dilancarkan pada2010
GenreKeislaman
BahasaBahasa Indonesia Edit the value on Wikidata
SyarikatSony Music Indonesia
PenerbitErwin Gutawa
Kronologi Gita Gutawa
Harmoni Cinta
(2009)
Balada Shalawat
(2010)
The Next Chapter (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penulisan sunting

Menurut Erwin Gutawa, Balada Shalawat ditulis untuk membawa perkataan Allah kepada orang ramai melalui muzik, yang muzik orkestra yang disediakan untuk "membawa orang untuk berdoa dan memuji kebesaran-Nya".[A][1] Beliau juga berkata ia dibuat sebagai satu cara untuk berbakti kepada masyarakat selepas kejayaan komersil album Gita sebelum ini, Gita Gutawa dan Harmoni Cinta.[2]

Penerbitan sunting

Balada Shalawat telah digubah, dirancang dan dihasilkan oleh Erwin Gutawa, bapa Gita. Ia telah dirakamkan di Aluna Studio.[1] Rakaman mengambil masa setahun, walaupun ia tidak intensif.[2]

Gita bekerjasama dengan bapanya untuk menulis dua lagu, "Lelaki Sempurna" dan "Kisah 8 Dirham". Lagu-lagu lain ialah keluaran semula dan saduran. "Ketika Tangan dan Kaki Berkata" pada asalnya dinyanyikan oleh Chrisye untuk Kala Cinta Menggoda dan "Selamat Idul Fitri" yang sebelum ini dinyanyikan secara duet bersama Haddad Alwi untuk sebuah konsert.[1][2]

Lagu "Lelaki Sempurna" dan "Kisah 8 Dirham" diilhamkan oleh Muhammad.[3] "Lelaki Sempurna" berdasarkan kepada personaliti Nabi Muhammad SAW, "jujur dan dipercayai, pintar, dan rajin".B[›][4] "Kisah 8 Dirham menceritakan perjalanan yang dibuat oleh Muhammad ke pasar, di mana beliau dengan senang hati mendermakan semua wang kepada orang miskin dan dengan itu tidak dapat membeli pakaian baru.[1] Ia telah ditulis selepas Gita mendengar penceritaan semula cerita Ustaz Fikri.[5]

Sebelum rakaman "Balada Shalawat" dalam bahasa Arab, Gita telah diajar oleh seorang Ustaz, guru yang dihormati Islam, dalam sebutan yang betul.[5]

Lagu "Ketika Tangan dan Kaki Berkata" berdasarkan dari pandangan Islam mengenai Hari Kiamat dan Surah Yasin ayat 65,[6] yang menyebut:

"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan."[7]

Dua orkestra berlainan menyediakan muzik. Orkestra Filharmonik Prague memainkan muzik untuk "Balada Shalawat", "Ketika Tangan dan Kaki Berkata", dan "Selamat Idul Fitri". Orkestra Filharmonik Victoria menyediakan muzik untuk "Salam Ramadhan".[1]

Senarai runut sunting

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Lelaki Sempurna"Erwin Gutawa, Gita Gutawa (idea oleh Triawan KH)Erwin Gutawa, Gita Gutawa4:14
2."Balada Shalawat"4:43
3."Kisah 8 Dirham"Erwin Gutawa, Gita Gutawa (idea oleh Ustaz Fikri)Erwin Gutawa, Gita Gutawa3:23
4."Ketika Tangan dan Kaki Berkata"Taufiq IsmailChrisye4:50
5."Idul Fitri"N.NN.N.3:38
6."Jalan Lurus"Taufiq IsmailN.N, Opiek5:49
7."Surga di Telapak Kakimu[C]"Doni Sibarani, Gita GutawaBudi Rahardjo4:45
8."Salam Ramadhan"Taufiq IsmailIdru Al-Hanbay, Andi Risno3:52


Gaya sunting

"Ketika Tangan dan Kaki Berkata" disertai dengan muzik orkestra itu, bersama-sama dengan suara soprano Gita, "menekankan kedalaman makna".D[›] "Balada Shalawat" disertai dengan muzik lebih klasik.[5]

Keluaran dan sambutan sunting

Balada Shalawat dikeluarkan pada Ogos 2010, semasa Ramadhan, dengan semua keuntungan daripada jualan akan didermakan kepada mereka yang serba kekurangan.[2] "Lelaki Sempurna" dan "Kisah 8 Dirham" telah dikeluarkan sebagai single.[8]

Muzik video telah diterbitkan untuk "Balada Shalawat", dengan tema Ramadhan. Ia diarahkan oleh Rizal Montavani dan difilemkan di Kota Tua Jakarta, Jakarta.[9]

Catatan penjelasan sunting

  1. ^ Original: "... semoga kemegahan orkestra bisa mengantarkan orang untuk bersalawat memuji kebesaran-Nya".
  2. ^ Original: "... jujur, dapat dipercaya, cerdas dan rajin".
  3. ^ Versi secara langsung, dari Konsert Kotak Musik Gita Gutawa
  4. ^ Original: "... membuat lagu ini terasa dalam maknanya".

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Balada Shalawat (booklet). Gita Gutawa. Jakarta: Sony Music Indonesia. 2010. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)CS1 maint: others (link)
  2. ^ a b c d "Gita Gutawa Bersedekah Lewat 'Balada Shalawat'". KapanLagi.com. 14 Ogos 2011. Dicapai pada 12 Ogos 2011.
  3. ^ Mega Laraswati (16 Ogos 2011). "Gita Gutawa Ibadah dan Bersedekah Lewat `Balada Shalawat`". Boleh.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 March 2012. Dicapai pada 12 August 2011.
  4. ^ Mega Laraswati (16 Ogos 2011). "Kriteria Lelaki Sempurna Gita Gutawa". Boleh.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 March 2012. Dicapai pada 12 August 2011.
  5. ^ a b c "Gita Gutawa Lepas Album Balada Shalawat". Bali Post. 16 Ogos 2010. Dicapai pada 12 Ogos 2011.
  6. ^ Taufiq Ismail. "Ketika Mulut Tak Lagi Berkata". University of Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2016. Dicapai pada 15 Julai 2011.
  7. ^ "Surrah Yasin" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Mac 2014. Dicapai pada 15 Julai 2011.
  8. ^ Eko Hendrawan Sofyan (14 Ogos 2011). "Gita Gutawa: Album untuk Kemanusiaan". Kompas. Dicapai pada 12 Ogos 2011.
  9. ^ "Gita Gutawa Banyak Permintaan". Cekricek.co.id. 16 Ogos 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-25. Dicapai pada 12 August 2011. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting