Balai Seni Negara

(Dilencongkan dari Balai Seni Lukis Negara)

Balai Seni Negara (atau BSN) (dahulunya: Balai Seni Visual Negara) yang ditubuhkan pada 28 Ogos 1958, setahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan daripada British. Namun, idea penubuhannya mula dikemukakan sejak tahun 1954 hingga 1956 oleh Majlis Kesenian Persekutuan (Malaya Arts Council) yang ditunjangi oleh Mubin Sheppard (kini Tan Sri) dan Frank Sullivan, (beliau ialah pentadbir Balai Seni Lukis Negara yang pertama selain Setiusaha Lembaga Amanah BSVN sehingga tahun 1970). Galeri ini merupakan badan berkanun yang menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Ia juga menerima sumbangan dari badan korporat dan penaja untuk melangsungkan aktiviti-aktiviti seni sampingan.

Balai Seni Visual Negara
بالاي سني ۏيسوال نڬارا
Bangunan Balai Seni Visual Negara
Bangunan Balai Seni Visual Negara
Map
Balai Seni Negara is located in Bumi
Balai Seni Negara
Balai Seni Negara (Bumi)
Maklumat am
Nama lama
Balai Seni Lukis Negara
Ditubuhkan27 Ogos 1958; 65 tahun yang lalu (1958-08-27)
Ketua PengarahAmerudin Ahmad[1]
Maklumat geografi
Negara Malaysia
Lokasi
2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak
Koordinat3°10′25″N 101°42′18″E / 3.17361°N 101.70500°E / 3.17361; 101.70500Koordinat: 3°10′25″N 101°42′18″E / 3.17361°N 101.70500°E / 3.17361; 101.70500
Maklumat pelawat
Laman sesawang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Berikut adalah kementerian-kementerian yang pernah menaungi pentadbiran Balai Seni Lukis Negara:

Ordinan untuk menubuhkan Lembaga Amanah Balai Seni Visual Negara Malaysia dimaktubkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada tahun 1959 melalui Akta 516: Akta Balai Seni Lukis Negara 1959.

Dalam usaha untuk mempromosi kesedaran dan penghargaan seni dalam kalangan setiap golongan masyarakat, objektif utama Balai Seni Visual Negara adalah untuk mempersembahkan pameran dari dalam dan luar negara, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni lain serta berusaha memperkembangkan koleksi tetapnya yang kini merangkumi lebih 2,500 karya.

Rujukan Nama sunting

  • 1958 - 1997

Balai Seni Lukis Negara (BSN)

National Art Gallery

  • 1978 - 1980

Muzium Seni Negara (MSN)

National Art Museum

  • 1981 - 2010

Balai Seni Lukis Negara (BSLN)

National Art Gallery of Malaysia

  • 2011 - 2016

Balai Seni Visual Negara (BSVN)

National Visual Art Gallery

  • 2017

Balai Seni Negara (BSN)

National Art Gallery

Premis bangunan sunting

Pada 27 Ogos 1958, asalnya sebuah bangunan dua tingkat yang terletak di No. 109, Jalan Ampang, Kuala Lumpur – bersebelahan bangunan parlimen pertama Malaysia (waktu itu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu)– telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi menempatkan dengan rasminya institusi Balai Seni Visual Negara Malaysia.

Namun ia dipindahkan berhampiran Muzium Negara. Asalnya bangunan ini ialah Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Pada 13 November 1998, serentak pelancaran Pameran Seni Lukis Antarabangsa Asia ke-13 di Kuala Lumpur, ia kemudiannya berpindah ke premis baru yang terletak di Jalan Temerloh Off Jalan Tun Razak. Bangunan tersebut dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 27 September 2000. Bangunan yang mempunyai ciri-ciri senibina yang tersendiri ini terletak di antara Istana Budaya dan Perpustakaan Negara Malaysia. Kedudukannya juga tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bangunan BSVN mengandungi 6 buah galeri, sebuah bengkel dan gedung kreatif, pusat sumber, sebuah audiotorium yang memuatkan 144 tempat duduk dan juga pejabat bahagian pentadbiran BSVN.

Artis di lobi sunting

Peminat seni lukis berpeluang berinteraksi dengan pelukis tanah air melalui program Artis di Lobi pada 24 Mei hingga 10 Jun 2010. Rektor Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara), Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa menyatakan pelukis boleh berinteraksi, mempamer dan menjual karya mereka. Antara pelukis yang terlibat ialah Osman Akhbar, Mah Ai Ching dan Thanggarajoo.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "CARTA ORGANISASI LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA" (PDF). Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara. 26 Januari 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-26. Dicapai pada 2018-03-26.
  2. ^ Ruang Pelukis Di Balai Seni Lukis Negara Bernama

Pautan luar sunting