Balto III: Wings of Change

Balto III: Wings of Change (Balto III: Sayap Perubahan) ialah sebuah susulan straight-to-video Amerika Syarikat 2004 kepada filem animasi 2002 Universal Studios Balto II: Wolf Quest.

Balto III: Wings of Change
Penutup keluaran DVD
PengarahPhil Weinstein
PenulisCliff Ruby
Elana Lesser
Dihasilkan olehPhil Weinstein
David W. King
DibintangiSean Astin
Jodi Benson
Keith Carradine
Charles Fleischer
Maurice LaMarche
Kathy Najimy
David Paymer
Jean Smart
Bill Fagerbakke
Charity James
Kevin Schon
Carl Weathers
Disunting olehKen Solomon
Muzik olehAdam Berry
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehUniversal Studios Home Entertainment
Tarikh tayangan
30 September 2004
Masa tayangan
78 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris

Jalan cerita sunting

Anak Balto Kodi bekerja untuk US Mail. Kodi menyukai kerjannya dan teman-teman barunya Dusty, Kirby dan Ralph. Balto teruja akan kapal terbang yang telah tiba di Nome. Dia berhajat untuk terbang seperti kapal terbang itu. Apabila juruterbang Duke menawar untuk mengambil tempat anjing surat, Kodi dan temannya risau tentang kehilangan kerja mereka. Mereka berasa geram terhadap juruterbang itu. Sementara itu, Boris dilamun cinta terhadap seekor angsa betina bernama Stella. Stella mengajak Boris untuk terbang bersamanya, tetapi Boris takut tinggi. Dia menunggu sehingga detik terakhir sebelum dia akhirnya menipu Stella, menuntut bahawa dia mengalami sebilangan kecederaan yang menghalangnya daripada terbang.

Satu perlumbaan diadakan antara pasukan anjing tarikan dengan kapal terbang itu. Kodi hendak bapanya mengetuai pasukannya. Balto tidak pasti, tetapi selepas diyakinkan oleh Jenna, dia menerima tawaran itu. Tidak lama selepas itu, Duke menemui Balto di kapal terbangnya. Mereka berdua menjadi sahabat, kerana Duke tahu tentang cara Balto menyelamatkan kanak-kanak bandar itu. Hari berikutnya, perlumbaan itu akan bermula. Boris membesar-besarkan cara dia menipu Stella kepada Balto, tanpa menyedari bahawa Stella berada di belakangnya. Stella sangat kemarahan dan menyekatkan Boris di dalam salah satu daripada karung surat, yang dibawa ke dalam kapal terbang itu. Perlumbaan bermula ke White Mountain dan kembali. Pada mulanya, kapal terbang itu semudahnya mengalahkan anjing-anjing itu. Tetapi dalam perjalanan kembali, kapal terbang itu tiba-tiba hilang. Pasukan anjing itu memenangi perlumbaan itu, dan Kodi yakin bahawa kerjanya selamat. Tetapi Balto masih meraguinya, mengejutkan anaknya.

Apabila kapal terbang itu belum tiba, Balto mengesyaki bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku. Dia pergi mencari Duke, tetapi Kodi enggan membantunya, mengatakan bahawa Duke ialah musuh mereka kerana mencuba untuk mengambil kerja Kodi. Selepas Balto pergi, Jenna terkejut dan marah bahawa Kodi tidak pergi membantu dan mementingkan kerjanya melebihi nyawa seorang manusia. Kodi sedar bahawa tanggungjawabnya adalah untuk membantu bapanya.

Dalam perjalanan, Balto bertemu dengan Stella, yang mengatakan bahawa Boris berada di dalam kapal terbang itu juga. Stella memarahi Boris, tetapi juga merindui Boris dan mengaku bahawa dia yang mengejar Boris ke dalam karung surat. Dengan bantuan Stella, dan Muk dan Luk, Balto menjumpai lokasi tapak kemalangan itu, tetapi tidak sebelum menghadapi dua ekor moose garang. Boris terus dijumpai, dan Stella dan kedua-dua beruang kutub itu pulang ke rumah. Balto tidak pergi. Dia menjumpai Duke (yang kakinya patah) dan cuba mengangkut Duke ke Nome di atas kepingan logam.

Tetapi dalam perjalanan kembali, sebuah jambatan ais yang diseberangi oleh Balto mula runtuh. Balto dan Duke hampir terjatuh ke dalam gaung, tetapi Kodi dan teman-temannya tiba tepat pada masanya untuk menyelamatkan mereka berdua. Anjing-anjing itu bantu membawa Duke pulan ke Nome dan Balto dipuji sebagai wira sekali lagi. Stella akhirnya mengampuni Boris, dan Duke membina sebuah kapal terbang yang baharu dipanggil "Balto Flyer" dengan Balto dan Duke terbang di dalamnya.

Pelakon sunting

External links sunting