Band of Sisters (siri TV)

Band of Sisters (Hangul언니는 살아있다; RREonnineun Salaidda) ialah sebuah drama Korea Selatan tahun 2017 dibintangi oleh Jang Seo-hee, Kim Ju-hyeon, Kim Da-som dan Oh Yoon-ah. Drama ini disiarkan menerusi saluran SBS bermula 15 April sehingga 14 Oktober 2017 sebanyak 68 episod.

Band of Sisters
Juga dikenali sebagai
  • Sister is Alive
  • Unni is Alive
Genre
PenciptaLee Yong-suk (SBS Drama Production)
Ditulis olehKim Soon-ok
PengarahChoi Young-hoon
Dibintangi oleh
Negara asalKorea Selatan Korea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod68
Penerbitan
Penerbit eksekutifAhn Suk-joon
Tempoh siaran70 minit (Episod 1-40)
35 minit (Episod 41-68)
Syarikat penerbitan
FNC Add Culture
Syarikat pengedaran
SBS
Penyiaran
Saluran asalSBS
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal15 April 2017 (2017-04-15) – 14 Oktober 2017 (2017-10-14)
Pautan luar
Laman sesawang

SinopsisSunting

Drama ini mengisahkan tentang tiga wanita iaitu Min Deul-rae, Kim Eun-hyang dan Kang Ha-ri yang kehilangan orang yang mereka sayangi pada masa yang sama. Deul-rae kehilangan ibu tercinta, manakala Eun-hyang kehilangan anak kesayangannya, serta Ha-ri kehilangan suami yang dicintainya. Mereka kemudian bertemu antara satu sama lain lalu mereka bersama-sama bekerjasama dalam mencari dalang sebenar disebalik kejadian tragis yang menimpa terhadap orang-orang yang mereka kasihi. Mereka akhirnya mengetahui bahawa dalang disebalik kejadian tersebut adalah angkara Yang Dal-hee.

Manakala Dal-hee yang ingin mengelakkan dirinya daripada diberkas polis kemudian melarikan diri ke Vienna, Austria. Disana dia bertemu dengan Sera Park, iaitu majikannya. Namun, pada suatu hari tanpa sengaja, Dal-hee telah terbunuh Sera akibat daripada pertengkaran mereka. Kejadian itu kemudian dimanfaatkan oleh Dal-hee dengan menyamar dan mengubah identitinya sebagai Sera Park. Dal-hee kemudian kembali ke Korea dan bertemu serta memaksa Goo Se-joon, iaitu seorang pewaris keluarga Goo yang kaya raya untuk mengahwininya bagi mendapatkan perlindungan dan dia juga berhasrat ingin merampas harta keluarga mereka. Namun, segalanya terbongkar apabila Vicky Jung, iaitu ibu kandung Sera Park yang sebenarnya muncul lalu mendedahkan identiti sebenar Dal-hee kepada Se-joon serta ayah mertuanya, Goo Pil-mo. Vicky menjelaskan bahawa Sera Park yang sebenarnya telah mati dibunuh oleh Dal-hee lalu dia menyamar sebagai anaknya selama ini. Manakala Deul-rae, Eun-hyang dan Ha-ri yang kini mengetahui perkara sebenarnya kemudian bertekad ingin membuatkan hidup Dal-hee bakal terseksa dan meringkuk kedalam penjara dengan bukti-bukti kukuh yang mereka ada.

PelakonSunting

Karakter utamaSunting

Kumpulan GongryungSunting

Orang berkaitan dengan Ha-riSunting

Orang berkaitan dengan Deul-raeSunting

  • Sung Byung-suk sebagai ibu Deul-rae

Orang berkaitan dengan Eun-hyangSunting

Watak lainSunting

Pautan luarSunting