Bandar Baru Bangi


Bandar Baru Bangi terletak di timur Putrajaya dan di selatan Bandar Kajang. Ia terdiri daripada 16 Seksyen yang merupakan bandar terancang kedua di Malaysia selepas Shah Alam dan pihak pemaju kedua-dua bandar ini ialah Penbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Bandar Baru Bangi
Pemaju utama Bandar Baru Bangi
Pemaju utama Bandar Baru Bangi
Nama samaran: BBB
Bandar Baru Bangi yang terletak di Malaysia
Bandar Baru Bangi
Bandar Baru Bangi
Bandar Baru Bangi yang terletak di Selangor
Bandar Baru Bangi
Bandar Baru Bangi
Koordinat: 2°53′9.2″N 101°46′47.48″E / 2.885889°N 101.7798556°E / 2.885889; 101.7798556
Negara Flag of Malaysia.svg Malaysia
Negeri Flag of Selangor.svg Selangor Darul Ehsan
Daerah Hulu Langat
Mukim Kajang
Tahun pembukaan 1974 Masihi
Kerajaan
 - Pentadbir Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
 - YDP Y.B. Dato' Hassan Nawawi Bin Abd Rahman
 - ADUN Y.B. Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) - N25 Kajang
 - ADUN Y.B. Ustaz Mohd Shafie Bin Ngah (PAS) - N26 Sungai Ramal
 - Ahli Parlimen Y.A.B. Dr. Ong Kian Ming (DAP) - Bangi P102
Zon masa MST (UTC+8)
Poskod 43650, Bandar Baru Bangi
Kod kawasan +03


LokasiSunting

 
Pemandangan Bandar Baru Bangi Dari Bangi Golf Resort

Bandar Baru Bangi terletak di dalam daerah Hulu Langat dan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Bandar Baru Bangi terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Kajang dan 6 kilometer dari Bangi Lama. Sebenarnya istilah Bangi Lama tidak wujud secara rasmi, ia cuma untuk membezakan kedua-duanya.

Bangi Bandar IlmuSunting

Pada 22 Jun 2008, Bangi Bandar Ilmu telah dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang sedang memulakan Program Jejak Ilmuwan di negeri Selangor pada masa itu.[1]

Hasrat menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai bandar yang terus berfungsi melahirkan generasi `Iqra` dan penempatan yang menepati `Baldah Tayyibah wa Rabbun Ghafur`, sekali gus sebagai Bandar Al-Baladil Amin`. Ini selaras kedudukannya dengan dikelilingi pelbagai institusi pengajian tinggi diantaranya:

Dengan pemasyhuran Bangi Bandar Ilmu diharap dapat menyemarakkan lagi aktiviti penerokaan dan pencambahan ilmu di kawasan ini. Dengan itu juga diharap lebih banyak jalinan kerjasama dapat diwujudkan di kalangan pelbagai institusi pengajian tinggi, tokoh ilmuan, badan berkenaan, masjid dan surau serta institusi agama demi meningkatkan imej Bangi sebagai bandar ilmu. Pengisiannya juga tentu sekali akan turut membabitkan pelbagai wacana ilmiah, agama, budaya serta isu semasa serta penghasilan bahan penerbitan sebagai rujukan untuk generasi masa depan.

Institusi pendidikanSunting

Pelbagai institusi pendidikan dan pusat latihan yang terdapat di Bandar Baru Bangi serta kawasan sekitarnya:

  • Kolej Poly-tech MARA [KPTM]
  • Institut Perguruan Islam
  • Institut Latihan Maybank
  • Institut Latihan CIMB
  • Institut Latihan Public Bank
  • National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH)
  • NIOSH Certification
  • Universiti Tenaga Nasional
  • Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI)
  • German-Malaysian Institute (GMI)
  • Infrastucture University Kuala Lumpur (IUKL/KLIUC/IKRAM
  • Lembaga Perlesenan Sawit Malaysia (MPOB)
  • Akademi Percukaian Malaysia - LHDNM
  • MEA Technology Centre

Sekolah-sekolahSunting

Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan

Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan

Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan Negeri

  • Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi

Sekolah Persendirian

Kawasan perindustrianSunting

Sebagai sebuah bandar terancang yang dibina pada tahun 1970-an, bandar ini dilengkapi dengan zon perumahan, zon perniagaan, zon rekreasi dan zon perindustrian. Zon perindustrian ini dinamakan Kawasan Perindustrian Bandar Baru Bangi. Ia terletak di Seksyen 10 dan 13. Banyak kilang didirikan di sini kerana premium tanah yang rendah dan dilengkapi dengan infrastruktur yang canggih. Antara kilang yang ada di sini ialah :

  • Sony
  • Hitachi
  • Upha
  • Sapura
  • Datapos
  • Onkyo
  • Denso
  • Nichicon
  • Permanis(Pepsi)
  • Sadoshima
  • Ryoka
  • Okumura
  • Taisho (Livita)
  • Slumberland
  • Stenta Films (M) Sdn Bhd
  • Pharmaniaga Sdn Bhd.
  • EDGENTA PROPEL SDN BHD.
  • Y.S.P Industries Sdn Bhd.
  • PLUS SECTION C5.


Sebuah kawasan perindustrian baru juga dibina iaitu Kawasan Perindustrian Selaman.

Kegiatan ekonomiSunting

Bandar Baru Bangi menjadi pusat petempatan kerana terdapat pelbagai jenis ekonomi seperti perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan. Hal ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan menjadi tumpuan pengunjung luar. Terdapat pelbagai sektor perniagaan kini rancak diusahakan bagi memenuhi keperluan penduduk Bandar Baru Bangi terutama di lot-lot perniagaan di Seksyen 7, 8 dan 9.

Bengkel automotifSunting

Kedai Telefon BimbitSunting

izmobileacc - Pusat pakar baiki smartphone bangi , kajang Bumiputera

Kedai MakanSunting

  • Asian & Western Fusion Restaurant [3]

Pusat Membeli-belahSunting

  • Kompleks PKNS
  • Kipmall Bangi
  • Bangi Gateway
  • De Centrum City Mall
  • Evo Mall

Butik PakaianSunting

Bandar Baru Bangi kini dikenali sebagai kawasan industri pakaian yang penting. Terdapat pelbagai jenis perniagaan berkaitan butik terdapat di Bandar Baru Bangi. Kepelbagaiannya merangkumi koleksi bayi dan kanak-kanak hinggalah kepada koleksi orang dewasa baik wanita mahupun lelaki. Setiap butik yang terdapat di Bandar Baru Bangi menawarkan koleksi yang unik dan qualiti yang bermutu tinggi. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.


  • Butik Mawaddah Izzati - Koleksi Tudung Labuh Trendy. [htttp://www.mawaddahizzati.com]
  • Butik Labeyla - Koleksi tudung dan pakaian wanita, Laman web rasmi
  • Butik Gorgeous Mom Outlet - Khusus untuk ibu menyusu dan kelengkapan bayi, Laman web rasmi Diarkibkan 2014-03-05 di Wayback Machine
  • Butik Ariani - Koleksi tudung dan pakaian wanita
  • Butik Fahada - Koleksi tudung dan pakaian
  • Sutera Naqiyyah - Koleksi pakaian sutera untuk lelaki dan wanita, Laman web rasmi Diarkibkan 2010-02-21 di Wayback Machine
  • Butik Qalesha - Butik pakaian untuk bayi dan kanak-kanak berjenama, Laman web rasmi
  • Hajaba - Koleksi tudung dan jubah wanita
  • Marian - Koleksi tudung dan pakaian wanita
  • Butik Qasha - Koleksi tudung dan pakaian wanita
  • Butik Mum Dreams - Butik khas koleksi ibu mengandung
  • Butik Siti Khadijah - Koleksi tudung dan telekung : www.sitikhadijah.com
  • Tudung Fareeda - Koleksi tudung
  • Al-Ikhsan - Koleksi sukan
  • Butik Sutra Ungu - Butik pakaian wanita Baju Kurung Moden, Pahang, Riau, Kurung Biasa dan Jubah (dewasa dan kanak-kanak)
  • Butik Zaida - Pusat Sehenti Muslimah
  • Moodha Boutique - Butik Pakaian Muslimah, Baju kurung Moden dan Pelbagai, www.facebook.com/Moodha Boutique
  • Butik Baju Korporat - Pusat pakaian seragam Laman web rasmi
  • Butik Tateh- Pusat Kelengkapan Ibu dan Bayi www.tateh.com.my

Pusat KewanganSunting

Pusat PercetakanSunting

  • PutiHitaM Percetakan ( PHM )
  • Purple Print
  • kakicopy - [4]

RekreasiSunting

Taman Tasik CempakaSunting

 
Taman Tasik Cempaka, kelihatan juga Pusat Membeli Belah Bangi Utama.,

Telah dibangunkan oleh kerajaan negeri atas permintaan penduduk Bandar Baru Bangi dan kawasan sekitarnya yang menginginkan sebuah kawasan rekreasi dan tempat beriadah di tempat mereka. Taman Tasik Cempaka mendapat namanya berikutan dari banyaknya pokok bunga cempaka yang ditanam sebagai tumbuhan yang menghiasi lanskapnya.Ralat petik: Tag <ref> tidak ditutup dengan </ref>

Perancangan bandar satelit ini yang juga merupakan bandar kedua terbesar selepas Bandaraya Shah Alam, adalah berdasarkan perancangan bersepadu yang dijangka mampu meneruskan pembangunan yang bukan sahaja dapat menampung kediaman 60,000 orang penduduk, tetapi juga menyediakan aktiviti komersil, perindustrian, perniagaan, institusi latihan, rekreasi dan pendidikan. Ini adalah sesuai dengan saranan Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada masa itu, untuk mengubah perspektif masyarakat, dan ekonomi Malaysia daripada Pertanian kepada Industri. Dengan itu, Ladang-ladang kelapa sawit dalam daerah Hulu Langat ini dipilih sebagai kawasan penempatan baru.

Berkonsepkan Bandar dalam taman, kawasan lapang seluas 82 ekar dilengkapi dengan sistem dua lengkongan jalan besar dan lorong-lorong jalan kaki dan berbasikal yang menyambungkan aktiviti-aktiviti di antara satu sektor dengan yang lain. Bandar Baru Bangi juga telah dibahagikan kepada 16 Seksyen.

Sebuah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia telah dirancang pembinaannya untuk membentuk suatu institusi yang mendokong cita-cita dan aspirasi masyarakat Melayu, dan mengukuhkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Universiti ini mempunyai misi untuk menghasilkan graduan-graduan bertaraf dunia daripada pendidikan berteraskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar selain menjadi pemangkin kepada pembangunan setempat - Bandar Baru Bangi.

LokasiSunting

 
Pemandangan Bandar Baru Bangi Dari Bangi Golf Resort

Bandar Baru Bangi terletak di dalam daerah Hulu Langat dan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Bandar Baru Bangi terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Kajang dan 6 kilometer dari Bangi Lama. Sebenarnya istilah Bangi Lama tidak wujud secara rasmi, ia cuma untuk membezakan kedua-duanya.

Asal namaSunting

Versi 1 : 'Wangi' disebut 'Bangi' jika ibu bapa merujuk bau anak kecil mereka yang baru mandi.

Versi 2 : Nama Bangi berkaitan dengan bau iaitu 'Wangi' dalam telo Jawa. Bukit UKM pada peringkat awal penerokaannya ialah sebuah hutan tebal yang diduduki orang halus. Pada waktu senja, bau wangi akan mencucuk hidung dan semua wanita dan kanak-kanak akan masuk ke rumah kerana orang halus hadir berhampiran mereka. Ada yang percaya makhluk-makhluk ini telahpun dipindahkan ke kawasan lain oleh seorang pengamal perubatan islam di situ.

Versi 3: Asal perkataan Bangi ialah 'bangor' yang bermaksud bau busuk melantung dari ikan-ikan keli kering yang dijemur di tepian sawah padi. Sebelum Sungai Semenyih diluruskan sekitar tahun 1965, kawasan Bangi Lama pernah ditanam sikit-sikit dengan padi sawah.

Lihat juga Sejarah Bangi

Bangi Bandar IlmuSunting

Pada 22 Jun 2008, Bangi Bandar Ilmu telah dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang sedang memulakan Program Jejak Ilmuwan di negeri Selangor pada masa itu.[2]

Hasrat menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai bandar yang terus berfungsi melahirkan generasi `Iqra` dan penempatan yang menepati `Baldah Tayyibah wa Rabbun Ghafur`, sekali gus sebagai Bandar Al-Baladil Amin`. Ini selaras kedudukannya dengan dikelilingi pelbagai institusi pengajian tinggi diantaranya:

Dengan pemasyhuran Bangi Bandar Ilmu diharap dapat menyemarakkan lagi aktiviti penerokaan dan pencambahan ilmu di kawasan ini. Dengan itu juga diharap lebih banyak jalinan kerjasama dapat diwujudkan di kalangan pelbagai institusi pengajian tinggi, tokoh ilmuan, badan berkenaan, masjid dan surau serta institusi agama demi meningkatkan imej Bangi sebagai bandar ilmu. Pengisiannya juga tentu sekali akan turut membabitkan pelbagai wacana ilmiah, agama, budaya serta isu semasa serta penghasilan bahan penerbitan sebagai rujukan untuk generasi masa depan.

Institusi pendidikanSunting

Pelbagai institusi pendidikan dan pusat latihan yang terdapat di Bandar Baru Bangi serta kawasan sekitarnya:

  • Kolej Poly-tech MARA [KPTM]
  • Institut Perguruan Islam
  • Institut Latihan Maybank
  • Institut Latihan CIMB
  • Institut Latihan Public Bank
  • National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH)
  • NIOSH Certification
  • Universiti Tenaga Nasional
  • Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI)
  • German-Malaysian Institute (GMI)
  • Infrastucture University Kuala Lumpur (IUKL/KLIUC/IKRAM
  • Lembaga Perlesenan Sawit Malaysia (MPOB)
  • Akademi Percukaian Malaysia - LHDNM
  • MEA Technology Centre

Sekolah-sekolahSunting

Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan

Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan

Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan Negeri

  • Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi

Sekolah Persendirian

Kawasan perindustrianSunting

Sebagai sebuah bandar terancang yang dibina pada tahun 1970-an, bandar ini dilengkapi dengan zon perumahan, zon perniagaan, zon rekreasi dan zon perindustrian. Zon perindustrian ini dinamakan Kawasan Perindustrian Bandar Baru Bangi. Banyak kilang didirikan di sini kerana premium tanah yang rendah dan dilengkapi dengan infrastruktur yang canggih. Antara kilang yang ada di sini ialah :

  • Sony
  • Hitachi
  • Upha
  • Sapura
  • Datapos
  • Nichicon (M)
  • Onkyo
  • Denso
  • Permanis(Pepsi)
  • Sadoshima
  • Ryoka
  • Okumura
  • Taisho (Livita)
  • Slumberland
  • Stenta Films (M) Sdn Bhd
  • Pharmaniaga Sdn Bhd.
  • EDGENTA PROPEL SDN BHD.
  • Y.S.P Industries Sdn Bhd.
  • PLUS SECTION C5.


Sebuah kawasan perindustrian baru juga dibina iaitu Kawasan Perindustrian Selaman.

Kegiatan ekonomiSunting

Bandar Baru Bangi menjadi pusat petempatan kerana terdapat pelbagai jenis ekonomi seperti perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan. Hal ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan menjadi tumpuan pengunjung luar. Terdapat pelbagai sektor perniagaan kini rancak diusahakan bagi memenuhi keperluan penduduk Bandar Baru Bangi terutama di lot-lot perniagaan di Seksyen 7, 8 dan 9.

Bengkel automotifSunting

Kedai Telefon BimbitSunting

izmobileacc - Pusat pakar baiki smartphone bangi , kajang Bumiputera

Kedai MakanSunting

Pusat Membeli-belahSunting

  • Kompleks PKNS
  • Kipmall
  • Bangi Gateway
  • De Centrum City Mall
  • Evo Mall

Butik PakaianSunting

Bandar Baru Bangi kini dikenali sebagai kawasan industri pakaian yang penting. Terdapat pelbagai jenis perniagaan berkaitan butik terdapat di Bandar Baru Bangi. Kepelbagaiannya merangkumi koleksi bayi dan kanak-kanak hinggalah kepada koleksi orang dewasa baik wanita mahupun lelaki. Setiap butik yang terdapat di Bandar Baru Bangi menawarkan koleksi yang unik dan qualiti yang bermutu tinggi. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.


  • Butik Mawaddah Izzati - Koleksi Tudung Labuh Trendy. [htttp://www.mawaddahizzati.com]
  • Butik Labeyla - Koleksi tudung dan pakaian wanita, Laman web rasmi
  • Butik Gorgeous Mom Outlet - Khusus untuk ibu menyusu dan kelengkapan bayi, Laman web rasmi Diarkibkan 2014-03-05 di Wayback Machine
  • Butik Ariani - Koleksi tudung dan pakaian wanita
  • Butik Fahada - Koleksi tudung dan pakaian
  • Sutera Naqiyyah - Koleksi pakaian sutera untuk lelaki dan wanita, Laman web rasmi Diarkibkan 2010-02-21 di Wayback Machine
  • Butik Qalesha - Butik pakaian untuk bayi dan kanak-kanak berjenama, Laman web rasmi
  • Hajaba - Koleksi tudung dan jubah wanita
  • Marian - Koleksi tudung dan pakaian wanita
  • Butik Qasha - Koleksi tudung dan pakaian wanita
  • Butik Mum Dreams - Butik khas koleksi ibu mengandung
  • Butik Siti Khadijah - Koleksi tudung dan telekung : www.sitikhadijah.com
  • Tudung Fareeda - Koleksi tudung
  • Al-Ikhsan - Koleksi sukan
  • Butik Sutra Ungu - Butik pakaian wanita Baju Kurung Moden, Pahang, Riau, Kurung Biasa dan Jubah (dewasa dan kanak-kanak)
  • Butik Zaida - Pusat Sehenti Muslimah
  • Moodha Boutique - Butik Pakaian Muslimah, Baju kurung Moden dan Pelbagai, www.facebook.com/Moodha Boutique
  • Butik Baju Korporat - Pusat pakaian seragam Laman web rasmi
  • Butik Tateh- Pusat Kelengkapan Ibu dan Bayi www.tateh.com.my

Pusat KewanganSunting

Pusat PercetakanSunting

RekreasiSunting

Taman Tasik Cempaka

 
Taman Tasik Cempaka, kelihatan juga Pusat Membeli Belah Bangi Utama.,

Telah dibangunkan oleh kerajaan negeri atas permintaan penduduk Bandar Baru Bangi dan kawasan sekitarnya yang menginginkan sebuah kawasan rekreasi dan tempat beriadah di tempat mereka. Taman Tasik Cempaka mendapat namanya berikutan dari banyaknya pokok bunga cempaka yang ditanam sebagai tumbuhan yang menghiasi lanskapnya.[3]

Sebuah sungai kecil dari cawangan Sungai Langat telah disekat aliran airnya untuk menjadi sebuah tasik buatan. Kawasan takungan air tersebut telah diperdalamkan dan kawasan sekitarnya telah diperindahkan lagi dengan pelbagai tanaman pokok-pokok hiasan.

Diantara kemudahan-kemudahan awam yang disediakan ialah trek joging sepanjang 3 kilometer yang mengelilingi taman tasik ini.

Skatepark Taman Tasik CempakaSunting

Perpustakaan Daerah Hulu LangatSunting

Persiaran Pusat Bandar 1, Pusat Bandar Baru Bangi, 43650 Bdr Baru Bangi, Selangor DE

Bangi SuperbowlSunting

Terletak di tingkat 4, kompleks membeli belah Bangi Utama.

RujukanSunting

  1. ^ mks.[1][pautan mati kekal] MB Selangor rasmi Bangi sebagai 'Bandar Ilmu', 23 Jun (Hrkh)
  2. ^ mks.[2][pautan mati kekal] MB Selangor rasmi Bangi sebagai 'Bandar Ilmu', 23 Jun (Hrkh)
  3. ^ Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi SALAMBANGI Jun 26, 2012

Pautan luarSunting

Koordinat: 2°57′N 101°46′E / 2.950°N 101.767°E / 2.950; 101.767

Seksyen

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15