Bandar Baru Nilai merupakan sebuah perbandaran baru di Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. Bandar Baru Nilai merupakan salah satu lokasi di dalam koridor pertumbuhan Lembah Wawasan Malaysia 2.0 (MVV2.0) yang meliputi kawasan barat Negeri Sembilan (daerah Seremban dan Port Dickson).

Bandar Baru Nilai
Pemandangan Bandar Baru Nilai
Pemandangan Bandar Baru Nilai
Mohor rasmi Bandar Baru Nilai
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
DaerahSeremban
Pentadbiran
 • Ditadbir olehMajlis Perbandaran Nilai
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah38,612
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak tersedia
Kod panggilan kebangsaan06

Lokasi sunting

Bandar Baru Nilai terletak di dalam daerah Seremban dan tertakluk di bawah pentabdiran Majlis Bandaraya Seremban.

Bandar Baru Nilai terletak kira-kira 23 kilometer dari bandar Seremban dan 4 kilometer dari Nilai (Pekan Nilai atau dikenali sebagai Nilai Lama). Sebenarnya istilah Nilai Lama tidak wujud secara rasmi, ia cuma untuk membezakan kedua-duanya.

Rekreasi sunting

Dataran Nilai sunting

 
Dataran Nilai

Dataran Nilai menjadi mercu tanda baru kawasan Majlis Perbandaran Nilai dengan terdirinya Menara Jam. Dataran Nilai lebih menampakkan ciri Negeri Sembilan dengan pembinaan pusat kraftangan yang menonjolkan binaan seperti rumah di Kuala Pilah, Rembau dan Jempol.

Dataran Nilai turut menyediakan padang permainan kanak-kanak dan padang bola untuk kegunaan orang ramai yang boleh memohon melalui Majlis Perbandaran Nilai. Selain itu terdapat juga bangunan kraftangan, mini amphitheater, pentas, tempat letak kereta, pondok bas dan sebagainya.

Dataran Nilai ini menjadi pilihan keluarga pada hujung minggu kerana ia terletak di tengah bandar. Ia juga mungkin boleh dijadikan alternatif kepada warga Kuala Lumpur yang mahukan pemandangan baru.[1]

Taman Awam Nilai sunting

 
Taman Awam Nilai

Taman Awam Nilai dalam kawasan Majlis Perbandaran Nilai adalah unik kerana dihiasi mural enam Perdana Menteri Malaysia. Mural yang diperbuat daripada batu granit, turut diselitkan maklumat latar belakang pemimpin negara bagi pengetahuan orang ramai yang bertandang. Taman Awam Nilai juga dikenali sebagai laman dwifungsi berikutan peranannya sebagai tempat beriadah, mendapatkan ketenangan menerusi susunan pepohon dan paling penting, mendidik generasi muda mengenai pemimpin negara.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Dataran Nilai". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-09. Dicapai pada 2015-10-11.
  2. ^ "Taman Awam Nilai". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2015-10-11.