Bandar Baru Sungai Buloh merupakan sebuah kawasan perumahan baru yang menyamai keluasan sebuah bandar di Sungai Buloh, Selangor,Malaysia. Sungai Buloh terletak di utara Kuala Lumpur iaitu dalam jarak 22km serta Shah Alam sejauh 29km melalui tol Sungai Buloh di lebuhraya Utara Selatan serta , berjirankan Bukit Rahman Putra dan Kampung Paya Jaras Dalam. Terletak dalam mukim Sungai Buloh dalam daerah Petaling dan ditadbir oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam. Dua buah skolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh. Ianya dibangunkan oleh pihak Emkay dan dibuka pada era 1980an. Ia turut terletak dalam DUN Paya Jaras dalam Parlimen P107 Subang

Lihat jugaSunting