Chenderiang

(Dilencongkan dari Bandar Chenderiang)
Bandar Chenderiang
Coat of arms of Perak.svg
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahDaerah Batang Padang
MukimBandar Chenderiang
KeluasanN/A

Chenderiang terletak di daerah Tapah, Perak, Malaysia. Lebuh raya Utara Selatan melalui kawasan Chenderiang, di sebelah kiri dan kanan. Kawasan ini diairi oleh Sungai Chenderiang, yang turun dari kawasan gunung dan bukit di sebelah Barat.

Nama "Chenderiang" berasal dari perkataan cantik dan 靓 (liang), yang juga membawa makna cantik dalam kedua-dua bahasa Malaysia dan Mandarin.[1] Terdapat sebuah tokong berusia lebih 100 tahun yang dikenali sebagai Tokong Shui Yue Gong yang didirikan pada tahun 1892.[2]

Kawasan ini dahulunya ramai orang Melayu. Kawasan yang berhampiran ialah Kampung Sungai Genting, Temoh, Kampar, Mambang Di Awan, Kampung Pahang Taman Bukit Hijau dan Kampung Lubuk Katak.

Dalam sastera Melayu lama, tokoh penutur Penglipurlara Pawang Ana dan anaknya Mir Hassan tinggal di sini dan pernah diwawancara oleh Winstedt. Antara karya yang dituturkan ialah cerita Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda.


Air terjun Chenderiang turut menarik perhatian pengunjung terutama penduduk tempatan yang mengetahui keindahan air terjun dan jeram di sini. Nama rasminya ialah Lata Kinjang, kira-kira 9 km di utara Chenderiang. Orang Asli suku Semai telah lama tinggal di sini. Mereka mendapat bekalan air minuman dari kawasan air terjun. Air terjun ini dapat dilihat jika kita melalui Lebuh raya Utara Selatan.

Lombong arang batu juga terdapat di Chenderiang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Chenderiang mula beroperasi pada 6 Januari 2003.

Masjid di ChenderiangSunting

  1. Masjid Jamek , Kampung Kinjang 35300 Cenderiang , Perak
  2. Masjid Jamek Ar-Rahmaniah 35300 Cenderiang , Perak

RujukanSunting

Pautan luarSunting