Bandar Ketengah Jaya

Bandar Ketengah Jaya merupakan sebuah bandar baru yang terletak di daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Bandar ini dibangunkan sebagai pusat komersial dan pentadbiran setempat untuk penduduk di enam rancangan FELDA iaitu Rancangan FELDA 1, Rancangan FELDA 2, Rancangan FELDA 3, Rancangan FELDA 4, Rancangan FELDA 5 dan Rancangan FELDA 6. Selain itu, terdapat juga taman-taman perumahan seperti Taman Murni dan Taman Takwa yang dibina berhampiran dengan Bandar KETENGAH Jaya. Walaupun tinggal di kawasan yang berlainan, mereka menganggap jiran tetangga sebagai sebuah keluarga yang besar.

Sejarah sunting

Pada tahun 1978, kawasan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang pertama wujud di Bandar KETENGAH Jaya ialah Rancangan FELDA Kerteh 1 dengan keluasan 40 hektar. Oleh sebab kawasan penempatan ketika itu terlalu luas untuk 400 orang peneroka, kawasan tersebut kemudiannya dibahagikan kepada tiga buah rancangan lagi iaitu Rancangan FELDA Kerteh 6, Rancangan FELDA Kerteh 4 dan Rancangan FELDA Kerteh 5.

Beberapa tahun seterusnya, dua buah lagi rancangan FELDA ditambah iaitu Rancangan FELDA Kerteh 2 dan Rancangan FELDA Kerteh 3 yang diletakkan secara kelompok, berbeza dari empat rancangan yang asal. Kini, penduduk di rancangan FELDA sudah pun memasuki generasi yang ketiga.

Populasi sunting

Jumlah penduduk di Bandar KETENGAH Jaya dan kawasan-kawasan sekitar melebihi 26,000 orang di mana golongan warga tua mencatatkan jumlah yang paling ramai diikuti oleh kanak-kanak. Hal ini kerana kebanyakan anak-anak muda telah berhijrah ke bandar untuk mencari pendapatan yang lebih lumayan.

Susun atur binaan rumah di kawasan rancangan penempatan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ini adalah secara berpusat dan terancang. Sekitar tahun 1978, kebanyakan rumah di sini tidak dilengkapi dengan kemudahan asas yang mencukupi.

Generasi yang menghuni di sini adalah generasi ketiga. Bermula dari generasi yang kedua, corak kehidupan penduduk mulai berubah, di mana sebilangan anak peneroka telah berjaya dalam bidang pendidikan dan profesional seperti menjadi doktor, jurutera dan sebagainya.

Sosioekonomi sunting

Sektor ekonomi penduduk di Bandar KETENGAH Jaya dijana melalui aktiviti perladangan, pertanian, keusahawanan dan penternakan. Sumber ekonomi utama mereka datang dari ladang-ladang kelapa sawit. Golongan muda pula lebih berminat makan gaji di sektor awam, swasta dan kontraktor. Sebahagian kecil penduduk mencari pendapatan tambahan melalui aktiviti perniagaan seperti membuka bengkel motosikal, bengkel kereta, kedai tayar/rim kereta, kontraktor elektrik, kedai mobile phone, mini market, hardware, kedai jahit pakaian, kedai makan, kedai runcit dan juga warung-warung makanan.

Sektor pertanian adalah satu kegiatan ekonomi terpenting dalam menjana pendapatan penduduk di Bandar KETENGAH Jaya. Lebih daripada 1,400 hektar kawasan tanah rancangan digunakan untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit. Setiap peneroka di tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengusahakan sekurang-kurangnya empat hektar tanah yang ditanam dengan kelapa sawit. Jenis kelapa sawit baharu yang ditanam di FELDA ini ialah sawit Ian Gambir. Sebelum itu, mereka menanam sawit jenis Dura. Buah kelapa sawit Dura mempunyai tempurung yang tebal, manakala sawit Ian Gambir mempunyai tempurung yang nipis. Sawit Ian Gambir adalah hasil kajian terbaru bio-teknologi yang menunjukkan kualiti minyaknya mempunyai mutu yang lebih baik berbanding sawit Dura.

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut menyumbang kepada pendapatan penduduk. Industri pembuatan sos cili, jeruk, cuka dan lain-lain merupakan antara perusahaan yang diusahakan oleh kaum hawa. Pengusaha-pengusaha IKS memperoleh bantuan daripada pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan kerajaan negeri bagi membantu mereka meningkatkan perusahaan yang diusahakan. ______________________________

Generasi Kedua Ketengah Jaya sunting

Generasi kedua iaitu pokok kelapa sawit yang di tanam semula. Generasi kedua juga melibatkan anak peneroka Felda yatim piatu dan yang belum atau telah berkahwin mempunyai anak sendiri. Mereka tersebut adalah pengganti untuk menjadi Imam muda, bilal di masjid / surau, menguruskan Agama Islam, Rukun Iman, menguruskan ikatan saudara ISLAM (Tetangga) muslimah dan muslimah serta rumah dan ladang kelapa sawit. Inilah tugas yang wajib di amalkan ke atas generasi kedua pada anak - anak generasi pertama.

BERSATU TEGUH. BERERTI KITA TEGUHKAN AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DI KETENGAH JAYA DAN NEGARA MALAYSIA.

BERCERAI KITA ROBOH. BERERTI KITA MEROBOHKAN AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DI KETENGAH JAYA DAN MALAYSIA.


Kemudahan Asas sunting

Fail:Bandar Ketengah Jaya, Terengganu.jpeg
Dewan orang ramai di Bandar Ketengah Jaya.

Pelbagai kemudahan asas telah dibekalkan kepada penduduk di sekitar Bandar KETENGAH Jaya. Setiap rumah dibekalkan dengan bekalan air dan elektrik. Hampir kesemua penduduk di sini memiliki telefon bimbit. Walaupun begitu, telefon awam masih disediakan untuk kegunaan masyarakat setempat.

Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di sekitar Bandar KETENGAH Jaya termasuklah masjid, surau, sekolah, Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA), pejabat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), klinik kesihatan, pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), perpustakaan desa, pondok Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA), dewan, pejabat pos, balai polis dan balai raya yang disediakan untuk keperluan penduduk. Semua kemudahan tersebut diselenggarakan oleh JKKK Bandar KETENGAH Jaya dan dibantu oleh JKKK di kesemua rancangan FELDA.