Seri Putra merupakan perbandaran baharu di daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Dihubungkan terus melalui persimpangan Putra Mahkota EXIT 213 ke Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban E37, perjalanan ke pusat Bandaraya Kuala Lumpur dari persimpangan ini hanya memakan masa 30 minit.

Bandar Seri Putra
Tiga Pokok Pisang Kipas, Revenala madagascariensis yang menjadi identiti rasmi Bandar Seri Putra.
Tiga Pokok Pisang Kipas, Revenala madagascariensis yang menjadi identiti rasmi Bandar Seri Putra.
Tiga Pokok Pisang Kipas, Revenala madagascariensis yang menjadi identiti rasmi Bandar Seri Putra.
Nama samaran: Seri Putra, BSP
Bandar Seri Putra is located in Bumi
Bandar Seri Putra
Bandar Seri Putra (Bumi)
Koordinat: 2°53′9.2″N 101°46′47.48″E / 2.885889°N 101.7798556°E / 2.885889; 101.7798556
Negara Malaysia
Negeri Selangor Darul Ehsan
Daerah Hulu Langat
Mukim Kajang
Tahun pembukaan 1997 Masihi
Kerajaan
 - Pentadbir Majlis Perbandaran Kajang
 - Ahli Majlis Farhan Haziq Mohamed - Zon 2
 - ADUN Nushi Mahfodz (PAS) - N24 Semenyih
 - Ahli Parlimen Mohd Sany Hamzan (AMANAH) - P101 Hulu Langat
Zon masa MST (UTC+8)
Poskod 43000 Bandar Seri Putra, Kajang
Kod kawasan +03
Laman web: http://www.bandarseriputra.com

Sejarah sunting

Perbandaran yang hampir lengkap ini telah dibangunkan sejak tahun 1997 lagi oleh Bangi Heights Development Sdn Bhd iaitu anak syarikat pemaju hartanah terkemuka UM Land Berhad. Terletak di atas kawasan seluas 898 ekar yang pada asalnya kawasan ladang kelapa sawit sebelum di majukan peringkat demi peringkat dengan pelbagai projek perumahan dan perniagaan.

Perbandaran terancang serta kedudukannya yang amat strategik di kedudukan paling selatan negeri Selangor Darul Ehsan menggamit puluhan ribu penduduk menjadikan Seri Putra sebagai kediaman mereka yang paling ideal. Perbandaran lain yang berhampiran ialah Bukit Mahkota di sebelah selatan, Bandar Baru Bangi di sebelah utara, Wilayah Persekutuan Putrajaya di sebelah barat dan KLIA Sepang serta Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan di sebelah barat dayanya.

Prasarana sunting

Komuniti sunting

No Nama pembangunan Jenis hartanah Tahun siap
1 The Apex, Putra Hills Residency 81 unit banglo. Masih dalam pembinaan Tiada Info
2 Pangsapuri Putra1 505 unit pangsapuri dengan kemudahan kondominium. Masih dalam pembinaan Tiada Info
3 Legundi Residensi - Phase 11A 3 unit banglo, 16 unit semi-d, 52 unit kluster Nov 2013
4 Legundi Residensi - Phase 11B 1 unit banglo, 12 unit semi-d, 52 units kluster Apr 2013
5 Laman Indah Laman Indah Parcel 1 56 unit teres, Parcel 2 65 unit teres, Parcel 3 63 unit teres. May 2011
6 Rimbun Suria Meranti 22 unit teres, Sena 44 unit teres, Cengal 21 unit teres Mac 2010
7 Anjung Suasana 8A 92 unit semi-d Dec 2009
8 Castanea Residences Castanea 1 50 unit teres, Castanea 2 2 unit semi d
9 Vista Seri Putra 700 unit pangsapuri
10 Seri Melati 359 unit pangsapuri
11 Seri Mawar 359 unit pangsapuri
12 Seri Dahlia 336 unit pangsapuri
13 Putra Tropika 249 unit teres
14 Putra Villa 152 unit town house
15 SeriPutra5 Putra 96 unit teres, D'Putra 56 unit semi-d
16 Putra Terrace 250 unit teres
17 Princeton Residences 62 unit semi-d
18 D'Sentral 399 unit teres
19 D'Puncak Nusa - 144 unit, Putra - 146 unit, Aman - 72 unit, Unggul - 56 unit teres
20 Acasia 125 unit teres
21 Putra Hills Residency 261 lot banglo

Perniagaan sunting

Bandar Seri Putra mempunyai beberapa pusat komersil dan ruang pejabat yang menempatkan pelbagai premis perniagaan, agensi swasta serta perbankan. Diantara kompleks perniagaan utama yang telah dibangunkan di bandar ini:

No Projek pembangunan Lokasi Jumlah unit
1 SP Retail Centre (Phase 1) Jalan Seri Putra 1/2, 1/4 & 1/5 58
2 SP Retail Centre (Phase 2 (1A)) Jalan Seri Putra 1/5 & 1/4 24
3 SP Retail Centre (Phase 2 (1B)) Jalan Seri Putra 1 14
4 SP Retail Centre (Phase 2 (1D)) Jalan Seri Putra 1/6 15
5 Shop Offices Phase 2 (1E) (Dibuka untuk jualan) Jalan Seri Putra 42
6 Kedai Setingkat Jalan Seri Putra 3 72

Kemudahan perbankan yang ada di Bandar Seri Putra:

Sebuah pasaraya besar antarabangsa dan beberapa kompleks perniagaan berkonsepkan street mall juga dalam perancangan untuk dibina di Bandar Seri Putra.[2]

Pendidikan sunting

Pra sekolah sunting

  • Excel Edukid Centre
  • Pasti Al-Faizin
  • Smart Reader,Taman Impian Putra
  • Q-dees Bandar Seri Putra
  • Tadika Al-Fatih
  • Tadika Kemas Bandar Seri Putra
  • Tadika Krista Bandar Seri Putra
  • Taska BondaMama Bandar Seri Putra
  • Taska Duniaku Ceria Bandar Seri Putra
  • Tadika Seri Pelangi Bandar Seri Putra
  • Taska Tunas Al-Fatih
  • The Little Caliphs Bandar Seri Putra
  • Tadika Bestari Ceria Bandar Seri Putra
  • Pusat Jagaan Salman Al Farisi Bandar Seri Putra

Sekolah bantuan kerajaan sunting

Sekolah swasta sunting

Pusat Tuisyen sunting

  • Pusat Tuisyen Mewah cawangan Bandar Seri Putra
  • Pusat Tuisyen PINTAR
  • Pusat Tuisyen Mawar Gemilang
  • Pusat Tuisyen Impact Learning Centre (ILC), Taman Impian Putra
  • Pusat Tuisyen Aqrab Bestari Cemerlang, Taman Impian Putra
  • Pusat Tuisyen EduConnexion

Kolej Universiti sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Eunice Ng Fancy That? Diarkibkan 2011-12-21 di Wayback Machine HomeFinder Showcase Monday, 11 July 2011.
  2. ^ Perfecting the Equation at Bandar Seri Putra Diarkibkan 2011-12-21 di Wayback Machine HomeFinder Showcase Monday, 13 June 2011.

Pautan luar sunting

Peta:

Pautan: