Bandar Baru Seri Alam ialah sebuah bandar baru yang terletak di Masai, Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Bandar ini telah membangun dengan maju dengan wujudnya pelbagai jenis penempatan di sekitarnya serta pembangunan infrastruktur. Penduduk di sini juga mencecah hampir 50,000 orang penduduk. Di sini juga terdapat pelbagai kemudahan seperti masjid, pasaraya besar, hospital, hotel, padang golf, bank, sekolah dan universiti. Lebih 20 kawasan perumahan telah dan beberapa lagi sedang dibina.

Masjid 1. Masjid Bandar Seri Alam, Jalan Rimbun 2. Masjid Al Falah, Jalan Gunung 3. Masjid Al Hidayah, Jalan Tasek

Pasaraya Besar 1. Tesco 2. Today's Market

Hospital 1. Hospital Regency Specialist 2. Klinik Komuniti, Jalan Tasek 64

Sekolah Kerajaan 1. SK Bandar Seri Alam, Jalan Rimbun 2. SK Bandar Seri Alam 2, Jalan Suria 3. SMK Seri Alam, Jalan Tasek 4. SMK Seri Alam 2, Flora Height 5. Sekolah Agama Johor, Jalan Tasek 6. SJKC Peng Hwa, Jalan Tasek 7. Maktab Rendah Sains Mara 8. Sekolah Seni

Sekolah Swasta 1. Sekolah Jepun 2. Sekolah Antarabangsa

Universiti Awam 1. UiTM Pasir Gudang 2. Unikl