Bandar Victoria

ibu wilayah Labuan, Malaysia

Bandar Victoria (Sebutan bahasa Malaysia: [vikˈtɔriˈa]) adalah ibukota bagi Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia. Ia merupakan sebuah bandar pesat yang terletak dalam sebuah pulau yang pinggiran sebelah barat pulau Borneo. Bandar ini meliputi kawasan Pelabuhan Labuan yang merupakan kawasan dermaga interport penting bagi kapal laut dalam yang akan meneruskan perjalanan ke China, Jepun dan Korea khususnya yang baru memulakan perjalanan dari negara Brunei Darussalam, utara Sarawak dan pantai barat Sabah.

Bandar Victoria
بندر ۏيكتوريا
Negara Malaysia
Wilayah Persekutuan Labuan
Ditubuhkan sejak era NBCC1946
Zon waktuUTC+8 (MST)
Kod pos
87xxx
Kod kawasan087

Sejarah sunting

 
Askar Divisi ke-9 (Australia) berlari di kawasan pemukiman Victoria yang telah musnah akibat dibom oleh Tentera Bersekutu. Apa yang tersisa adalah sebuah menara jam pada tanggal 26 Jun 1945.

Sejaka abad ke-15, bandar ini telah berada dibawah pemerintahan empayar Brunei.[1][2][3] Namun, Sultan Omar Ali Saifuddin II telah menyerahkan pulau ini kepada pihak Inggeris untuk ditadbir.[1][4][5] Rodney Mundy, seorang laksamana Inggeris, kemudian telah melawat pulau ini dan memberi nama bandar ini sebagai Victoria sempenan menghormati Ratu Victoria[1][6][7][8][9]. Namun ketika penjajahan Jepun di Borneo bermula tanggal 3 Januari 1942 sehingga Jun 1945, pihak Jepun telah mendudukinya dan menjadi sebahagian dari markas ketenteraan Borneo Utara oleh Tentera Tentera 37 Jepun.[1][10] During the Pertempuran Labuan telah dibebaskan oleh Divisi ke-9 Angkatan Tentera Australia Kedua pada 10 Jun 1945 dan diletakkan dibawah Pemerintahan Ketenteraan Inggeris (Borneo) sehingga 15 Julai 1946, apabila ia telah dimasukkan kedalam Koloni Mahkota Borneo Utara.[1] Ketika waktu ini, kerajaan koloni mahkota telah dibentuk semula dan kebanyakan dari infrastruktur yang musnah di bandar Victoria telah dibangunkan kembali.[11][12] Pulau Labuan kemudiannya menjadi sebahagian dari kawasan di negeri Sabah dan pada tahun 1963, Sabah sendiri telah bersama dengan Singapura, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Namun, pada 1984, pulau Labuan telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk digolongkan dalam Wilayah Persekutuan bersama dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya.[1] Ia telah dideklarasikan sebagai pusat kewangan luar pesisir bertaraf antarabangsa dan kawasan zon bebas berdagang pada tahun 1990 untuk membantu pertumbuhan pesat Bandar Victoria.[1][13]

Ekonomi sunting

 
Pelabuhan Labuan, merupakan kawasan jalinan perekonomian yang terpenting di pulau ini.

Pada awalnya, produk utama yang dihasilkan di Labuan dan dieksport menerusi pulau ini termasuklah kopra, getah dan sagu.[14] Disebabkan Pelabuhan Labuan yang terletak berhampiran dengan bandar Victoria, maka pelabuhan itu sendiri menyediakan akses jalinan yang tepat dengan pusat bandar. Pelabuhan Labuan adalah dibina khas bagi membolehkan kapal besar laut dalam berlabuh, namun pada masa yang sama menyediakan perlindungan dari ancaman monsun. Kapal-kapal yang berlabuh merangkumi kapal kargo, kapal kontainer dan kapal besar persiaran. Dermaga utama melajur hingga 244 meter panjang dengan kedalaman teras mencapai 8.5 meter dan mampu menyediakan dok sangkutan kepada 16,0000 ton/DWT. Pelabuhan ini mengandungi empat dok dermaga. Terdapat 15,600 meter persegi ruang penyimpanan di pelabuhan dan dua rumah bengkel dan satu lapangan konteiner yang berukuran luas 10,0000 meter persegi. Ia boleh menempatkan 100,000 unit persamaan 20 kaki/TEUs pengkontenaran kargo setahun.Terdapat 5 jeti persendirian telah dibangunkan. Shell telah membangunkan sebuah dermaga khusus untuk tujuan petroleum, terdapat juga dermaga khas bagi bahan metanol, dan bijih besi. Di persisir terdapat jeti khusus untuk gandum dan jagung yang dikenali sebagai Jeti Pemunggahan Asas Se-Asia dan Jeti Gandum Sabah.[14]

Pusat Kewangan Victoria yang terletak disepanjang Jalan Merdeka menempatkan gabungan perbankan luar pesisir bertaraf antarabangsa, pusat insuran, dan syarikat amanah pelaburan. Bandar Victoria juga merupakan hab bantuan luar pesisir yang bertindak sebagai pengkalan aktiviti petroleum dan gas asli di wilayah ini. Pada 2012, Bandar Victoria telah merekodkan kira-kira 85, 000 orang dari kesemua penduduk di Malaysia dan Negara Brunei Darussalam. Terdapat satu pusat konvensyen yang bergabung dengan pusat beli belah. Kompleks pemodenan ini telah menambah taraf perkotaan sebagai salah satu hab kewangan bertaraf dunia di Lautan Pasifik.

Pada 27 Mac 2019, suatu Perintah Duti Kastam bagi Wilayah Persekutuan Labuan dibatalkan ini membolehkan Pulau Labuan secara amnya memberi jalan mudah kepada Labuan bagi mendapatkan status bebas cukai sepenuhnya[15] .

Data iklim untuk Victoria
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 30
(86)
30
(86)
31
(87)
32
(89)
32
(89)
31
(88)
31
(88)
31
(88)
31
(87)
31
(87)
31
(87)
30
(86)
31
(87)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 24
(76)
24
(76)
24
(76)
24
(76)
24
(76)
24
(76)
25
(77)
24
(76)
24
(76)
24
(76)
24
(76)
24
(76)
24
(76)
Purata kerpasan, mm (inci) 110
(4.4)
120
(4.6)
150
(5.9)
300
(11.7)
350
(13.6)
350
(13.8)
320
(12.5)
300
(11.7)
420
(16.4)
460
(18.3)
420
(16.5)
280
(11.2)
3,570
(140.6)
Sumber: Weatherbase[16]

Hubungan antarabangsa sunting

Bandar bersaudara sunting

Bandar Victoria ada satu Bandar kembar:

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g Stephen R. Evans; Abdul Rahman Zainal; Rod Wong Khet Ngee (1996). The History of Labuan Island (Victoria Island) (PDF). Calendar Print Pte Ltd. ISBN 981-00-7764-5. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Julai 2013. Dicapai pada 16 Ogos 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ R. W. McColl (1 January 2005). Encyclopedia of World Geography. Infobase Publishing. m/s. 123–. ISBN 978-0-8160-7229-3.
  3. ^ Carlos Ramirez-Faria (1 January 2007). Concise Encyclopeida of World History. Atlantic Publishers & Dist. m/s. 97–. ISBN 978-81-269-0775-5.
  4. ^ B.A. Hussainmiya (2006). "Brunei Revival of 1906 (A Popular History) – The Surrender of Labuan and The First Brunei-British Treaty" (PDF). Brunei Press Sdn Bhd. Bandar Seri Begawan: Universiti Brunei Darussalam. m/s. 12/34. ISBN 99917-32-15-2. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 12 September 2014. Dicapai pada 29 April 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ W. H. Treacher, C.M.G. M.A. Oxon (1891). "British Borneo: Sketches of Brunai, Sarawak, Labuan and North Borneo" (PDF). University of California Libraries. Trinity Theological College. m/s. 12 / Chapter VI. Pages 84–92. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 Oktober 2013. Dicapai pada 29 April 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ Sabah. Jawatankuasa Penerbitan Perayaan Sabah 100 Tahun (1982). Sejarah Sabah dalam gambar (1881–1981) (dalam bahasa Malay). Jawatankuasa Penerbitan Perayaan Sabah 100 Tahun.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Stephen R. Evans; Abdul Rahman Zainal; Rod Wong Khet Ngee (1996). The history of Labuan Island (Victoria Island). Calendar Print Pte Ltd. ISBN 978-981-00-7764-8.
  8. ^ Begum, B., & Mohamad, N. (2009). Labuan: Its Legal History and Land Tenure System. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 82(1 (296)), 17-54. Retrieved from http://www.jstor.org/stable/41493733
  9. ^ http://movies2.nytimes.com/learning/general/onthisday/bday/0524.html
  10. ^ T. A. Edwin Gibson; G. Kingsley Ward (1989). Courage remembered: the story behind the construction and maintenance of the Commonwealth's military cemeteries and memorials of the wars of 1914–1918 and 1939–1945. McClelland & Stewart. ISBN 978-0-7710-8786-8.
  11. ^ Keat Gin Ooi (1 January 2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor. ABC-CLIO. m/s. 1177–. ISBN 978-1-57607-770-2.
  12. ^ Dewan budaya (dalam bahasa Malay). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2002.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "Chapter 8: Labuan International Offshore Financial Centre". Bank Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2014. Dicapai pada 1 Mei 2014. Labuan was declared as an International Offshore Financial Centre (IOFC) in October 1990 to complement the activities of the domestic financial market in Kuala Lumpur, strengthen the contribution of financial services to Gross National Products of Malaysia as well as develop the island and areas within its vicinity. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  14. ^ a b WPS – Labuan Port. Retrieved 26 January 2014.
  15. ^ https://malaysiadateline.com/labuan-dapat-status-bebas-cukai-sepenuhnya/
  16. ^ "Weatherbase: Historical Weather for Victoria, Malaysia". Weatherbase. 2011. Dicapai pada 24 November 2011.
  17. ^ Sohan Das. "Labuan to twin with Xianning". Daily Express. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2017. Dicapai pada 4 April 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)