Sirap bandung

minuman susu berperisa sirap ros asal Johor
(Dilencongkan dari Bandung (minuman))

Sirap bandung (Jawi: سيرڤ باندوڠ) ialah sejenis minuman yang terdapat di Asia Tenggara Maritim di kawasan Malaysia[4][5][6], Brunei, Singapura dan Indonesia.[2] Ia merupakan minuman yang mencampurkan air sirap bersama susu. Penggunaan istilah "bandung" merujuk kepada dua benda yang dirangkaikan atau digabungkan menjadi satu dan tiada kaitan dengan nama tempat di Indonesia iaitu Bandung sama ada asal-usulnya ataupun penggunaannya.

Sirap bandung
Sirap bandung
Nama alternatifBandung, air sirap bandung[1]
JenisMinuman
Tempat asalMalaysia[2]
Kawasan/rantauAsia Tenggara Maritim seperti Malaysia, Singapura dan Brunei
Dicipta olehMuar[3].
Bahan utamaSusu sejat, susu pekat manis, sirap kordial ros
Keragaman/variasiSirap bandung soda, sirap bandung dengan laici, sirap bandung dengan cincau, bandung tarik
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penggunaan sirap perisa ros ialah yang paling lazim dijumpai dan disinonimkan dengan sirap bandung memandangkan "air sirap" itu sendiri dirujuk orang Melayu kepada air berwarna merah perisa ros. Pengunaan sirap perisa lain juga boleh didapati di sesetengah tempat dan lebih diistilahkan sebagai "air bandung".[2]

Nama sunting

Dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah bandung bermaksud "pasang", "kembar" atau "cantum", "gabung" dan "campur"[7] sedangkan sirap bererti "sirap" - merujuk kepada asas merasakan mawar dan air.[8][9][10] Secara lebih meluas, bandung merujuk kepada apa-apa yang bercampur dengan bahan-bahan lain atau berpasangan, seperti istilah rumah berbandung untuk merujuk kepada rumah berkembar, atau "Mi Bandung" yang merujuk kepada hidangan mi.

Walaupun namanya, tidak ada kaitan dengan kota Bandung di Indonesia.[11][12]

Tradisi sunting

Sirap bandung dihidangkan ketika majlis perkahwinan dan sangat istimewa ketika berbuka puasa di bulan Ramadan. Ia juga suatu tradisi bagi masyarakat Muar atau negeri Johor dihidangkan secara percuma ketika hari kelahiran Nabi Muhammad atau lebih dikenali sebagai Maulidur Rasul di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar, Johor, Malaysia. Biasanya masyarakat Melayu Johor akan menyajikan sirap bandung bersama nasi minyak, nasi hujan panas, ayam masak merah, ayam kuzi, kerutuk daging dan kuah dalca.

Variasi sunting

  • Sirap bandung soda – merupakan gabungan air sirap bandung biasa dengan air berkarbonat perisa ais krim soda.[13]
  • Sirap bandung dengan laici – merupakan gabungan air sirap bandung biasa dengan buah laici. Kebiasaannya, buah laici dalam tin atau laici bersirap digunakan untuk membuat sirap bandung dengan laici.
  • Sirap bandung dengan cincau – merupakan gabungan air sirap bandung biasa dengan cincau.
  • Sirap bandung dengan laici dan cincau[14]
  • Sirap bandung dengan tembikai[14]
  • Sirap bandung 3 layer (tiga lapis)[14]
  • Sirap bandung soda dengan ais krim (seperti ice-cream float)[14]
  • Sirap bandung dengan strawberi[14]
  • Sirap bandung tarik – juga dikenali sebagai bandung tarik, ia menjadi keistimewaan bagi bandar Teluk Intan, Perak, Malaysia.[15] Variasi ini sama seperti air sirap bandung pada umumnya, tetapi cara penyediaannya berbeza. Air sirap bandung yang diletakkan ke dalam tong besi akan dipam dan ditarik ke atas, lalu air sirap bandung yang telah dipam akan dimasukkan ke dalam cawan atau plastik minuman. Tujuan pengepaman air sirap bandung adalah untuk mengekalkan kepekatan manis air sirap bandung.[15]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Rough Guides (2023). The Rough Guide to Malaysia, Singapore & Brunei. Apa Publications. ISBN 9781839059285.
  2. ^ a b c Shazlan Zulkifli, Malaysia. The famous drink in Malaysia (Ed. rev. et augm.) 2024, p.253-4
  3. ^ Shazlan Zulkifli (17 January 2024). "Does the Bandung come from Bandung Indonesia". Quora. Dicapai pada 17 January 2024.
  4. ^ Sirap Bandung Johor http://gobokeylia.blogspot.com/2011/08/sirap-bandung-johor.html?m=1
  5. ^ Resepi Sirap Bandung https://resepi.my/resepi-sirap-bandung-popular/
  6. ^ Sirap Bandung asal Malaysia https://cookpad.com/my/search/sirap%20bandung
  7. ^ Istilah Bandung rujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bandung
  8. ^ "Online Dictionary". Cari.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 29 March 2010.
  9. ^ "Online Dictionary". Cari.com.my. Dicapai pada 29 March 2010.
  10. ^ "Online Dictionary". Cari.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 29 March 2010.
  11. ^ Does the Bandung drink come from Bandung City?https://www.quora.com/Does-the-bandung-drink-come-from-Bandung-Indonesia
  12. ^ Yinghong, Cai (2014). "Bandung in Bandung". National Library Board, Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-22. Dicapai pada 26 December 2016.
  13. ^ Nazurah Hassan (2020-06-03). "Rupanya Ini Cara Betul Buat Sirap Bandung Soda Supaya Tak Berketul. Baru Sedap & 'Power'!". Sirap Limau. REV Media Group. Dicapai pada 2023-11-10.
  14. ^ a b c d e Norhasliza (2019-05-11). "6 Aneka Sirap Bandung Untuk Berbuka Sepanjang Ramadan. Patutlah Viral, Memang Sedap!". Keluarga. Dicapai pada 2023-11-10.
  15. ^ a b Iwan Shu, Aswad Shuaib (2014-05-24). "Air Bandung Tarik Penyegar Tekak Warga Teluk Intan". mStar Online. Star Media Group. Dicapai pada 2023-11-10.