Banglo No. 99 ialah filem seram ngeri Malaysia 2019 arahan Khir Mohd Noor. Berdasarkan daripada mitos yang mengelilingi 99 Mansion Nibong Tebal, filem ini memfokuskan kepada kediaman Tengku Izzudin Shah, yang tinggal di sana bersama isteri dan anaknya. Malangnya, semua ahli keluarganya meninggal secara misteri.[1] Filem ini ditayangkan pada 12 Disember 2019.[2]

Banglo No. 99
PengarahKhir Mohd Noor
Dihasilkan olehRoshan Dass
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Xtreme 5 Productions Sdn Bhd
Tarikh tayangan
12 Disember 2019 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Plot sunting

Berdasarkan dari mitos yang mengelilingi 99 Mansion Nibong Tebal, Banglo No. 99 berkisarkan kediaman Tengku Izzudin Shah, yang tinggal di sana bersama isteri dan anaknya. Malangnya, semua ahli keluarganya meninggal secara misteri. Sebelum dia sendiri meninggal dunia, dia meminta rumahnya dijadikan rumah sakit. Namun, rumah itu kini ditinggalkan terbengkalai selama 30 tahun. Hisyam, seorang kontraktor, menawarkan untuk melakukan kerja pemulihan dan tawarannya diterima oleh firma Putera Shah. Bersama-sama, mereka berdua, bersama Rafael dan Camelia, mengunjungi rumah itu dan mendirikan khemah di dekatnya untuk malam itu. Itulah ketika mereka mula mengalami kejadian pelik dan menakutkan di rumah tersebut.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Banglo No. 99 berdasarkan daripada kisah mitos banglo 99 Nibong Tebal. Filem ini ialah filem sulung arahan Khir Mohd Noor.[5]

Filem ini juga menyaksikan pelakon Johan As'ari dan Bkay Nair kembali beraksi di hadapan kamera setelah sekian lama menyepikan diri.[5]

Keluaran dan sambutan sunting

Banglo No. 99 dikeluarkan pada 12 Disember 2019. Teaser treler rasmi filem ini dikeluarkan pada 17 November 2019,[6] manakala treler rasmi filem ini dikeluarkan pada 21 November 2019.

Rujukan sunting

  1. ^ "Banglo No. 99". Cinema.com.my. Dicapai pada 9 Mei 2020.
  2. ^ "Banglo No. 99 bakal menemui penonton pada 12 Disember 2019". Galaksi Media. 19 November 2019. Dicapai pada 9 Mei 2020.
  3. ^ Ramlah Zainal (7 Disember 2019). "Johan diusik di lokasi filem Banglo No 99". Harian Metro. Dicapai pada 9 Mei 2020.
  4. ^ Fatin Rozaini Abd Aziz (7 Disember 2019). ""Jika ada rezeki untuk berkahwin lagi saya tak menolak" - Bkay Nair kembali ke set penggambaran selepas enam tahun menyepi". mStar Online. Dicapai pada 9 Mei 2020.
  5. ^ a b Ashraff Nasser (10 Disember 2019). ""Banglo No 99" adaptasi dari mitos Banglo 99 Nibong Tebal". Cinema Online. Dicapai pada 9 Mei 2020.
  6. ^ Saksikan teaser treler rasmi Banglo No. 99 Kakimuvee (17 November 2019). Dicapai pada 14 Mei 2020.

Pautan luar sunting