Orang Hui

(Dilencongkan dari Bangsa Hui)

Orang Hui (Bahasa Cina: 回族; pinyin: Huí Zú, Xiao'erjing: حُوِ ذَو) ialah satu kumpulan etnik orang Cina, yang biasanya dibezakan dengan amalan agama Islam mereka. Mereka membentuk satu daripada 56 buah kumpulan minoriti yang secara rasminya diiktiraf oleh Republik Rakyat China. Mereka bertumpu di barat laut China (Ningxia, Gansu, Xinjiang), tetapi komuniti ini wujud di seluruh negara China. Kebanyakan budaya orang Hui menyamai orang Han kecuali mereka adalah pengamal ajaran Islam, hasilnya mereka mempunyai beberapa ciri-ciri kebudayaan yang tersendiri. Contohnya, sebagai orang Islam, mereka tidak memakan babi yang merupakan daging yang biasa dimakan dalam budaya Cina, dan mereka juga tidak memakan anjing, kuda, kebanyakan burung serta haiwan-haiwan lain yang dianggap istimewa dalam masakan Cina. Kod pakaian mereka juga hanya berbeza iaitu lelaki dewasa memakai kopiah putih dan wanita dewasa memakai tudung atau (kadang-kala) purdah sebagaimana yang biasa dalam kebudayaan Islam.

Hui
回族 (Huí Zú)
Orang Hui
Kawasan ramai penduduk
China
Bahasa
Bahasa Cina
Agama
Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Dungan, Panthay, etnik Han, Yahudi Kaifeng

Dalam penggunaan moden, definisi Hui tidak membabitkan kumpulan-kumpulan etnik seperti Uyghur, yang tinggal di China dan mengamalkan ajaran Islam, tetapi adalah orang Turkik dan dengan itu berbeza budaya daripada orang Han. Contohnya, di Xinjiang-Kawasan Autonomi Ugyhur, yang didiami oleh 10% orang Hui, orang Hui mempunyai identiti etnik yang tersendiri berbanding orang Ugyhur, Kazakh, dan Kyrgyz yang merupakan orang-orang Turkik.

Termasuk di kalangan orang Hui menurut statistik bancian China (dan tidak diiktiraf secara rasmi sebagai sebuah kumpulan etnik terpisah) adalah seribu orang Utsul di wilayah selatan Hainan, yang bertutur dalam sebuah bahasa Austonesia, bahasa Tsat yang berkaitan dengan bahasa minoriti Islam Campa Vietnam, dan yang dikatakan berketurunan orang Champa yang berhijrah ke Hainan.

Istilah tradisional Cina bagi Islam ialah 回教 (pinyin: Huí Jiào, secara harfiah bererti "agama orang Hui"), walaupun istilah yang paling tersebar luas adalah transliterasi 伊斯蘭教 (pinyin: Yī Sī Lán Jiào, secara harfiah bererti "agama Islam").

Orang Hui yang terkenal sunting

  • Bái Chóng Xǐ (白崇禧), panglima tentera Republik China
  • Bái Shòu Yí (白壽彝), sejarawan dan etnologis China yang terkenal
  • Huí Liáng Yù (回良玉), Timbalan Perdana Menteri Republik Rakyat China
  • Lǐ Zhì (李贄), keturunan saudagar Parsi dan ahli falsafah terkenal yang mungkin dianggap sebagai seorang Hui jika beliau masih hidup pada hari ini
  • Mǎ Dé Xīn (马德新), sarjana Islam di Yunnan
  • Mǎ Huà Lóng (马化龙), salah seorang pemimpin Pemberontakan Orang Islam 1862-77
  • Shi Zhongxin, datuk bandar Harbin dari tahun 2002 hingga Februari 2007 yang leluhurnya datang dari Jilin
  • Zhāng Chéng Zhì (張承志), penulis kontemporari dan dikatakan sebagai pencipta istilah Red Guard
  • Zhèng Hé (鄭和), seorang Muslim Semu, yang mungkin merupakan orang Islam paling terkenal dalam sejarah China, yang mungkin dianggap sebagai orang Hui sekiranya beliau masih hidup pada hari ini