Bangsar Village merupakan pusat beli-belah yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia. Tempat yang dibuka pada tahun 2004 ini dikelilingi oleh kawasan yang popular dengan penduduk tempatannya yang berstatus elit. Bangsar Village mempunyai lebih daripada 70 kedai-kedai khusus yang dipilih untuk memenuhi keperluan setiap hari oleh keluarga yang tinggal dalam lingkungan kawasan ini. Pelanggan juga telah berkembang termasuklah dari kawasan geografi yang lebih besar.

Bangsar Village
AlamatNo. 1, Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Tarikh pembukaan2004 (2004)
Bil. penyewa utamaLebih daripada 70
Laman webwww.bangsarvillage.com

Kedai terkenal yang bertaraf antarabangsa juga memenuhi kehendak kanak-kanak termasuklah Adams Kids, Gymboree, Pumpkin Patch dan Toys "R" Us. Pilihan yang lain untuk keluarga termasuklah Clarks, GNC, Peacocks London dan Rockport serta pelbagai jenama tempatan yang lain seperti kedai buku MPH, Caring Pharmacy, Bebehaus dan Fotozoom untuk memenuhi hampir semua keperluan yang mereka kehendaki.

Terdapat juga pelbagai pilihan perkhidmatan yang ditawarkan kerana pengunjung boleh membeli barang perkakasan, mendapatkan potongan rambut, mencari tukang kasut, perkhidmatan pengubahan, membaiki tali raket anda atau membaiki jam tangan.

Pilihan makanan juga banyak di sini dengan lebih sedozen kafe dan restoran yang terdiri daripada Starbucks Coffee hingga kepada restoran mewah Jepun iaitu Mizu. Terdapat juga pilihan yang mesra kanak-kanak seperti Nando's, The Daily Grind dan lain-lain lagi.

Susun atur yang mudah dengan penekanan diletakkan pada persekitaran yang bersih, selamat dan mesra pengguna termasuklah tandas, kemudahan tempat letak kereta. Perkara ini juga menjadikan tempat ini menarik untuk dilawati selalu.

Antara tarikan utama ialah pasar raya Village Grocer yang membawa barang-barang yang diimport seperti apa yang lazimnya didapati di pasar raya di luar negara dan juga dalam negara. Terdapat juga kedai yang bercirikan kek Swiss iaitu Hiestand, kedai wain iaitu Village Cellar dan kedai bunga. Pelanggan juga selalunya mendapati buah-buahan segar dan juga seksyen sayur-sayuran iaitu salah satu yang terbaik dan paling komprehensif di negara ini. Bagi mereka yang sukakan barangan organik, pengunjung akan mendapati pelbagai jenis pilihan sayur-sayuran organik. Terdapat juga kedai khusus mengenai organik yang juga dijadikan restoran organik iaitu Farm Country yang membawa keperluan lain selain daripada barangan makanan.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Bangsar Village – Shopping At Its Friendliest!". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-15. Dicapai pada 20 Oktober 2012.