Bangunan Dato' Jaafar Muhammad
Bangunan Dato' Jaafar Muhammad (BDJM) dibina dengan keluasan 21,480 kaki persegi setinggi lima tingkat. Kompleks ini merangkumi ruang Pejabat Menteri Besar Johor,[1] pejabat-pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan jabatan-jabatan kerajaan. Ia mempunyai kapasiti bagi populasi 530 orang kakitangan. Dilengkapi dengan dewan serba guna, surau, kafeteria, lapangan teater dan taman.[2][3]
Bangunan Dato' Jaafar Muhammad باڠونن داتوء جعفر محمد | |
---|---|
Maklumat umum | |
Status | Siap |
Jenis | Pejabat Menteri Besar Johor dan Kerajaan Negeri Johor |
Lokasi | Kota Iskandar Iskandar Puteri Johor Malaysia |
Pembinaan bermula | 2006 |
Disiapkan pada | 2008 |
Pembukaan | 2009 |
Pemilik | Kerajaan Johor |
Butiran teknikal | |
Bilangan tingkat | 5 |
Reka bentuk dan seni bina | |
Pemaju | UEM Builders Berhad Cahaya Jauhar Sdn Bhd |
sunting · sunting di Wikidata |
Nama Bangunan Dato' Jaafar Muhammad diambil sempena nama Menteri Besar Johor yang pertama iaitu Dato' Jaafar bin Haji Muhammad, bapa kepada Dato' Onn Jaafar. Bangunan ini merupakan Kompleks Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Konsep bangunan ini ialah unik iaitu "rumah dalam taman". Keindahan alam semulajadi seperti kawasan lapang, taman-taman dan ciri-ciri air menjadi unsur utama di bangunan tersebut.[4]