Bangunan Kerajaan Jeneral Jepun, Seoul

Bangunan Kerajaan Jeneral Jepun (Korea: 조선총독부 청사, Joseon-chongdokbu Cheongsa), juga dikenali sebagai Bangunan Kerajaan Awam dan Capitol Seeoul telah dibina oleh Empayar Japan di tapak Kompleks Gyeongbokgung, istana diraja Joseon, dan merupakan bangunan kerajaan terbesar di Asia Timur. Bangunan Kerajaan Jeneral berkhidmat sebagai bangunan bagi ketua pentadbiran pemerintahan Jepun di Korea dan pejabat Gabenor Jeneral Korea di Keijō dari tahun 1926 hingga 1945. Bangunan Kerajaan Jeneral menjadi tempat banyak peristiwa penting setelah kemerdekaan Korea Selatan pada tahun 1948, menjadi dewan bagi Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan dan menempatkan pejabat bagi Kerajaan Korea Selatan sehingga tahun 1950 apabila ia rosak semasa Perang Korea dan kemudian diabaikan. Presiden Park Chung-hee memulihkan Bangunan Kerajaan Awam itu dari tahun 1962 untuk fungsi-fungsi kerajaan sehingga awal tahun 1980-an dan menempatkan Muzium Negara Korea Selatan dari tahun 1986.

Bangunan Kerajaan Jeneral Jepun
Bangunan Kerajaan Jeneral Jepun pada 1929.
Map
Nama alternatifBangunan Kerajaan Jeneral, Seoul Capitol, Dewan Capitol
Maklumat umum
StatusDirobohkan
Gaya seni bina
Neoklasik
LokasiDaerah Jongno, Seoul, Korea Selatan
Pembinaan bermula25 Jun 1916
Disiapkan pada
1 Oktober 1926
Dirobohkan pada15 Ogos 1995 – 13 November 1996
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekGeorg De Lalande, Nomura Ichiro
Bangunan Kerajaan Jeneral Jepun, Seoul
Hangul조선총독부 청사
Hanja朝鮮總督府廳舍
Perumian SemakanJoseon-chongdokbu Cheongsa
McCune–ReischauerChosŏn-ch'ongdokpu Ch'ŏngsa
Nama alternatif
Hangul조선총독부 건물
Hanja朝鮮總督府建物
Perumian SemakanJoseon-chongdokbu Geonmul
McCune–ReischauerChosŏn-ch'ongdokpu Kŏnmul

Bangunan Kerajaan Jeneral dirancang secara kontroversi untuk perobohan pada tahun 1993, setelah lama dirasakan menjadi lambang imperialisme Jepun dan menghalang pembinaan semula Gyeongbokgung, dan akhirnya telah dirobohkan dari tahun 1995 hingga 1996.[1]

Sejarah sunting

Jepun Korea sunting

Pada tahun 1910, pemerintahan Jepun di Korea bermula apabila Empayar Jepun secara rasmi menggabungkan Empayar Korea dalam Perjanjian Pengilhakan Jepun-Korea, mengakhiri lebih 500 tahun pemerintahan Joseon dan kehilangan keseluruhan kedaulatannya selepas lima tahun pemerintahan tidak langsung oleh Jepun sebagai protektorat. Jepun menjadikan ibu kota Korea Hanseong (Seoul) sebagai ibu kota jajahan Jepun di Korea, menamakannya semula kepada Keijō dalam bahasa Jepun dan Gyeongseong dalam bahasa Korea. Pada tahun 1911, Jepun memutuskan untuk mendirikan sebuah bangunan baru di Seoul untuk menempatkan pentadbiran jajahan baru di bawah Gabenor-Jeneral Korea. Bangunan Kerajaan Jeneral telah direka oleh arkitek Georg De Lalande dalam gaya Neoklasik yang popular di Jepun pada masa itu. Struktur baru adalah bangunan granit kelabu dengan kubah tembaga. De Lalande, yang berasal dari Jerman dan telah tinggal di Jepun sejak tahun 1901, telah merancang pelbagai bangunan pentadbiran di sana sehinggalah meninggal dunia pada tahun 1914, dan projek itu telah diteruskan oleh arkitek Jepun Nomura Ichiro. Pembinaan Bangunan Kerajaan Jeneral bermula pada 25 Jun 1916 di dalam kawasan Istana Gyeongbokgung, bekas kompleks istana raja dinasti Joseon, yang terletak di utara pusat bandar Seoul. Lokasi dipilih untuk sengaja menghalang pandangan Gyeongbokgung dari Seoul dan untuk mengesahkan pemerintahan penjajah Jepun. Daripada 400 buah bangunan istana Gyeongbokgung, 390 buah telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Bangunan Kerajaan Jeneral dan perkarangannya, dan perobohan yang lainnya sempat dihalang hanya setelah kempen oleh intelektual Jepun Muneyoshi Yanagi.

Bangunan Kerajaan Jeneral secara rasmi siap dibina sepuluh tahun kemudian pada 1 Oktober 1926, dan pejabat Gabenor Jeneral telah dipindahkan ke sana.

Kemerdekaan Korea sunting

Pemerintahan Jepun di Korea berakhir ketika penyerahan kalah Jepun pada bulan Ogos 1945 dan Amerika Syarikat menduduki wilayah Korea selatan selari ke-38 (termasuk Seoul) apabila Pemerintahan Ketenteraan Amerika Syarikat (USAMGIK) ditubuhkan. Kerajaan pendudukan AS menamakan semula Bangunan Kerajaan Jeneral kepada Capitol Hall dan ia menjadi terkenal di dunia sebagai Capitol Seoul. Pada 31 Mei 1948, Bangunan Kerajaan Jeneral menjadi tempat bersidang perhimpunan berperlembagaan Korea Selatan, pendahulu kepada Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan. Pada 24 Julai, upacara mengangkat sumpah Syngman Rhee sebagai Presiden pertama Korea Selatan diadakan di hadapan Bangunan Kerajaan Jeneral. Pada 15 Ogos, perasmian Republik Pertama Korea Selatan (Korea Selatan) berlaku di Bangunan Kerajaan Jeneral berikutan pemindahan rasmi kuasa dari USAMGIK kepada Kerajaan Korea Selatan, menjadi tempat persidangan pertama Perhimpunan Kebangsaan, dan diduduki oleh pelbagai pejabat kerajaan. Pejabat Gabenor Jeneral Jepun pula menjadi pejabat Perdana Menteri.

Bangunan Kerajaan Jeneral telah rosak teruk berikutan meletusnya Perang Korea pada bulan Jun 1950, ketika pasukan Korea Utara memecah sempadan garis selari ke-38 Korea Selatan dan Tentera Rakyat Korea menduduki bangunan itu sebagai markas tentera hingga pasukan PBB menakluk semula Seoul pada September 1950. Orang-orang Korea Utara membakar Bangunan Kerajaan itu secara besar-besaran ketika mereka berundur, memusnahkan bahagian dalaman, dan ia diabaikan dan dalam keadaan yang teruk, walaupun selepas perang berakhir pada tahun 1953. Presiden Rhee yang merupakan seorang nasionalis enggan membaiki bangunan atau menduduki semula bagunan itu, memandangkan keadaannya yang teruk itu sebahagiannya menjadi simbolik kepada berakhirnya pendudukan Jepun, tetapi mula menggunakan ruang luar yang tinggal sebagai dewan muzik luar.

Bangunan Kerajaan Jeneral masih berdiri selama dua dekad seterusnya sebagai kerusi kerajaan berikutan rampasan kuasa pada 16 Mei 1961 oleh Park Chung Hee, yang mendirikan Majlis Tertinggi Majlis Penstrukturan Semula Negara. Pada 22 November 1962, Jeneral Park menjalankan kerja-kerja membaik pulih Bangunan Kerajaan dan digunakan sebagai pejabat yang amat diperlukan untuk kerajaan pusat. Sebagai saksi kepada pergolakan politik dan sosial utama sejarah Korea moden, bangunan itu menempatkan pejabat kerajaan termasuk Perdana Menteri, sehingga awal tahun 1980-an apabila bangunan baru dibina berdekatan.[2] Pada tahun 1968, pintu depan gaya Barat telah dirobohkan untuk pembinaan semula Gwanghwamun, pintu utama dan terbesar Istana Gyeongbokgung. Pada tahun 1970, banyak pejabat kerajaan telah dipindahkan ke Kompleks Kerajaan Pusat yang baru dibina yang terletak berdekatan dengan Bangunan Kerajaan Jeneral.

Pada 25 Mei 1981, Presiden Chun Doo-hwan memberi arahan untuk memindahkan Muzium Negara Korea ke Bangunan Kerajaan Jeneral. Pada tahun 1982, Kerajaan Korea Selatan mengumumkan pelan berpindah kepada rakyat Korea, dan projek itu bermula. Selepas mesyuarat Majlis Negeri yang terakhir diadakan di sana pada 19 Mei 1983, ia telah menjalani tempoh pemulihan, dibuka semula pada bulan Ogos 1986 sebagai Muzium Negara Korea. [3]

Perobohan sunting

Isu masa depan Bangunan Kerajaan Jeneral dibuka setelah Kim Young-sam menjadi presiden pada tahun 1993. Pada bulan Ogos tahun itu, Presiden Kim mengumumkan bahawa ia akan dirobohkan bermula pada tahun 1995, iaitu ulang tahun ke-50 berakhirnya pemerintahan penjajah Jepun dan ulang tahun ke-600 Istana Gyeongbokgung. Rancangan itu telah diumumkan untuk membina sebuah Muzium Negara baru yang akan dibina di tapak tersebut. Bangunan Kerajaan Jeneral telah disyorkan untuk diroboh sejak zaman Presiden Syngman, iaitu hampir sejurus selepas berakhirnya pemerintahan penjajah Jepun.

Cadangan perobohan Bangunan Kerajaan Jeneral adalah suatu kontroversi di Korea Selatan dan terdapat perdebatan umum yang sengit mengenai isu itu. Presiden Kim dan penyokong perobohan berhujah bahawa bangunan itu merupakan lambang imperialisme Jepun yang telah dibina dengan sengaja untuk menghancurkan Istana Gyeongbokgung. Penentang perobohan itu menafikan bahawa Korea Selatan, sekarang sebuah negara kaya, tidak lagi bermasalah dengan simbolisme semacam itu dan bahawa peringatan zaman penjajahan masih diperlukan. Kebanyakan menentang perobohan itu atas dasar perbelanjaan yang telah ditanggung dan kebolehan seni bina bangunan yang sedia ada, seperti juga bangunan zaman kolonial Jepun yang lain di Seoul, seperti Stesen Seoul lama dan Perpustakaan Metropolitan Seoul, dianggap mercu tanda bandar itu. Di samping itu, bangunan itu sendiri adalah tapak acara penting seperti pengisytiharan kemerdekaan Republik Korea.

Cadangan dibuat untuk memindahkan Bangunan Kerajaan Jeneral ke tapak baru, walaupun pemindahan ini lebih mahal daripada perobohan itu sendiri. Walau bagaimanapun, perobohan bermula pada Hari Pembebasan Korea Selatan (Gwangbokjeol) pada 15 Ogos 1995, dengan penghapusan kubah bangunan itu. Pada 13 November 1996, bangunan itu dirobohkan sepenuhnya. Hari ini, bahagian atas kubah dan beberapa bahagian bangunan lain yang dikenali boleh dilihat di Muzium Dewan Kemerdekaan di Cheonan, sebagai sebahagian daripada monumen untuk memperingati sejarah di sebalik bangunan dan perobohannya.

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ "조선 총독부" [Government-General Building]. terms.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2019-05-24.
  2. ^ "조선총독부 청사·치안시설·전매시설".
  3. ^ Han, Jung-Sun. Japan in the public culture of South Korea, 1945–2000s: The making and remaking of colonial sites and memories.