Bangunan Parlimen Malaysia

Koordinat: 3°08′59″N 101°40′45″E / 3.149617°N 101.679116°E / 3.149617; 101.679116

Bangunan Parlimen Malaysia ialah sebuah bangunan yang tersegam indah di bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan simbol demokrasi berparlimen serta simbol perpaduan kerajaan persekutuan Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Tugu Peringatan Negara di Taman Tasik Perdana.

Bangunan Parlimen Malaysia
மலேசிய நாடாளுமன்றம்
Malaysian Houses of Parliament
Bangunan Parlimen
Map
Maklumat umum
Gaya seni bina
Modernist
Bandar/pekanKuala Lumpur
NegaraMalaysia
Pecah tanah
Disember 1959
Pembinaan bermulaSeptember 1962
Disiapkan pada
September 1963
Dirasmikan pada
21 November 1963
Diubah suai pada
Februari 2004
Butiran teknikal
Bilangan tingkat
Tower building:
12
Building:
3
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekIvor Shipley Jabatan Kerja Raya Malaysia
Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.
Dewan Rakyat di Parlimen di Kuala Lumpur.
Dewan Negara di Parlimen di Kuala Lumpur.

Kompleks bangunan Parlimen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebuah bangunan utama 3 tingkat dan sebuah menara setinggi 17 tingkat. Bangunan utama 3 tingkat ini menempatkan dua buah dewan utama iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara manakala sebuah menara setinggi 17 tingkat pula menempatkan pejabat pentadbiran, pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara.

Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, menyetujui cadangan pembinaan Parlimen pada Disember 1959. Kerja-kerja pembinaan disiapkan pada September 1962, dan perasmian bangunan Parlimen yang baru dijalankan oleh Tuanku Syed Putra Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong yang ketiga, pada 21 November 1963. Pembinaan bangunan ini menelan kos perbelanjaan sebanyak RM18 juta.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting