Bangunan terpelihara

Bangunan terpelihara[1] atau struktur terpelihara adalah salah satu daftar yang diletakkan dalam empat senarai berkanun yang disenggarakan oleh Historic England[a] di England, Alam Sekitar Bersejarah di Scotland, Cadw di Wales dan Agensi Alam Sekitar Ireland Utara. Istilah tersebut juga digunakan di Republik Ireland, iaitu bangunan-bangunan yang dilindungi di bawah Akta Perancangan dan Pembangunan 2000. Istilah berkanun yang diguna pakai di negara itu ialah "struktur terlindung".[2]

Dewan Albert Diraja, salah satu bangunan terpelihara gred I di Westminster, England

Suatu bangunan terpelihara tidak boleh diruntuhkan, diperbesar, atau diubah suai tanpa keizinan khusus dari pihak berkuasa perancangan tempatan yang biasanya merujuk kepada badan kerajaan atau pemerintah pusat yang berkaitan, terutamanya untuk perubahan ketara kepada bangunan terpelihara yang lebih terkenal. Di England dan Wales, persatuan kemudahan negara hendaklah dimaklumkan bagi sebarang kerja di bangunan terpelihara, yang melibatkan sebarang unsur perobohan.[3]

KelayakanSunting

Hampir kesemua binaan boleh disenaraikan, di mana bangunan dan struktur dengan kepentingan sejarah yang istimewa datang dengan pelbagai bentuk dan jenis, daripada pondok telefon dan papan tanda jalan sehinggalah istana kota. Historic England telah menghasilkan dua puluh kategori yang meluas struktur dan menerbitkan panduan pemilihan untuk satu daripadanya bagi membantu menilai bangunan dan struktur. Ini termasuklah gambar keseluruhan sejarah dan menerangkan pertimbangan khusus penyenaraian bagi setiap kategori.[4][5] Walau bagaimanapun, pada tahun 2020, Mahkamah Agung memutuskan dalam Dill v Setiausaha Negara Perumahan, Masyarakat dan Kerajaan Tempatan dan lain bahawa bangunan-bangunan dalam skim tersebut mestilah memenuhi beberapa kriteria—"ujian tiga kali yang melibatkan pertimbangan saiz, keteguhan dan tahap perkaitan fizikal"— dirujuk sebagai ujian Skerritts yang merujuk kepada kes undang-undang terdahulu di England.[6] Kedua-dua Alam Sekitar Bersejarah Scotland dan Cadw menghasilkan panduan untuk para pemilik.[7][8]

Tatacara penyenaraian dan penyahsenaraianSunting

Di England, suatu bangunan itu dipertimbangkan untuk disenaraikan atau dinyahsenaraikan hendaklah melalui proses permohonan kepada setiausaha negara; ini boleh dilakukan dengan mengemukakan borang dalam talian kepada Historic England. Pemohon tidak perlu menjadi seorang pemilik untuk memohon agar bangunan atau struktur itu disenaraikan.[5] Maklumat penuh termasuklah nota panduan borang permohonan boleh didapati di laman sesawang Historic England. Pihak tersebut akan menilai bangunan yang dikemukakan dan memberikan nasihat kepada setiausaha negara mengenai kepentingan seni bina dan sejarah. Setiausaha negara boleh mendapatkan nasihat tambahan daripada pihak lain dan kemudiannya memutuskan untuk membuat penyenaraian atau penyahsenaraian bangunan.

CatatanSunting

  1. ^ Historic England ialah badan sejarah rasmi yang ditubuhkan, dibiayai dan diisbatkan oleh kerajaan United Kingdom

RujukanSunting

  1. ^ "Carian: listed building". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 17 April 2022.
  2. ^ "Protected Structures". citizensinformation.ie (dalam bahasa Inggeris). Lembaga Penerangan Rakyat. Dicapai pada 14 Julai 2021.
  3. ^ "Arrangements for handling heritage applications Direction 2015". gov.uk (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Masyarakat dan Kerajaan Tempatan. 2015.
  4. ^ "Selection Guildlines" (dalam bahasa Inggeris). English Heritage. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Julai 2011.
  5. ^ a b "Listed Buildings FAQs" (dalam bahasa Inggeris). Wiltshire Council. Dicapai pada 8 Jun 2011.
  6. ^ Dill (Appellant) v Secretary of State for Housing, Communities and Local Government and another (Respondents), penghakiman daripada Mahkamah Agung, diserahkan pada 20 Mei 2020 berikutan perbicaraan pada 10 Mac 2020 dan diakses pada 23 Mei 2020
  7. ^ "Listing process". www.historicenvironment.scot (dalam bahasa Inggeris).
  8. ^ "Buildings & Conservation Areas". cadw.gov.wales (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luarSunting