Kerajaan Bani Abbasiyah

(Dilencongkan dari Bani Abbasiyah)

Kerajaan Bani Abbasiyyah (Arab: العبّاسدين al-Abbāsidīn) ialah khilafah ketiga selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Khilafah ini ditubuhkan oleh dinasti keturunan daripada bapa saudara Rasulullah, iaitu Abbas bin Abdul Muttalib di mana nama kerajaan ini diambil sempenanya. Bani Abbasiyah juga mula memerintah sebagai khalifah setelah kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyah dengan Abu Abbas Abdullah as-Saffah sebagai khalifah pertamanya.

Kerajaan Bani Abbasiyah
الْخِلَافَةُ الْعَبَّاسِيَّة (Arab)
al-Khilāfah al-ʿAbbāsiyyah
  • 750–1258
  • 1261–1517
Bendera
Bendera Bani Abbasiyah
Kerajaan Bani Abbasiyah pada s. 850
Kerajaan Bani Abbasiyah pada s. 850
StatusEmpayar
Ibu negara
Bahasa yang umum digunakanArab Klasik (pemerintahan pusat); pelbagai bahasa tempatan
Agama
Islam Sunni
KerajaanPewarisan takhta Khalifah
Khalifah 
• 750–754
as-Saffah (pertama)
• 1242–1258
al-Musta'sim (terakhir di Baghdad)
• 1261–1262
Al-Mustansir II (pertama di Kaherah)
• 1508–1517
Al-Mutawakkil III (terakhir di Kaherah)
Sejarah 
750
• Mongol Kejatuhan Baghdad
1258
• Dibubarkan
1517
Mata wang
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Bani Umaiyah
Dinasti Dabuyid
Kekhilafahan Uthmaniyah
Empayar Uthmaniyah
Empayar Mongol
Amiriah Cordoba
Dinasti Idrisiyyah
Dinasti Ziyarian
Dinasti Sajiyan
Wangsa Saffariyah
Dinasti Buwaihi
Kesultanan Mamluk (Kaherah)

Pemerintahannya bermula pada tahun 750 dan mula mundur setelah naiknya bangsa Turki yang mana merupakan tentera kerajaan dibentuk mereka sebelum ini, iaitu Mamluk. Kerajaan Bani Abbasiyah bertahan di Baghdad sehingga tahun 1258 akibat serangan tentera Mongol di bawah Hulagu Khan. Namun, pemerintah Bani Abbasiyah meneruskan pemerintahan mereka di Kaherah sebagai Kesultanan Mamluk pada tahun 1261. Pemerintahan Bani Abbasiyah berakhir sepenuhnya pada tahun 1517 apabila Empayar Uthmaniyah menakluk Mesir.

Sejarah sunting

Revolusi menentang Umaiyah sunting

Keturunan khalifah Abbasiyyah berasal dari Abbas bin Abdul Muttalib (566-652) yang merupakan salah seorang daripada bapa saudara Nabi Muhammad  , oleh itu mereka merasakan diri mereka lebih layak untuk menjadi khalifah memandangkan salasilah keturunan mereka lebih hampir dengan Rasulullah.

Muhammad ibni Ali, cicit kepada Saidina Abbas telah memulakan kempen untuk mengembalikan kuasa pemerintahan kepada keluarga Bani Hashim di Parsi semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Semasa pemerintahan Khalifah Marwan II, penentangan ini semakin memuncak dan akhirnya pada tahun 750, Abu al-Abbas al-Saffah berjaya menewaskan tentera Umaiyah dan kemudiannya dilantik sebagai khalifah.

Masalah dan Cabaran sunting

Kerajaan Abbasiyyah amat bergantung kepada sokongan orang Parsi dalam usaha mereka menjatuhkan Kerajaan Bani Umaiyyah. Pengganti as-Saffah, al-Mansur, memindahkan pusat pemerintahan mereka daripada Damsyik ke Baghdad di Iraq berhampiran ibu negara Parsi lama. Mereka turut mengalu-alukan kedatangan orang bukan Arab Muslim ke sana. Hal ini membantu mengintegrasikan budaya Arab dan Parsi tetapi langkah ini telah mengasingkan banyak penyokong berbangsa Arab mereka.

 
Duit syiling semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid.

Keadaan ini dengan cepat menimbulkan banyak masalah. Bani Umaiyah walaupun telah tewas tetapi mereka masih tidak dimusnahkan sepenuhnya. Saki-baki golongan Bani Umaiyah telah melarikan diri ke Iberia dan menubuhkan sebuah kerajaan di sana iaitu Amiriah Cordoba.

Kerajaan Abbasiyah juga menghadapi kesukaran dengan golongan Syiah. Golongan Syiah banyak membantu Abbasiyyah memandangkan mereka merupakan keturunan Nabi Muhammad SAW., tetapi Bani Abbasiyyah berfahaman Ahli Sunah Waljamaah dan telah menghalang kegiatan puak Syiah sebaik sahaja memegang kuasa. Hal ini telah mengakibatkan berlakunya pemberontakan namun berjaya dikalahkan.

Zaman kegemilangan sunting

Khalifah Al-Mahdi memulakan semula misi penaklukan Islam dengan menghantar serangan ke atas Byzantium di Anatolia. Serangan ini diteruskan lagi oleh anaknya, Harun al-Rasyid sehingga ke Pergunungan Taurus dan membawa kepada penaklukan besar-besaran tahun 806. Pasukan tentera lautnya juga mencapai kemenangan dalam penaklukan Cyprus.

Misi ketenteraan Abbasiyah mula menurun apabila khalifah lebih tertumpu kepada masalah dalaman negara termasuklah pemberontakan yang tercetus, sikap gabenor yang sedang menggunakan kekuasaan dengan lebih besar dan serangan Byzantium di Syria dan Anatolia. Masalah lain juga timbul apabila Harun al-Rashid mula membunuh keluarga Barmaki yang telah berkembang dalam pentadbirannya dan tindakan beberapa puak yang meninggalkan kerajaan atau mula menguasai wilayahnya yang jauh. Namun di masa pemerintahannya juga, keluarga Bani Umaiyah dan golongan penyokong Ali dilepaskan dan diberi keampunan.

Selepas kematian Harun, kerajaan Abbasiyah berpecah kepada dua kerana berlakunya perang saudara antara Al-Amin dan Al-Ma'mun yang disokong Khurasan. Peperangan ini terhenti setelah dua tahun pengepungan Baghdad dan kematian Al-Amin. Semasa pemerintahan Al-Ma'mun, Khurasan telah dijadikan wilayah berautonomi dan serangan ke atas Byzantium diteruskan seperti sebelumnya.

Al-Mu'tasim dilantik sebagai khalifah pada tahun 833, menjadi khalifah kuat yang terakhir. Beliau telah menguatkan tenteranya dengan tentera upahan Turki dan melancarkan serangan ke atas Byzantium. Tenteranya juga telah cuba merampas Konstantinople namun gagal apabila armadanya dimusnahkan ribut. Al-Mu'tasim juga menghantar tenteranya ke Anatolia sebagai balasan kepada Byzantium yang menjarah Damietta di Mesir.

Mamluk sunting

Semasa pemerintahan al-Ma'mun, kerajaan Abbasiyah telah membentuk satu pasukan tentera yang setia hanya kepada khalifahnya, iaitu Mamluk. Pasukan tentera ini terdiri daripada orang bukan Arab dan diteruskan sewaktu pemerintahan al-Mu'tasim. Pasukan tentera ini berjaya menghalang empayar Islam ini daripada terus diancam.

Pada mulanya, mereka berjaya mengekalkan kestabilan politik Abbasiyah dari masalah dalaman dan ancaman luar. Namun, pembentukan pasukan ini dan tindakan khalifah memindahkan pusat pentadbiran dari Baghdad ke Samarra telah mencetuskan perpecahan antara khalifah dan rakyatnya.

Perpecahan sunting

Pada tahun 820, beberapa perpecahan mula muncul di serata wilayah taklukan Abbasiyah, termasuklah penguasaan Samaniyah di Asia Tengah dan Khurasan, Saffariyah yang hampir mengepung Baghdad dan Tuluniyah yang menguasai hampir keseluruhan Syria. Semasa pemerintahan al-Mu'tadhid, wilayah Mesir, Khurasan dan Syria dapat dikuasai semula oleh Abbasiyah. Namun menjelang abad ke-10, Abbasiyah hampir kehilangan kuasa kepada amir di Iraq, sehingga khalifah ar-Radhi terpaksa mengakui kekuasaan mereka dengan mewujudkan kedudukan amir al-umara. Kekuasaan Mamluk juga semakin berkembang sehingga ar-Radhi dipaksa menyerahkan hampir semua fungsi kerajaan kepada orang bukan Arab.

Semasa pemerintahan Al-Mustakfi, puak Buwaih dari Parsi telah mula merampas kuasa dan menguasai birokrasi di Baghdad selama hampir 100 tahun. Menjelang tahun 870, Mesir telah menjadi lebih berautonomi, manakala gabenor di bahagian timur mula menjauh daripada pemerintahan pusat. Hanya kawasan tengah Mesopotamia yang masih dikuasai Abbasiyah sepenuhnya, manakala Byzantium semakin mengasak orang Arab ke timur Anatolia.

Menjelang tahun 920, Afrika Utara telah dikuasai Khilafah Fatimiyyah yang mula menguasai Mesir pada tahun 969. Kebanyakan gabenor sudah berkuasa autonomi sambil mengakui penguasaan khalifah di Baghdad, sedangkan khalifah pula di bawah perlindungan amir Buwaih yang menguasai Iraq dan barat Iran. Di luar Iraq pula, kesemua wilayah berautonomi mula mengambil ciri-ciri wilayah merdeka dengan adanya pemerintah berwaris, tentera dan pendapatan sendiri. Beberapa gabenor juga mengambil gelaran "Sultan" daripada "Amir" yang biasa digunakan walaupun mereka masih menunjukkan penyerahan kepada khalifah.

Penguasaan Buwaih dan Seljuk sunting

Walaupun amir Buwaih berkuasa, kekuasaan mahkamah Abbasiyah masih lagi kuat dan Abbasiyah masih mengekalkan pengaruh tertentu ke atas Baghdad. Dengan kekuasaan Buwaih yang semakin melemah, khalifah dapat meraih kembali kekuasaannya. Namun, kekuasaan Buwaih diraih pula oleh Oghuz Turk atau dikenali sebagai Saljuk. Menjelang tahun 1055, mereka telah merampas kuasa daripada Buwaih dan Abbasiyah, dan berkuasa sementara. Apabila Fatimiyah mula menduduki Baghdad pada tahun 1056-1057, khalifah al-Qa'im telah dibantu oleh Togrul, sultan Seljuq dalam mengembalikan kuasanya lalu memberikan Iraq kepada Seljuq.

Abbasiyah sekali lagi terpaksa menghadapi kuasa tentera yang tidak dapat mereka tandingi. Sultan Seljuq seterusnya iaitu Alp Arslan dan Malikshah menetap di Parsi, namun memegang kuasa Abbasiyah di Baghdad. Apabila Seljuq semakin lemah pada abad ke-12, Abbasiyah mencapai kekuasaannya semula.

Kebangkitan kekuatan tentera sunting

Khalifah al-Mustarshid ialah khalifah pertama yang membentuk tentera bagi menyerang Saljuk, namun beliau telah dikalahkan dan terbunuh pada tahun 1135. Khalifah al-Muqtafi menjadi khalifah pertama yang meraih semula kemenangan tenteranya. Selepas 250 tahun di bawah penguasaan kerajaan lain, al-Muqtafi berjaya mempertahan Baghdad daripada serangan Saljuk, lantas meraih semula Iraq. Pemerintahan al-Nasir juga berjaya mengembalikan kuasa Abbasiyah ke atas keseluruhan Iraq.

Serangan Mongol sunting

Pada tahun 1206, Genghis Khan telah menubuhkan Empayar Mongol dan pada tahun 1258, Mongol telah menyerang Baghdad dan memusnahkannya menandakan tamatnya pemerintahan Abbasiyah.[1] Mongol juga telah meruntuhkan masjid, hospital, perpustakaan awam dan memusnahkan Baitul Hikmah, perpustakaan agung yang menempatkan segala buku-buku yang memuatkan ilmu perubatan sehinggalah ke bidang astronomi.[2] Mongol juga telah membunuh orang ramai yang cuba melarikan diri tanpa meninggalkan sesiapa pun.

Al-Musta'sim, khalifah terakhir Abbasiyah dipaksa melihat rakyatnya dibunuh dan dirampas hartanya. Namun, tentera Mongol takut bencana akan menimpa mereka jika menumpahkan darah al-Musta'sim yang berketurunan Saidina Al-Abbas, bapa saudara Rasulullah.[3] Lantas mereka membungkus khalifah itu di dalam permaidani, lalu dipijak kuda sehingga meninggal dunia. Semua ahli keluarga khalifah juga telah dibunuh, kecuali seorang anak lelakinya dihantar ke Mongolia, dan seorang anak perempuannya dijadikan hamba kepada Hulagu.[4]

Kerajaan Abbasiyah di Kaherah sunting

Kesultanan Ayubiyah telah menubuhkan tentera Mamluk, sama seperti Abbasiyah. Pada tahun 1250, tentera Mamluk telah merampas kuasa lalu menubuhkan Kesultanan Mamluk. Pada tahun 1261, selepas kemusnahan Baghdad oleh Mongol, pemerintah Mamluk telah menubuhkan semula Kerajaan Bani Abbasiyah yang berpusat di Kaherah dengan khalifah pertamanya, al-Mustansir II. Kerajaan Abbasiyah di Kaherah ini bertahan sehingga tahun 1517.

Perkembangan Ilmu Semasa Zaman Abbasiyyah sunting

Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid (786 - 809) dan penggantinya al-Ma'mun (813-833) menandakan bermulanya zaman perkembangan ilmu pengetahuan.Banyak golongan-golongan pemikir lahir semasa zaman ini, ramai diantara mereka ialah bukan Islam dan bukan Arab Muslim. Mereka ini memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan dan mengembangkan karya Greek dan Hindu, dan ilmu zaman pra-Islam kepada masyarakat Kristian Eropah. Sumbangan mereka ini menyebabkan seorang ahli falsafah Greek iaitu Aristotle terkenal di Eropah. Tambahan pula, pada zaman ini menyaksikan penemuan semula ilmu geografi, matematik, dan astronomi seperti Euclid dan Claudius Ptolemy. Ilmu-ilmu ini kemudiannya diperbaiki lagi oleh beberapa tokoh Islam seperti Al-Biruni dan sebagainya.

Zaman ini juga menyaksikan lahir sarjana-sarjana Islam terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, al-Farabi dan sebagainya. Sarjana-sarjana Islam ini meningkatkan lagi pencapaian Islam dalam bidang perubatan melalui pengetahuan yang diwarisi daripada Zaman Yunani yang diserap dan digabung dengan kajian yang mereka lakukan. Avicenna telah mengenal pasti sifat berjangkit pada penyakit batuk kering, menggambarkan pleurisy, dan pelbagai jenis penyakit saraf yang lain. Beliau turut menjelaskan bahawa penyakit boleh tersebar dengan pencemaran air dan tanah. Kitab perubatannya yang paling utama 'Canon of medicine' telah diterima pakai di Europah sebagai buku teks rasmi sehingga abad ke tujuh belas. Rhazes (865-925) merupakan pakar perubatan klinikal pada zaman medieval. Pencapaiannya yang utama adalah jumpaan mengenai perbezaan antara measles dan smallpox. Pakar sains Islam yang lain telah mengetahui mengenai kebaikan penyucian (cauterization), dan agen jangkitan (styptic), mengenal pasti barah perut, memberikan penawar racun, dan mencapai kemajuan cemerlang dalam merawat penyakit mata. Selain itu mereka mengenal pasti ciri-ciri jangkitan wabak bubonic, dengan menyatakan bahawa ia boleh disebarkan melalui pakaian.

Selain itu hospital semasa pemerintahan Islam merupakan paling maju dalam pentadbiran hospital dan pengawalan perkhidmatan perubatan. Terdapat sekurang-kurangnya tiga puluh empat hospital di bandar utama Persia, Syria, dan Mesir, yang diatur sebagaimana hosital moden. Setiap hospital mempunyai wad menurut jenis penyakit, dispensari, dan perpustakaan. Ketua pakar perubatan dan pembedahan memberi syarahan kepada pelajar dan pelatih, menguji mereka, memberikan lesen untuk berkhidmat. Malah pemilik lintah, dalam kebanyakan kes juga juga merupakan tukang gunting rambut, terpaksa menyerahkannya bagi pemeriksaan menurut tempoh masa berkala.

Pencapaian bidang saintifik Islam yang lain adalah dalam bidang optik, kimia, dan methematik. Pakar sains Islam mengasaskan bidang optik dan menyatakan beberapa kesimpulan penting berkenaan teori kanta pembesar, kepantasan, pengaliran, dan biasan cahaya. Ahli kimia Islam turut mengatasi alkhemi, rekaan Yunani Hellenistik, sistem kepercayaan bahawa kesemua logam pada asasnya adalah sama, dengan itu logam asas boleh ditukarkan kepada emas sekiranya perkakasan yang betul (batu falsafah) dapat dijumpai. Hasil ujian pakar kimia Islam, sesetengahnya menolak teori penukaran logam sepenuhnya. Selain itu,mereka turut menjumpai pelbagai jenis unsur dan sebatian baru, antara lain soda karbonat, tawas, borax, silver nitrat (larutan ion perak), saltpeter, nitrik dan asid sulfrik. Selain itu,ahli sains Islam merupakan yang pertama menggambarkan proses kimia penyulingan, penapisan dan sublimation.

Dalam bidang methmetik, pencapaian teragung pakar sains Islam adalah menggabungkan geometri Yunani dengan sistem nombor hindu. Dengan pengenalan nombor sifar (0), pakar mathematik Islam telah berjaya mengembangkan pengiraan berasaskan sistem perpuluhan dan memajukan algebra. Dengan asas geometri Yunani kepada rujukan pergerakan bintang-bintang, pakar matematik Islam mencapai kemajuan pesat dalam trigometri sphere. Dengan itu mereka menyatukan dan memajukan kesemua bidang pengatahuan methematik.

Dalam bidang astrologi, kajian teliti dilakukan mengenai perubahan kedudukan bintang, malah terdapat dari mereka yang menimbangkan kemungkinan bumi berputar dan beredar mengelilingi matahari. Tetapi teori ini ditinggalkan kerana ia tidak selaras dengan pemikiran silam masa itu seperti orbit planet yang berbentuk bulat.

Dalam bidang perdagangan, perkembangan perdagangan tidak mungkin wujud tanpa perkembang perindustrian. Hampir setiap negeri mempunyai pengilangan sesuatu yang khusus, Mosul di Syria merupakan pusat kapas, dan kain; Baghdad khusus dalam penghasilan barangan kaca, perhiasan, barangan tembikar, dan sutera; Morocco dalam penghasilan barangan kulit; Toledo di Sepanyol bagi penghasilan pedangnya yang terbaik.Selain itu terdapat pelbagai bandar lain yang turut menghasilkan dadah, minyak wangi, karpet, tapestries, brocades, satin, barangan logam, kertas dan lain-lain.

Dalam kesemua bidang, Islam mengatasi barat sehinggalah abad ke dua belas, apabila negara barat maju kehadapan dengan sebahagiannya dari apa yang dipelajari mereka daripada Islam. Dalam bidang ekonomi, barat menyerap pengetahuan dalam bidang pengaliran, penanaman tanaman baru, penghasilan kertas, penyulingan. Tahap pengaruh Islam kepada ekonomi barat dapat dilihat dalam sejumlah besar perkataan Inggeris yang berasal daripada Arab atau Persia. Antara lain adalah traffic, tariff, magazine, alcohol, muslin, orange, lemon, alfalfa, saffron, sugar, syrup, dan musk. Dalam bidang sains pula perkataan seperti algebra, cipher, zero, nadir, amalgam, alembic, alchemy, alkali, soda, dan almanac.

Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyyah sunting

Senarai khalifah sunting

Bil Gelaran Nama sebenar Tempoh pemerintahan
Khalifah di Baghdad
1 As-Saffah Abu Abbas Abdullah 750–754
2 Al-Mansur Abu Jaafar Abdullah 754–775
3 Al-Mahdi billah Abu Abdullah Muhammad 775–785
4 Al-Hadi Abu Muhammad Musa 785–786
5 Harun al-Rasyid Harun 786–809
6 Al-Amin Abu Musa Muhammad 809–813
7 Al-Ma'mun Abu Abbas Abdullah 813–833
8 Al-Mu'tasim billah Abu Ishaq Muhammad 833–842
9 Al-Wathiq billah Abu Jaafar Harun 842–847
10 Al-Mutawakkil a'lallah Jaafar 847–861
11 Al-Muntasir billah Abu Jaafar Muhammad 861–862
12 Al-Musta'in billah Ahmad 862–866
13 Al-Mu'tazz billah Abu Abdullah Muhammad 866–869
14 Al-Muhtadi billah Abu Ishaq Muhammad 869–870
15 Al-Mu'tamid a'lallah Abu Abbas Ahmad 870–892
16 Al-Mu'tadhid billah Abu Abbas Ahmad 892–902
17 Al-Muktafi billah Abu Muhammad Ali 902–908
18 Al-Muqtadir billah Abu al-Fadl Jaafar 908–929
929–932
19 Al-Qahir billah Abu al-Mansur Muhammad 929
932–934
20 Ar-Radhi billah Abu Abbas Muhammad 934–940
21 Al-Muttaqi lillah Abu Ishaq Ibrahim 940–944
22 Al-Mustakfi billah Abdullah 944–946
23 Al-Muthi' lillah Abu al-Qasim al-Fadl 946–974
24 At-Ta'i li-amrillah Abdul Karim 974–991
25 Al-Qadir billah Ahmad 991–1031
26 Al-Qa'im bi-amrillah Abu Jaafar Abdullah 1031–1075
27 Al-Muqtadi bi-amrillah Abu al-Qasim Abdullah 1075–1094
28 Al-Mustazhir billah Abu al-Abbas Ahmad 1094–1118
29 Al-Mustarshid billah Abu al-Mansur al-Fadl 1118–1135
30 Ar-Rasyid billah Abu Jaafar al-Mansur 1135–1136
31 Al-Muqtafi li-amrillah Abu Abdulah Muhammad 1136–1160
32 Al-Mustanjid billah Abu al-Muzaffar Yusuf 1160–1170
33 Al-Mustadhi' bi-amrillah Al-Hasan 1170–1180
34 An-Nasir Lid-Dinillah Abu Abbas Ahmad 1180–1225
35 Az-Zahir bi-amrillah Abu Nasr Muhammad 1225–1226
36 Al-Mustansir billah Abu Jaafar al-Mansur 1226–1242
37 Al-Musta'sim billah Abdullah 1242–1258
Khalifah di Kaherah
1 Al-Mustansir billah Abu al-Qasim Ahmad 1261
2 Al-Hakim bi-amrillah I Abu al-Abbas Ahmad 1262–1302
3 Al-Mustakfi billah I Abu ar-Rabi Sulaiman 1302–1340
4 Al-Wathiq billah I Abu Ishak Ibrahim 1340–1341
5 Al-Hakim bi-amrillah II Abu Abbas Ahmad 1341–1352
6 Al-Mu'tadid billah I Abu al-Fath Abu Bakar 1352–1362
7 Al-Mutawakkil a'lallah I Abu Abdullah Muhammad 1362–1377
1377–1383
1389–1406
8 Al-Musta'sim billah Abu Yahya Zakaria 1377
1386–1389
9 Al-Wathiq billah II Abu Hafs Umar 1383–1386
10 Al-Musta'in billah Abu al-Fadl Al-Abbas 1406–1414
11 Al-Mu'tadid billah II Abu Al-Fath Daud 1414–1441
12 Al-Mustakfi billah II Abu ar-Rabi Sulaiman 1441–1451
13 Al-Qa'im bi-amrillah Abu al-Baqa' Hamzah 1451–1455
14 Al-Mustanjid billah Abu al-Mahasin Yusuf 1455–1479
15 Al-Mutawakkil a'lallah II Abu al-'Izz Abdul Aziz 1479–1497
16 Al-Mustamsik billah Abu As-Sabr Yaakub 1497–1508
1516–1517
17 Al-Mutawakkil a'lallah III Muhammad 1508–1516
1517

Pautan luar sunting

  1. ^ Cooper & Yue 2008, halaman 215
  2. ^ Murray, S.A.P. (2012). The library: An illustrated history. New York: Skyhorse Publishing, p. 54.
  3. ^ Glassé & Smith 2002
  4. ^ Frazier 2005