Aghlabid (Arab: الأغالبة) merupakan sebuah dinasti para emir berkuturan Arab[5] daripada Bani Anbar bin Amr daripada Bani Tamim[6], yang memerintah Ifriqiya, bagi pihak khalifah Abbasiyyah kira-kira satu abad, sehingga dijatuhkan oleh khilafah Fatimiyyah.

Dinasti Aghlabid
Banū al-Aghlab (بنو الأغلب)
800–909
Lokasi Aghlabid
StatusEmiriah separa-merdeka, dinaungi atau tunduk kepada Abbasiyyah, tetapi de facto merdeka sejak tahun 801.[1][2][3]
Ibu negaraKairouan
Bahasa yang umum digunakanBarbar, Arab, Latin Afrika
Agama
Sunni Islam (Maliki)
• 800–812
Ibrahim I ibn al-Aghlab ibn Salim
• 903–909
Abu Mudhar Ziyadat Allah III ibn Abdallah
Sejarah 
• Didirikan
800
• Dijatuhkan oleh Fatimiyyah
909
• Dibubarkan
909
Mata wangDinar Aghlabid[4]
Didahului oleh
Diganti oleh
Khilafah Abbasiyyah
Khilafah Fatimiyyah
Sekarang sebahagian dari Algeria
 Tunisia
 Libya
 Malta
 Itali
Dinasti Aghlabiyah semasa kemuncaknya
Takungan air Aghlabiyah di Kairouan
Dinar emas semasa era Ibrahim I ibn al-Aghlab (184-196 AH), tanpa nama (tetapi moto dinasti 'Ghalab' tertera di belakangnya), tiada nama pengeluar (kemungkinan Kairouan, Ifriqiya). Dikeluarkan pada 192 AH (807/808 AD). Dipulihara di fr [Musée national d'art islamique de Raqqada].

Sejarah sunting

Pada tahun 800, Khalifah Abbasiyah Harun al-Rashid telah melantik Ibrahim I ibn al-Aghlab sebagai Emir Ifriqiya yang akan diwarisi turun-temurun sebagai jawapan kepada keadaan huru-hara yang telah berleluasa di wilayah tersebut berikutan jatuhnya Muhallabiyah. Dia dikehendaki mengawal satu kawasan yang merangkumi timur Algeria, Tunisia dan Tripolitania. Walaupun hanya bebas dan berkuasa pada nama, dinastinya masih lagi mengiktiraf ketuanan Abbasiyah.

Ibukota yang baru, al-Abbasiyyah, diasaskan di luar Kairouan, untuk melepaskan diri daripada penentangan fuqaha dan ulama Maliki yang mengecam apa yang dilihat mereka sebagai kehidupan tidak bertuhan Aghlabiyah, dan tidak menyukai layanan berat sebelah terhadap orang Islam Barbar. Sebagai tambahan, benteng-benteng pertahanan perbatasan (Ribat) dibina di Sousse dan Monastir.

Semasa zaman pemerintahan Ziyadat Allah I (817-838), krisis pemberontakan pasukan tentera Arab meletus pada tahun 824 yang tidak dapat dipatahkan sehinggalah tahun 836 dengan bantuan orang Barbar. Penaklukan Sicily daripada Byzantine sejak tahun 827 diketuai oleh Asad ibn al-Furat adalah satu cubaan untuk mengawal pasukan tentera sukar dikawal itu - ia hanya dapat dicapai secara perlahan dan hanya pada tahun 902 kota kara Byzantine terakhir dapat ditawan. Serbuan ke dalam tanah besar Itali berlaku sehingga kurun ke-10. Secara beransur-ansur Aghlabiyah kehilangan kuasa kawalan ke atas tentera Arab di Sicily dan satu dinasti baru, Kalbiyah muncul di sana.

Kerajaan Aghlabiyah mencapai puncaknya semasa zaman pemerintahan Ahmad ibn Muhammad (856-863). Ifriqiya menjadi satu kuasa ekonomi yang ketara berkat kesuburan tanah pertaniannya dengan dibantu oleh perluasan sistem pengairan Rom. Ia menjadi tumpuan perdagangan antara dunia Islam dan Byzantine dan Itali, terutamanya perdagangan hamba abdi yang menguntungkan. Kairawan menjadi pusat pengajian yang paling penting di Maghrib, terutamanya dalam bidang ilmu kalam dan fikah, dan menjadi tempat pertemuan bagi para penyair.

Kejatuhan dinasti tersebut bermula semasa zaman pemerintahan Ibrahim II ibn Ahmad (875-902). Penguasaan ke Calabria jatuh ke tangan Byzantium, satu serangan oleh Tuluniyah Mesir telah dipatahkan dan satu pemberontakan orang Barbar telah ditumpaskan dengan banyak nyawa yang melayang. Sebagai tambahan, pada tahun 893 wujud pergerakan Syiah Fatimiyah di kalangan orang Barbar Kutama melalui misi Ubayd Allah Said yang membawa kepada penggulingan Aghlabiyah pada tahun 909.

Pemerintah Aghlabiyah sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Historical Dictionary of Algeria - Phillip C. Naylor
  2. ^ Libya. Ediz. Inglese - Anthony Ham
  3. ^ Islam: An Illustrated History - Greville Stewart Parker Freeman-Grenville,Stuart Christopher Munro-Hay [1]
  4. ^ Logistics of Warfare in the Age of the Crusades: Proceedings of a Workshop - John H. Pryor, p187 [2]
  5. ^ C.E. Bosworth, The New Islamic Dynasties, (Columbia University Press, 1996), 31.
  6. ^ [3] Diarkibkan 2021-01-22 di Wayback Machine