Bani Israel (Ibrani:שבטי ישראל Bahasa Arab:بني إسرائيل) merujuk kepada kaum atau keturunan Nabi Yaakub a.s . Mereka inilah yang digelar Bani Israel (anak-anak Nabi Yakuub a.s). Dari keturunan ini juga asalnya kaum Yahudi . Perkataan Israel, berasal dari gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub (a.s). Perkataan Israel ini bermaksud "Hamba Allah yang taat" atau "Tentera Allah". Perkataan "Isra" bermaksud "Hamba atau Tentera" dan "El" membawa maksud "Allah SWT". Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa Israel bermaksud "Yang suka berjalan pada waktu malam". Gelaran "Israel" ini dikurniakan kepada Nabi Yaakub (a.s) kerana baginda diberkati oleh Allah SWT. Perkataan "Israel" berasal dari bahasa Ibrani.

Mosaik 12 Bani Israel dalam dinding sebuah Sinagog di Baitulmaqdis

Kaum Bani Israel berasal daripada anak-anak nabi Yaakub (a.s) seramai 12 orang yang turut dikenali dengan gelaran 'Al-Asbaath' (Bahasa Arab:الأسباط) iaitu Rubin, Sham'un, Lawi, Yahuza, Zabulun, Yasakar, Dan, Jad, 'Ashir, Naftali, Yusuf, dan Bunyamin. Antara anak-anak baginda, ada antaranya yang diangkat menjadi Nabi seperti Nabi Yusof (a.s) yang meneruskan apa yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim kepada datuk baginda, Nabi Ishak a.s., bapa baginda, Nabi Yaakub dan akhirnya baginda sendiri yang dipilih Allah untuk meneruskan Syariat Allah dimuka bumi ini.

Terdapat ramai rasul-rasul yang terkemuka diutuskan dalam kalangan Kaum Bani Israel ini seperti Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa, Nabi Yunus, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan Allah kepada kaum ini sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan kepada seluruh umat manusia dimuka bumi Allah ini(menurut ajaran agama islam)

Templat:Tunas-Judaisme