Bani Sulaym merupakan suku Arab yang tinggal di wilayah Hijaz dan Nejd saudi Arabia semasa kebangkitan Islam, dan kemudian bermastautin di Afrika Utara bersama-sama Bani Hilal dalam abad ke-11 M.

Asal-usul sunting

Susur-galur Bani Sulaym dapat dikesan daripada Qais Ailan bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.

Suku ini tinggal di Hijaz bersama-sama suku Qais lain seperti Bani Ghatafan, dan tinggal di wilayah timur Hijaz sehingga ke abad ke-7 M. Mereka bertempur dengan orang Ansar dan Muslim Quraisy dalam Perang Ahzab, dan kemudiannya memeluk Islam. Beserta bersama-sama dengan tentera Muslim, mereka mengalahkan Bani Hilal dan suku-suku Hawazin semasa Perang Hunain.

Rujukan sunting

  • Aymn Almsaodi, The Desert Race, p. 108.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.