Buka menu utama

Baning (Manouria emys) ialah sejenis kura-kura dari keluarga Testudinidae. Kura-kura ini terdapat dan berasal dari Asia Tenggara.[3]

Baning
Manouria-emys-asian-forest-tortoise.jpg
Manouria emys dari Kaeng Krachan Taman Negara Thailand
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Kriptodira
Keluarga: Testudinidae
Genus: Manouria
Spesies: M. emys
Nama binomial
Manouria emys
(Schlegel & Müller, 1844)
Sinonim[2]

PengenalanSunting

 
Lukisan oleh George Henry Ford

Ia juga dikenali sebagai Kura-kura Hutan Asia yang terbesar di wilayah ini. Kura-kura dewasanya, Manouria emys phayrei, boleh mencecah sehingga 25 kg (55 lb). Tempurungnya (karapas) tinggi melengkung. Kepingan vertebralnya lebih kurang sama lebar dengan kepingan kostal. Panjang kepingan-kepingan vertebral ini juga lebih kurang sama; kepingan vertebral pertama mempunyai sisi sejajar, sedangkan kepingan vertebral kelima melebar ke arah belakang. Kepingan marginal (pinggir) di bagian depan dan di sekitar kaki belakang mendatar dan agak melengkung ke atas.

TaksonomiSunting

Terdapat dua subspesies yang direkodkan:

Juga dikenali sebagai Asian brown tortoise atau Baning Perang[4], karapasnya berwarna coklat terang
  • Manouria emys phayrei (Blyth, 1853) yang dijumpai di barat laut Thailand hingga ke timur laut India.
Juga dikenali sebagai Burmese brown tortoise, lebih besar dan gelap. Karapasnya berwarna hitam seperti arang. Istilah phayrei diambil berdasarkan nama seorang pegawai British di India yang menjadi komisioner British-Burma, Sir Arthur Purves Phayre (1812–1885).[5]
 
Karapas, dilihat dari atas
 
Plastron

Berdasarkan kepelbagaian karakter filogenetik, genus Manouria dianggap lebih primitif dan asli dari keluarga Testudinidae.[6]

RujukanSunting

  1. ^ Asian Turtle Trade Working Group (2000). "Manouria emys". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2000: e.T12774A3380771. doi:10.2305/IUCN.UK.2000.RLTS.T12774A3380771.en. Dicapai 10 November 2017. 
  2. ^ Fritz, Uwe; Havaš, Peter (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 288. ISSN 1864-5755. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai 29 May 2012. 
  3. ^ Kura-kura
  4. ^ http://www.nre.gov.my/Parlimen/Lists/Papar_Jawapan.aspx?ID=231
  5. ^ Beolens B, Watkins M, Grayson M (2011). The Eponym Dictionary of Reptiles. Baltimore: Johns Hopkins University Press. xiii + 296 pp. ISBN 978-1-4214-0135-5. (Manouria emys phayrei, p. 205).
  6. ^ Le M, Raxworthy CJ, McCord WP, Mertz L (2006). "A molecular phylogeny of tortoises (Testudines: Testudinidae) based on mitochondrial and nuclear genes". Molecular Phylogenetics and Evolution. 40 (2): 517–531. 

Animal Diversity Web (December, 2006) http://animaldiversity.ummz.umich.edu/site/accounts/information/Manouria_emys.html McKeown, S. (1990) Asian Brown Tortoise, Manouria emys. Tortuga Gazette, 33(6): 3 - 5. Available at: http://www.tortoise.org/archives/manemys2.html