Banjaran Bintang adalah sebuah banjaran gunung yang menganjur dari selatan Thailand di utara sehingga ke Beruas di Perak, Malaysia. Di sebelah timurnya adalah Banjaran Titiwangsa, iaitu banjaran yang menjadi 'tulang belakang' Semenanjung Malaysia, yang juga bermula dari selatan Thailand.

Di atasnya ada beberapa buah gunung dan bukit seperti Bukit Bokbak (1199 m), Gunung Kenderong (1,226 m), Bukit Larut [1] (1200 m), Gunung Bintang (1882 m), Gunung Inas (1801 m), Gunung Ulu Jernih (1577 m) dan gunung-gunung dan bukit-bukit lain yang lebih rendah. Gunung Bintang yang terletak di sempadan negeri Perak dan Kedah adalah puncak tertinggi banjaran itu.

Banjaran Bintang menjadi legeh sungai antara Sungai Perak dengan Sungai Kinta serta bebarapa batang sungai lain. Terdapat pelbagai air terjun dan kawasan perkelahan di Banjaran Bintang ini seperti Hutan Lipur Sungai Sedim dan Hutan Lipur Bukit Hijau.

Rujukan sunting

  1. ^ Wan Noor Azmi Wan Mohd Nor, Rusidah Mohd Akil, Hazlina Mansor (2008). Teks & Rujukan Lengkap Geografi PMR. Arah Pendidkan Sdn Bhd. m/s. 49.CS1 maint: multiple names: authors list (link)