Banjir Khyber Pakhtunkhwa 2010

Banjir Khyber Pakhtunkhwa 2010 berlaku pada Julai 2010 selepas hujan lebat 3 hari di Wilayah Sempadan Barat Laut di utara Pakistan dan kemudian merebak ke wilayah lain. Sekurang-kurangnya 1,700 orang terkorban,[4] ribuan hilang tempat tinggal dan lebih sejuta mengalami kesusahan.[1]

Banjir Khyber Pakhtunkhwa 2010
Imej satelit NASA menunjukkan Sungai Indus River sewaktu banjir
Tarikh – 
Tempoh27 Julai 2010—
TempatKhyber Pakhtunkhwa, Punjab, Sindh, Balochistan dan Gilgit-Baltistan
LokasiPakistan Sunting ini di Wikidata
Kematian1,781+[1][2]
Kecederaan2,966 Sunting ini di Wikidata
Harta benda rosak
$43 bilion[3] (anggaran)

Banjir sunting

Banjir akibat hujan lebat monsun merupakan yang terburuk dalam masa 80 tahun. Pengerusi Lembaga Bencana Alam Pakistan, Nadeem Ahmad menyatakan banjir terbesar berlaku pada tahun 1929. Jabatan Meteorologi Pakistan menyatakan hujan selama 36 jam menurunkan 12 inci air mengakibatkan 500,000 penduduk terpaksa pindah. Manuel Bessler selaku pegawai Jawatankuasa Kemanusiaan PBB menganggarkan banjir melibatkan 36 daerah dan 550,000 korban. Ada yang menyatakan sehingga 1 juta orang.

Mian Iftikhar Hussain selaku Menteri Wilayah meyatakan seluruh prasarana sudah hancur musnah akibat rempuhan air banjir yang deras. Di beberapa daerah banjir sedalam 18 kaki dan mangsa duduk di atas bumbung menantikan bantuan. 45 jambatan dan 3700 rumah hanyut dalam banjir. Lebuh raya Karakoram yang menghubungkan Pakistan dengan China ditutup selepas sebuah jambatan rosak. Semua jambatan telah musnah, seluruhnya.

Usaha bantuan sunting

21 helikopter dan 150 bot penyelamat digerakkan ke sana. Kedutaaan besar AS di Pakistan menggerakkan 3 helikopter untuk operasi menyelamat. Tentera telah dikerahkan ke lokasi banjir untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkapa dalam banjir dalam. Perdana Menteri Pakistan Yousaf Raza Gillani melawat kawasan banjir dan mengarahkan Tentera Laut Pakistan memindahkan korban banjir.

Bantuan sunting

Pada 5 Ogos 2010, Wisma Putra mengumumkan bantuan kemanusiaan bernilai US$1 juta berikutan banjir sejak 22 Julai 2010 di Pakistan. 1600 terbunuh dan sejuta hilang tempat tinggal. Tumpuan di wilayah Punjab, Balochistan, Gilgit-Baltistan dan Khyber Pakhtunkhwa. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerusi agensinya Tabung Kanak-kanak PBB dan Program Makanan Sedunia turut membantu.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Singapore Red Cross (15 September 2010). "Pakistan Floods:The Deluge of Disaster - Facts & Figures as of 15 September 2010". Dicapai pada 18 Oktober 2010.
  2. ^ "Death toll from floods rises to 1,100". Dawn (akhbar). 1 Ogos 2010. Dicapai pada 1 Ogos 2010.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-23. Dicapai pada 2010-11-25.
  4. ^ "Pakistan rescuers struggle in flood aftermat h". BBC News. 2 Ogos 2010. Dicapai pada 2 Ogos 2010.
  5. ^ Banjir: Malaysia Sumbang US$1 Juta Bantu Pakistan Bernama