Banjir Pakistan 2022

Sejak Jun 2022, banjir yang disebabkan oleh hujan monsun dan pencairan glasier berlaku di Pakistan, menyebabkan sekurang-kurangnya 1,128 orang terbunuh (termasuklah 340 kanak-kanak dan enam pegawai tentera dalam nahas helikopter) dan lebih daripada 1,700 orang lagi cedera. Banjir tersebut merupakan yang terburuk di dunia sejak 2017.[2][3][4][5][6] Pada 25 Ogos, Pakistan mengisytiharkan darurat disebabkan oleh bencana tersebut.[7]

Banjir Pakistan 2022
Kawasan-kawasan yang terjejas banjir, dengan kawasan bertanda merupakan yang paling teruk terjejas
Tarikh14 Jun 2022 – 
Tempoh14 Jun 2022 – kini
LokasiBalochistan, Gilgit-Baltistan, bahagian selatan Punjab, Sindh, Kashmir, Khyber Pakhtunkhwa
PenyebabHujan monsun yang lebat, pencairan glasier
Kematian1,128
Kecederaan12,867 Sunting ini di Wikidata
Hilang48,939
Harta benda rosak
AS$4.4 bilion (anggaran tidak rasmi)[1]

Latar belakang sunting

Pada tahun 2022, Pakistan menerima curahan hujan yang lebih tinggi daripada biasa. Wilayah Sindh menerima sehingga 784% lebih banyak hujan berbanding biasa, manakala Balochistan menerima 500% lebih tinggi.[8] Kejadian luar kebiasaan berbanding purata hujan monsun ini turut dicatatkan di India dan Bangladesh.[9] Lautan Hindi merupakan salah satu rantau yang paling cepat hangat di dunia, dengan purata 1°C (berbanding purata pemanasan sejagat iaitu 0.7%).[9] Kenaikan suhu permukaan laut dipercayai meningkatkan curahan hujan monsun.[10][9] Tambahan lagi, kawasan selatan Pakistan mengalami gelombang haba berturut-turut pada Mei dan Jun, yang merupakan suatu rekod dan lebih berkemungkinan berlaku disebabkan oleh perubahan iklim. Ini menghasilkan tekanan rendah terma yang lebih kuat, membawa hujan yang lebih lebat.[10] Gelombang haba turut mencetuskan pembanjiran glasier di Gilgit Baltistan.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ "Floods to cause USD 4 billion loss to Pakistan's economy: Report". The Economic Times (dalam bahasa Inggeris). 27 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2022. Dicapai pada 27 Ogos 2022.
  2. ^ "Worst rains and floods; 1128 people dead, more than 4 crore people homeless – Pakistan". hoshyarpakistan (dalam bahasa Inggeris). 27 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2022. Dicapai pada 27 Ogos 2022.
  3. ^ Zahid Gishkori (26 Ogos 2022). "Deadly floods claim over 1,000 lives, affects 1/5th Pakistan". Samaa TV (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2022. Dicapai pada 26 Ogos 2022.
  4. ^ "Flooding kills nearly 1,000 in Pakistan". EFE (dalam bahasa Inggeris). 25 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Ogos 2022. Dicapai pada 25 Ogos 2022.
  5. ^ "Officials:Floods kill 777 in Pakistan over last 2 months". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). 22 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2022. Dicapai pada 22 Ogos 2022.
  6. ^ "At least 357 dead, 408 injured due to rains, flash floods in Pakistan". laprensalatina.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2022. Dicapai pada 28 July 2022.
  7. ^ Zaki Abbas (26 Ogos 2022). "Pakistan declares emergency in the face of calamitous floods". Dawn (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2022. Dicapai pada 26 Ogos 2022.
  8. ^ "Pakistan floods have affected over 30 million people: climate change minister" (dalam bahasa Inggeris). 27 Ogos 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2022. Dicapai pada 27 Ogos 2022.
  9. ^ a b c Zoha Tunio (2 Ogos 2022). "After Unprecedented Heatwaves, Monsoon Rains and the Worst Floods in Over a Century Devastate South Asia" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2022. Dicapai pada 27 Ogos 2022.
  10. ^ a b M Waqar Bhatti. "Climate change blamed for above normal rains in Sindh, Balochistan" (dalam bahasa Inggeris). The News International. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Ogos 2022. Dicapai pada 27 Ogos 2022.
  11. ^ "Deadly heat wave in India and Pakistan was 30x more likely due to climate change, scientists say" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2022. Dicapai pada 27 Ogos 2022.