Banjir Sindh 2011 bermula musim monsun Pakistan pada pertengahan bulan Ogos 2011, yang terhasil dari hujan monsun yang lebat di Sindh, Timur Balochistan , dan Selatan Punjab.Banjir ini telah menyebabkan kemusnahan teruk, kira-kira 270 orang awam telah terbunuh, dengan 5.3 juta orang dan 1.2 juta rumah terjejas. Sindh merupakan kawasan subur dan dikenali sebagai "perut" Pakistan. 1.7 juta ekar tanah pertanian musnah dibanjiri akibat banjir. Banjir ini yang terburuk sejak Banjir Pakistan 2010.

Banjir Sindh 2011
Sindh,
Tarikh – 
TempohOgos–September 2011
TempatNegeri Sindh, sebahagian Balochistan, Punjab Timur, Azad Kashmir
LokasiPakistan Sunting ini di Wikidata
KematianSekurang-kurangnya 347 maut dan 5.5 juta orang terjejas.
Harta benda rosak
400+ terbunuh 5.5 juta terjejas (2.7 juta kanak-kanak terjejas), 4.5 juta ekar tanah rosak, 1.19 juta buah rumah rosak[1]

Punca sunting

Pada bulan Julai ,Pakistan menerima hujan monsun seperti biasa.Bagaimanapun pada bulan Ogos dan September pola cuaca yang kuat memasuki kawasan Sindh dari Rajasthan dan Gujarat, India.

Daerah Badin di wilayah Sindh menerima hujan memecahkan rekod 615,3 milimeter .Pada 1936 hanya 121 milimeter di Badin.Kawasan Mithi menerima 1290 milimeter.Penduduk diarahkan berjaga-jaga.

Dr Qamar uz Zaman Chaudhry, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Pakistan menyatakan hujan lebat yang melampau di Sindh. Sebelum ini tiada hujan dan berlaku kemarau teruk .Hujan buruk di Mithi, Mirpurkhas, Diplo, Parker, Nawabshah, Badin, Chhor, Padidan, dan lain-lain wilayah Hyderabad.Jumlah isi padu air dalam tempoh empat minggu ialah 37 juta ekar kaki.

Rujukan sunting

  1. ^ "Flood Damage". CNN World. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-15. Dicapai pada 15 September 2011.