Banjir Malaysia 2014–2015

(Dilencongkan dari Banjir di Malaysia 2014)

Banjir Malaysia 2014–2015 merujuk kepada banjir di seluruh Malaysia. Banjir pada tahun 2014 adalah yang terburuk dalam sejarah banjir di Malaysia dengan mencatatkan lebih 300,000 orang dipindahkan.[1] Sejak 18 Disember, Jabatan Meteorologi Malaysia, telah mengeluarkan 38 amaran cuaca buruk; 15 amaran peringkat 'Merah', 15 amaran 'Oren' dan 8 amaran 'Kuning'.[2]

Kelantan sunting

Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kelantan mencecah 170,000 orang daripada lebih kurang 36,000 buah keluarga yang ditempatkan dalam 309 buah tempat pelindungan melibatkan lapan daerah. Jajahan Kota Bharu mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 44,061 orang, Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh (192).[1]

Pahang sunting

Mangsa yang terlibat dalam banjir ini hampir mencecah 35,000 mangsa. Temerloh menjadi daerah mangsa banjir paling ramai iaitu 12,012 orang yang ditempatkan di 71 pusat pemindahan. Enam daerah lain ialah Kuantan membabitkan 3,046 mangsa yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan, Pekan (4,873 mangsa di 17 pusat pemindahan), Maran (3,479 mangsa di 33 pusat pemindahan), Jerantut (6,025 mangsa di 59 pusat pemindahan), Bera (1,491 mangsa di 14 pusat pemindahan) dan Lipis (2,299 mangsa di 31 pusat pemindahan). Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bagi laluan kedua-dua arah Kuantan-Kuala Lumpur dan jalan lama ditutup kepada lalu lintas. Orang ramai yang menuju ke Kuantan dari Kuala Lumpur telah diminta menggunakan jalan alternatif melalui Seremban-Kuala Pilah-Serting-Muadzam Shah-Kuantan dan sebaliknya.[1]

Usaha sunting

Pada bulan Oktober, kerajaan memerlukan RM9.32 bilion untuk pembinaan dan penaiktaraf semua infrastruktur saliran di kawasan bandar dan luar bandar.[3]

Masalah sunting

Terdapat beberapa arahan dari pihak berkuasa untuk menghentikan penyebaran maklumat yang mungkin tidak disahkan melalui media sosial bagi memudahkan misi menyelamat.[4] Arahan ini juga menyarankan penerima maklumat jangan panik disebabkan berita palsu yang berleluasa. Mereka mengatakan yang keadaan masih dalam kawalan.[5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Banjir Di Kelantan Semakin Buruk, Jumlah Mangsa Meningkat". mStar. Dicapai pada 31 Disember 2014.[pautan mati kekal]
  2. ^ Abdul Razak Ahmad (27 Disember 2014). "Banjir 2014 Bakal Catat Sejarah Terburuk" (Artikel) (dalam bahasa Melayu). mStar. Dicapai pada 31 Disember 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]
  3. ^ "RM9.32 Bilion Diperlukan Untuk Atasi Banjir Kilat Di Bandar". mStar. Dicapai pada 31 Disember 2014.
  4. ^ "Banjir: Maklumat Palsu Rencatkan Tugas Pasukan Penyelamat - SKMM". mStar. Dicapai pada 31 Disember 2014.
  5. ^ "Banjir: Penyebaran Maklumat Palsu Kerja Khianat". mStar. Dicapai pada 31 Disember 2014.

Pautan luar sunting