Banjir kilat Kajang 2011

Banjir kilat Kajang 2011 berlaku di bandar Kajang,Selangor pada hari Jumaat , jam 4.00 petang selepas hujan lebat tidak berhenti-henti selama 3 jam. Air hujan mengalir menerusi Sungai Jelok dan Sungai Kantan dan bercamtum dengan Sungai Langat di suatu likuan sungai di belakang bangunan Plaza Metro dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent.

Antara perniagaan yang terkena banjir kilat ialah kedai telekomunikasi, restoran, bank , mesin komputer juruwang dan komputer pengendali kamera litar tertutup (CCTV) dan lain-lain. Kereta para pekerja Plaza Metro di bahagian bawah turut tenggelam. Tragedi serupa pernah berlaku pada 2008 akibat sampah sarap tersangkut di likuan laluan air sungai.

Pihak Majlis Perbandaran Kajang segera membersihkan jalan raya, menunda kenderaan dan motosikal yang tersadai akibat ditenggelami banjir kilat.Adun Kajang, Cikgu Lee Kim Sin (PKR) mengakui kejadian banjir di Kajang merupakan kejadian berkala tetapi mengakui kali ini keadaan adalah lebih teruk berbanding sebelumnya.Dinding tebatan setinggi 1.5 meter telah dibina pada 2008 tetapi banjir kilat masih berlaku di lokasi sama.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Pemilik premis perniagaan Kajang sibuk jalankan pembersihan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-05. Dicapai pada 2011-12-03.