Koordinat: 6°10′54″S 106°49′17″E / 6.18167°S 106.82139°E / -6.18167; 106.82139

Bank Indonesia merupakan bank pusat Indonesia. Bank ini bertugas memelihara kestabilan nilai mata wang rupiah dan menjaga kestabilan kewangan Indonesia.

Bank Indonesia
Logo of Bank Indonesia
Ibu pejabat
Jakarta, Indonesia
Ditubuhkan24 Januari 1828 (Bank Jawa)
1 Julai 1953 (bentuk terkini)
GabenorPerry Warjiyo[1]
Bank pusat bagi
Indonesia
Mata wangRupiah Indonesia
IDR (ISO 4217)
RizabUSD 136.4 bilion[2]
Laman webhttp://www.bi.go.id/en
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Babak baharu dalam sejarah Bank Indonesia sebagai bank pusat bebas bermula ketika undang-undang baru diluluskan, iaitu UU No. 23/1999 tentang Bank Indonesia, mula dikuatkuasakan pada 17 Mei 1999. Undang-undang ini memberikan status dan kedudukan bank sebagai suatu lembaga negara yang merdeka dan bebas dari campur tangan pemerintah ataupun pihak lainnya.

Peranan sunting

Sebagai lembaga negara sunting

Sebagai suatu lembaga negara yang bebas, Bank Indonesia mempunyai autonomi penuh dalam merumuskan dan melaksanakan setiap tugas dengan sewenangnya sebagaimana ditentukan dalam undang-undang tersebut. Pihak luar tidak dibenarkan mencampuri pelaksanaan tugas Bank Indonesia, dan Bank Indonesia juga berkewajiban untuk menolak atau mengabaikan campur tangan dalam bentuk apapun, dari pihak manapun juga.

Bagi menjamin kebebasan tersebut, undang-undang ini telah memberikan kedudukan khusus kepada Bank Indonesia dalam struktur ketatanegaraan Republik Indonesia. Sebagai Lembaga negara yang bebas kedudukan Bank Indonesia tidak sejajar dengan Lembaga Tinggi Negara. Di samping itu, kedudukan Bank Indonesia juga tidak sama dengan kementerian, kerana kedudukan Bank Indonesia berada di luar Pemerintah.

Sebagai badan hukum sunting

Status Bank Indonesia baik sebagai badan hukum umum maupun badan hukum perdata ditetapkan berdasarkan undang-undang negara. Sebagai badan hukum umum, Bank Indonesia berkuasa menetapkan peraturan-peraturan hukum yang merupakan pelaksanaan dari undang-undang yang merangkumi seluruh masyarakat Indonesia sesuai dengan tugas dan tanggungjawab. Sebagai badan hukum perdata, Bank Indonesia dapat bertindak untuk dan atas nama sendiri di dalam mahupun luar pengadilan.

Rujukan sunting

  1. ^ Purnomo, Herdaru. "Top! Perry Warjiyo Jadi Gubernur of The Year se-Asia Pasifik". CNBC Indonesia. Dicapai pada 17 May 2020.
  2. ^ "Monetary Indicators". Bank of Indonesia. Dicapai pada 20 July 2022.

Pautan luar sunting