Bank Rakyat

bank koperasi di Malaysia

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Jawi: بڠک کرجاسام رعيت مليسيا برحد) atau Bank Rakyat (Jawi: بڠک رعيت) telah ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Koperasi 1948, dan kini dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Akta Institusi Kewangan Pembangunan (DAFIA 2002), Kementerian Pembangunan Keusahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
Jenis/bentuk sah
IndustriPerbankan Islam
Ditubuhkan28 September 1954
Ibu pejabatMenara Kembar Bank Rakyat, Jalan Rakyat, Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingTun Tengku Raja Ahmad Bafayed (Pengerusi)
KeluaranPerbankan and Kewangan
Tapak webwww.bankrakyat.com.my
Facebook: myBANKRAKYAT Twitter: mybankrakyat Instagram: mybankrakyat Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Ground part of former Bank Rakyat building at Jalan Tangsi, Kuala Lumpur in April 2013

Bank Rakyat merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dari segi jumlah aset. Transformasi daripada sistem perbankan konvensional kepada sistem perbankan Syariah sejak tahun 2002 telah memacu perkembangan Bank Rakyat untuk terus mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan saban tahun.

Bank Rakyat komited dalam menawarkan kemudahan kewangan yang memenuhi keperluan pelanggan menerusi produk dan perkhidmatan yang pelbagai serta inovatif.

Sebagai sebuah agensi di bawah seliaan MEDAC, Bank Rakyat turut menyokong misi Kementerian untuk mengukuhkan sektor koperasi sebagai tunjang pertumbuhan ekonomi negara dan usahawan.

Saluran penyampaian yang cekap turut diperluaskan serta sentiasa ditambah baik. Bank Rakyat terus mengekalkan imej korporat yang mesra untuk menempatkan diri pada asas yang tepat sebagai Bank Pilihan Anda.

Bank Rakyat juga mengendalikan pusat panggilan tele-Rakyat yang boleh dihubungi di talian 1-300-80-5454(Bebas Tol) dan perbankan internet iRakyat di https://www.akyat.com.my/.

Sejarah sunting

Dengan perkembangan yang pesat ini, keputusan telah dibuat untuk menubuhkan bank masing-masing yang dikenali sebagai Bank Persatuan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan kewangan anggota-anggota.

Pada 28 September 1954, 11 daripada bank persatuan tersebut bersetuju untuk bergabung dan membentuk Bank Agong (Apex Bank). Dalam tahun 1967, Bank Kerjasama Malaysia Berhad menggantikan Bank Agong dan keahliannya dibuka untuk individu, selain daripada koperasi. Seterusnya, penubuhan anak-anak syarikat juga dibenarkan. Pada 6 Januari 1973, namanya ditukar menjadi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat.

Satu akta khas telah diwujudkan untuk melincinkan pentadbiran Bank Rakyat, iaitu Akta Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad (Peruntukan Khas) 1978 (Akta 202) yang membolehkan Bank Rakyat menawarkan pembiayaan kepada mereka yang bukan ahli.

Pada tahun 1986, Tabung Simpanan Nuri untuk kanak-kanak telah diperkenalkan.

Pada tahun 1989, Bank Rakyat telah diletakkan terus di bawah Kementerian Pembangunan Keusahawan dan Koperasi (MEDAC).

Pada tahun 1994, Bank Rakyat menukar konsep perbankan komersial kepada perbankan Islam.Sehingga 31 Disember 2007, Bank Rakyat memiliki aset berjumlah RM34.9 bilion, yang mewakili kira-kira 70 peratus jumlah aset keseluruhan koperasi di negara ini

Produk Individu sunting

Produk Perniagaan sunting

Rujukan sunting

www.bankrakyat.com.my

Pautan dalam sunting

Bank Rakyat (Bahasa Melayu)

Perbankan Elektronik (i-Rakyat)

Laman Rasmi Bank Rakyat

Laman Instagram Rasmi

Laman Facebook Rasmi

Laman Twitter Rasmi

Laman Youtube Rasmi

Laman Linkedin Rasmi

Pautan Luar sunting