Bantahan Bahrain 2011

Bantahan Bahrain 2011 merupakan peristiwa tunjuk perasaan yang berlaku di negara Bahrain di Teluk Parsi. Tujuan orang Bahrain menunjuk perasaan adalah untuk menuntut lebih kebebasan politik dan hormat kepada hak asasi manusia,[1] serta menyeru supaya rajanya turun takhta[2] ekoran serbuan ganas terhadap penunjuk perasaan di Bulatan Mutiara, Manama pada 17 Februari.[3][4]

Bantahan Bahrain 2011
Lokasi Bahrain
Tarikh14 Februari 2011 – kini
Cir-ciriPenentangan awam, tunjuk perasaan, rusuhan, Syiah.
Kematian10
Kecederaan380

Di Manama, para penunjuk perasaan berkhemah selama berhari-hari di Bulatan Mutiara yang berfungsi sebagai pusat protes besar-besaran. Selepas sebulan, kerajaan Bahrain memohon bantuan tentera dan polis dari Majlis Kerjasama Teluk yang tiba pada 14 Mac; pada hari keesokannya, Raja Bahrain mengisytiharkan darurat dan pemerintahan tentera selama tiga bulan.[5][6]

Latar belakang sunting

Rakyat majoriti yang bermazhab Syiah di Bahrain sering mengeluh kerana diketepikan dalam peluang pekerjaan, perumahan dan prasarana, sementara penganut mazhab Sunnah menikmati keutamaan.[7] Kerajaan Bahrain turut mengimport golongan Sunnah dari Asia Selatan dan Syria dalam cubaan meningkatkan peratusan penduduk Sunnah. [8][7] Umat Syiah dilarang memegang jawatan politik dan tentera yang penting.[8] Bahrain kini ada sebuah parlimen undian awam, tetapi ia tidak berkuasa.[8] Bantahan sekali-sekala telah tercetus sejak pemerintahan Isa bin Salman Al Khalifa,[8] dan 25 aktivis Syiah dibicarakan kerana cuba menentang kerajaan.[8]

Bahrain menempatkan Armada Kelima Amerika Syarikat sebagai langkah penting buat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat untuk cuba mengimbangi kuasa ketenteraan Iran di Timur Tengah.[8] Kerajaan Arab Saudi dan negara-negara rantau Teluk yang lain menyokong padu Raja Bahrain.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan JazeeraBah14Feb tidak disediakan
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan guard_downwiththeking tidak disediakan
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan aljaz_bahr17Feb tidak disediakan
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan bbc231injured tidak disediakan
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan BBCBahr15Mar tidak disediakan
  6. ^ http://www.latimes.com/news/nationworld/world/la-fg-bahrain-flashpoint-20110316,0,1785627.story
  7. ^ a b "Bahrain gets tough". ft.com. 17 Februari 2011.
  8. ^ a b c d e f g "Issues behind protests in Bahrain". The Associated Press/The Canadian Press. 18 Feb 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-21.

Pautan luar sunting