Buku PediaPress yang dicetak.

Halaman ini memberikan kepada para pengguna berpengalaman maklumat mengenai fungsi-fungsi lanjutan bagi alatan Buku. Antara lain, ia menerangkan bagaimana tataletak buku dapat diperbaiki dan bagaimana buku itu disimpan di Wikipedia.

Menyimpan buku sunting

Format buku yang disimpan sunting

Apabila anda menyimpan buku, ia akan disimpan seperti format yang berikut:

{{Buku disimpan
 |tajuk       =
 |subtajuk    =
 |imej-kulit  =
 |warna-kulit =
 |warna-teks  =
}}

== Tajuk ==
=== Subtajuk ===

;Bab 1
:[[Rencana pertama]]
:[[Rencana ke-2|Rencana kedua]]
:[[Rencana ketiga]]

;Bab 2
:[[Rencana keempat]]
:[[Rencana ke-5|Rencana kelima]]
:[[Rencana keenam]]

[[Kategori:Buku Wikipedia|Tajuk]]




<-- Templat yang muncul di atas halaman
<-- Ini hanya digunakan untuk menjana pralihat kulit buku
<-- Ini hanya digunakan untuk menjana pralihat kulit buku
<-- Imej kulit lalai* buku (lihat catatan di bawah)
<-- Warna kulit lalai* buku (lihat catatan di bawah)
<-- Ini hanya digunakan untuk menjana pralihat kulit buku


<-- Tajuk buku
<-- Subtajuk atau tajuk kecil buku

<-- Nama bab pertama (mulakan dengan simbol koma bernoktah)
<-- Rencana pertama (mulakan dengan tanda titik bertindih)
<-- Rencana kedua (dinamakan semula)
<-- Rencana ketiga

<-- Nama bab kedua
<-- Rencana keempat
<-- Rencana kelima (dinamakan semula)
<-- Rencana keenam

<-- Buku yang dicipta akan dikategorikan di [[Kategori:Buku Wikipedia]], dan diisih mengikut "Tajuk"




Anda boleh juga mencipta buku secara manual dari awal dengan menggunakan format yang sama. Untuk mencipta buka dari awal, mulakan halaman baru seperti [[Pengguna:Nama pengguna anda/Buku/Nama buku]].

Sintaks yang dibenarkan sunting

Hanya sintaks-sintaks berikut yang dibenarkan:

Tajuk Tajuk atau judul mengandungi tanda sama dengan berganda.

== Tajuk ==

Subtajuk Subtajuk atau tajuk kecil mengandungi tanda sama dengan ganda tiga.

=== Subtajuk ===

Imej kulit Cukup masukkan nama fail tersebut, contohnya: https://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Contoh.jpg:

imej-kulit=Contoh.jpg

Pengepala bab Pengepala bab didahului dengan tanda koma bernoktah.

;Nama bab

Menambah bab Suatu rencana itu dimasukkan sebagai pautan wiki selepas tanda titik berganda.

:[[Rencana]]

Menamakan semula rencana Anda boleh menggunakan tanda bar menegak ('|') untuk menamakan semula rencana di dalam buku.

:[[Java (bahasa pengaturcaraan)|Java]]

Memformat tajuk rencana Anda boleh menggunakan tanda bar menegak untuk memformat tajuk.

:[[Kehidupan Ian Fleming|''Kehidupan Ian Fleming'']]

Mengkategorikan buku Kategorikan buku di Kategori:Buku Wikipedia, dan isihkannya sebagai "Tajuk". Juga, letakkannya di bawah kategori ensiklopedia yang bersesuaian.
[[Kategori:Buku Wikipedia|Tajuk]]
[[Kategori:Topik|β]]

Lokasi buku sunting

Buku-buku disimpan sama ada di ruang nama pengguna [[Pengguna:Nama/Buku/Nama buku]] atau sebagai buku komuniti di [[Wikipedia:Buku/Nama buku]]. Untuk diiktiraf sebagai buku, ia mestilah tergolong dalam kategori Kategori:Buku Wikipedia (ditambah secara automatik oleh {{Buku disimpan}}).

Memuatkan buku sunting

Untuk memuatkan sesebuah buku, hanya klik pautan 'Buka di Pencipta Buku' pada sepanduk di atas setiap halaman buku. Jika sepanduk tersebut tidak wujud, tambahkan {{Buku disimpan}} di atas halaman.

Lihat juga sunting