Orang tua baptis

(Dilencongkan dari Bapa baptis)

Seseorang tua baptis (Bahasa Latin: compater[1][2] atau commater[2], patrinus;[3] Bahasa Inggeris: godparent) berperanan sebagai saksi utama dalam upacara membaptis lalu memasukkan seseorang dalam anutan agama Kristian serta dipertanggungjawabkan mendidik dan menasihati hal agama anak (atau si pemeluk jika sudah dewasa) yang dibaptiskan ini sepanjang hayatnya.[4] Kedudukan ini juga dianggap secara amnya sebagai mentor dan penjaga sah anak yang diamanahkan sekiranya apa-apa berlaku kepada kedua-dua orang tua kandung.[5][6]

Seorang paderi membaptis seorang anak dibantukan ibu bapa sambil disaksikan orang tua baptis dan diakon.

Orang yang dipertanggungjawabkan ini boleh dalam kalangan lelaki (bapa baptis, godfather) mahupun wanita (ibu baptis, godmother) .

RujukanSunting

  1. ^ Dictionarium interretiale Pons
  2. ^ a b Lexicon Germanico-Latinum Templat:Google Books
  3. ^ Susceptor Templat:Google Books
  4. ^ Fitzgerald, Timothy (1994). Infant Baptism (dalam bahasa Inggeris). Liturgy Training Publications. m/s. 17. ISBN 9781568540085.
  5. ^ Marty, Martin E. (1962). Baptism: A User's Guide (dalam bahasa Inggeris). Augsburg Books. m/s. 139. ISBN 9781451414080.
  6. ^ Ringen, S. (2007). What democracy is for: on freedom and moral government. Princeton University Press. m/s. 96.