Bárbara Mori

(Dilencongkan dari Barbara Mori)

Bárbara Mori Ochoa (Sebutan Sepanyol: [ˈbaɾβaɾa ˈmoɾi oˈtʃoa]; lahir 2 Februari 1978) ialah seorang pelakon, model, penerbit dan penulis Mexico kelahiran Uruguay. Beliau terkenal dengan memegang watak utama dalam telenovela 2004 Rubí, salah satu telenovela paling berjaya sepanjang zaman.[1][2] Sejak 2005 beliau telah muncul sebagai watak utama dalam beberapa filem Hollywood dan Bollywood seperti My Brother's Wife (2005), Violanchelo (2008), Insignificant Things (2008) terbitan Guillermo del Toro, Kites (2010), Cantinflas (2014) dan Treintona, soltera y fantástica (2016).

Barbara Mori
Mori pada 2018
Kelahiran
Barbara Mori Ochoa

(1978-02-02) 2 Februari 1978 (umur 46)
Montevideo, Uruguay
WarganegaraMexico
Uruguay
PekerjaanPelakon, model, penerbit, penulis
Tahun aktif1997–kini
Anak-anak1
SaudaraKenya Mori (kakak)

Mori memulakan kerjayanya pada 1992 sebagai model fesyen pada usia 14 tahun, kemudian memulakan kerjaya sebagai pelakon setelah membintangi siri TV 1997 Mirada De Mujer di TV Azteca; kemudian membintagi siri TV Azul Tequila. Beliau juga telah muncul dalam beberapa senarai sebagai salah seorang daripada pelakon wanita Mexico tercantik sepanjang zaman.[3]

Biografi sunting

Mori dilahirkan pada 2 Februari 1978. Beliau keturunan Uruguay-Mexico-Jepun.[4][5] Beliau mempunyai dua adik-beradik, pelakon Kenya Mori dan Kintaró Mori. Ibu bapanya, Jepang-Uruguay Yuyi Mori dan Mexico Rosario Ochoa, bercerai ketika beliau berusia tiga tahun. Mori membahagikan masany antara Mexico dan Uruguay dan akhirnya menetap di Mexico City pada usia dua belas tahun.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "7 Telenovelas that captured the world's heart". Latin Times.
  2. ^ "Las mejores telenovelas de la historia". 20minutos.es.
  3. ^ "Las 20 actrices de telenovelas mas bellas de todos los tiempos". Univision.com.
  4. ^ Mori, uruguaya y multinacional
  5. ^ "Entrevista Bárbara Mori (Parte II)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-05. Dicapai pada 2021-01-14.
  6. ^ "Bárbara Mori en la cima y con los pies bien puestos en la tierra". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-15. Dicapai pada 2021-01-14.

Pautan luar sunting