Barisan Alternatif

Barisan Alternatif merupakan sebuah gabungan tidak rasmi parti-parti politik di Malaysia yang ditubuhkan pada 1998.

Barisan Alternatif
باريسن الترناتيف
Alternative Front
SingkatanBA
PengerusiWan Azizah Wan Ismail
spppsss
Diasaskan1998
Dibubarkan2004
Didahului olehGagasan Rakyat
Digantikan olehBarisan Rakyat
Keanggotaan1 Parti Islam Se-Malaysia
2 Parti Keadilan Nasional (kemudian menjadi Parti Keadilan Rakyat)
3 Parti Tindakan Demokratik (Sehingga 2001)
4 Parti Rakyat Malaysia
5 Parti Demokratik Malaysia
6 Parti Sosialis Malaysia
IdeologiDemokrasi, Keadilan, Sosial Rakyat
Kedudukan politikPembangkang
SloganKe arah Malaysia yang lebih adil (1999)
Malaysia Baru yang adil, aman dan makmur (2004)
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Penubuhan sunting

Barisan Alternatif pernah ditubuhkan secara komitmen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 setelah Anwar Ibrahim disingkirkan dari kerajaan kerana kes liwat pertama pada 20 September 1998. Seterusnya pada 24 Oktober, empat parti pembangkang terbesar - Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Rakyat (DAP), Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) - mengumumkan perikatan pilihan raya dan mengeluarkan manifesto bersama.[1]

Ketika itu ahli-ahli BA bersetuju untuk cuma satu satu parti bertanding bagi setiap kerusi. Hasilnya banyak kerusi yang dimenangi oleh pembangkang seperti Terengganu dirampas oleh PAS dan peningkatan kerusi Parlimen. Kerusi Parlimen DAP turut bertambah namun dua pemimpinnya, Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kawasan mereka.

Rakan Parti sunting

  1. Parti Keadilan Nasional Malaysia (PKN/MNJP)
  2. Parti Tindakan Demokratik Malaysia (DAP/PTDM)
  3. Parti Rakyat Malaysia (PRM/MPP)
  4. Parti Demokratik Malaysia (MDP/PDM)
  5. Parti Islam Se-Malaysia (PAS/MIP)
  6. Parti Sosialis Malaysia (PSM/SPM)

Perpecahan sunting

Sejak dari mula lagi, perikatan ini agak regang kerana keengganan PAS menarik matlamatnya secara umum iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, sesuatu yang tidak disetujui DAP, walaupun kompromi sementara diperolehi dengan PAS bersetuju tidak memasukkannya dalam manifesto bersama.

Namun selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, dengan kemenangan besar PAS dan keputusan tidak seberapa parti lain, ketegangan ini meningkat. Lantas pada 21 September 2001, DAP mengumumkan pengundurannya dari BA.[2]

Pilihan Raya Umum 2004 sunting

Dalam pilihan raya 2004, semua calon PRM bersetuju untuk bertanding dengan tiket PKN, kerana kedua-dua buah parti ini ketika itu sedang dalam perundingan untuk bergabung. DAP yang telah keluar daripada BA pun bersaing dengan PAS atau PKN di beberapa buah kawasan, selain daripada bersaing dengan BN. Akhirnya, Abdullah Ahmad Badawi yang baru menjadi Perdana Menteri Malaysia dan terkenal dengan Islam Hadhari berjaya merampas semula Terengganu dan BN mencapai kemenangan besar di tempat lain. PAS memenangi 7 kerusi Parlimen manakala PKN hanya memenangi 1 kerusi (Wan Azizah Wan Ismail), jumlahnya 8 kerusi. Ini masih kurang daripada DAP yang memenangi 12 kerusi.



Keputusan pilihan raya umum sunting

Pemilihan Jumlah tempat duduk yang dimenangi Kerusi dipertandingkan Jumlah undi Bahagian undi Keputusan pilihan raya Pemimpin pilihan raya
1999
47 / 197
197 3,796,464 46.75% 82 kerusi;
(Barisan Alternatif)
Wan Azizah Wan Ismail
Anwar Ibrahim (de facto)
2004
21 / 219
219 5,623,984 50.87% 7 kerusi;
(Barisan Alternatif)
Anwar Ibrahim

Keputusan pilihan raya negeri sunting

Penggabungan PKN dengan PRM sunting

Parti Keadilan Nasional bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Oleh itu BA cuma mempunyai 2 buah parti komponen sahaja. Namun sesetengah ahli PRM enggan menyertai PKR, oleh itu apabila pendaftaran mereka hampir ditamatkan, mereka lekas menghantar laporan mesyuarat mereka, supaya mereka dapat mengekalkan daftar mereka. Mereka tidak menyertai semula ke dalam BA.

Kebangkitan semula sunting

Dalam pilihan raya 2008, BA bersama dengan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN. Hasilnya, mereka berjaya menawan negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, di samping mengekalkan Kelantan di tangan PAS.

Di negeri Kedah, BA bersama dengan seorang calon bebas membentuk kerajaan. Ustaz Azizan Abdul Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah dipilih sebagai Menteri Besar Kedah. Calon bebas itu pula dijemput menyertai PKR, dan beliau menerima jemputan itu.

Di Pulau Pinang pula, DAP dapat menubuhkan kerajaan kerana mendapat majoriti mudah hasil kerjasama dengan PKR. Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dilantik sebagai Ketua Menteri.

Sementara di negeri Perak dan Selangor pula, gabungan DAP, PAS dan PKR berjaya membentuk kerajaan, dengan Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Abdul Khalid Ibrahim (PKR) menjadi Menteri Besar.

Pakatan Rakyat sunting

Kedua-dua buah parti komponen Barisan Alternatif, iaitu PAS dan PKR, bersama dengan DAP, menubuhkan Pakatan Rakyat yang menggantikan Barisan Alternatif ini. Pakatan Rakyat ditubuhkan pada tahun 2008, selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting