Barisan Barat Daya (Kesatuan Soviet)

Barisan Barat Daya adalah nama yang diberi kepada Barisan (atau formasi tentera yang bersaiz kumpulan tentera darat) oleh Tentera Darat Imperial Rusia semasa Perang Dunia I, oleh Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia semasa Perang Saudara Rusia, dan oleh Tentera Merah semasa Perang Dunia II.

Barisan Barat Daya dalam artikel ini menerangkan beberapa organisasi berbeza semasa Perang Dunia II. Formasi Tentera Merah ini pertama kalinya diwujudkan pada 22 Jun 1941 dari Wilayah Tentera Khas Kiev. Sempadan barat Barisan ini pada Jun 1941 ialah 865 km panjang, dari Sungai Pripyat dan bandar Wlodawa hingga ke Sungai Prut dan bandar Lipkany di sempadan dengan Romania. Ia bersambung ke utara dengan Barisan Barat, yang meliputi ke sempadan Lithuania, dan ke selatan dengan Barisan Selatan, yang meliputi ke bandaraya Odessa di Laut Hitam.

Para Panglima sunting

Rujukan dan nota sunting


Bacaan lanjut sunting

  • Boevoi Sostav Sovietskoi Armii Czast I 1941 goda juni–dekabr 1941 Moskva 1966 (Combat composition of the Soviet Army)
  • Solonin, Mark, 22 June 1941 Bocka i obruci czili Kogda naczalas Vielikaja Oteczestvennaja vojna 2004
  • Erickson, John, The Road to Stalingrad, Cassell Military Paperback, 2003
  • Fugate, Bryan & Dvoriecki, Lev, Thunder on the Dnepr Presidio Press