Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia


Parti Berjasa Malaysia (BERJASA; Jawi: باريسن جماعه اسلاميه سمليسا) ialah sebuah parti politik di Malaysia. BERJASA merupakan parti yang diasaskan oleh Dato' Haji Muhamed bin Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan, pada tahun 1977 setelah beliau disingkirkan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Parti Barisan Jemaah Islamiah Malaysia
Parti Barisan Jemaah Islamiah Malaysia
-
Nama inggrisldldl
Nama cinaldldlfmkr
Nama tamilldkdk
Nama siamfr
SingkatanBERJASA
PemimpinZamani Ibrahim
PresidenZamani Ibrahim
Setiausaha agungZulkifli Yahya
Setiausaha pertama-
Presidium-
Jawatankuasa tetap-
Timbalan PresidenDato' Mohd. Rosli Ramli
Naib Presiden
Ketua WanitaDr Hajjah Fadilah Ashari
Ketua PemudaFahmi Bazlan Muda
Ketua PemudiNor Azliza Rajiain
PengasasMohamed Nasir
Ditubuhkan25 Disember 1977; 46 tahun yang lalu (1977-12-25)
Didaftarkan27 Disember 1977; 46 tahun yang lalu (1977-12-27)
Disahkan10 Januari 1978; 46 tahun yang lalu (1978-01-10)
Dibubarkan--
Gabungan-
PecahanParti Islam Se-Malaysia (PAS)
Didahului olehPAS
Bergabung-
Digantikan oleh----
Ibu pejabat
  • Pasir Putih kelantan
  • Puchong, Selangor
Akhbar----
Badan pemikir---
Sayap beliaAngkatan Pemuda-Pemudi BERJASA - (ANGKASA)
Sayap wanitaWanita BERJASA
Keanggotaan (2024)56,790
Ideologiislamik demoratik
Kedudukan politikBerhaluan kanan
AgamaIslam
Penggabungan kebangsaan
Penggabungan serantauasia tggh
Penggabungan benuaasia
Penggabungan antarabangsa-
Warna     Magenta
Sloganmalaysia bermaruah dan berhitmat
Lagu partiBersama Pimpin Negara
Dewan Negara Malaysia (Parlimen)
0 / 70
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
0 / 222
Dewan Undangan Negeri
0 / 576
Majlis Tempatan900
Menteri Besar-
Simbol pilihan raya
GTA-flag.svg
Bendera parti
-
Laman sesawang
https://berjasa.org.my/
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya


Kini, dari 2013. BERJASA kini diketuai oleh Zamani bin Ibrahim.

Sejarah sunting

Sebelum Penubuhan ː Pengekalan Kuasa UMNO di Kelantan sunting

Pelantikan Datuk Mohd Asri Muda sebagai Menteri dalam Kabinet Persekutuan semasa kerajaan campuran yang sebelumnya menjadi sumber kekuatan PAS Kelantan memberikan kelebihan kepada UMNO untuk memperkukuhkan kedudukan parti tersebut dalam proses politik Kelantan. UMNO Kelantan menyedari parti tersebut berada di pihak yang lemah sekiranya PAS terus diberi peluang menerajui kerajaan negeri. Menyedari hakikat tersebut, UMNO tidak mempunyai pilihan lain kecuali melakukan sesuatu tindakan yang boleh memberi keuntungan kepada UMNO tanpa mengubah struktur yang sedia ada. [1]

Pada PRU-4 (1974), UMNO diperuntukkan sebanyak 13 kerusi, manakala PAS diberikan sebanyak 22 kerusi. Oleh itu, bagi memastikan UMNO mempunyai suara yang kuat dalam Kerajaan BN di negeri Kelantan, UMNO tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan Menteri Besar dari kalangan ahli PAS yang bakal dilantik itu boleh bekerjasama dengan parti tersebut. Bahkan, keadaan akan menjadi lebih baik lagi sekiranya Menteri Besar itu berada di bawah pengaruh UMNO. Jika ini berlaku, tindakan UMNO untuk melaksanakan agenda pambangunan di Kelantan akan menjadi lebih mudah, sekaligus dapat meningkatkan sokongan orang Melayu kepada parti berkenaan. [2]

Berasaskan kepada perkiraan tersebut, UMNO Kelantan melalui Tengku Razaleigh yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Istana Kelantan telah mendekati dan melobi pihak Istana terlebih dahulu, sebelum pihak PAS mengemukakan calonnya kepada Sultan untuk diperkenankan. Memandangkan kuasa melantik Menteri Besar adalah merupakan kuasa Perdana Menteri, UMNO mengemukakan nama Muhammad Nasir sebagai calon Menteri Besar Kelantan yang baru.[2]

Sebelum Penubuhan ː PAS Berpecah Kepada Dua Pihak sunting

Sebelum PRU-4 (1974), Muhammad Nasir merupakan Timbalan Menteri Besar. Mengenai pencalonan Muhammad Nasir sebagai Menteri Besar, Sultan juga turut dimaklumkan bahawa Tun Razak merestui pemilihan tersebut. Akibatnya, PAS melalui Asri Muda terpaksa bersetuju dengan cadangan UMNO bagi menjaga hubungan baik dengan Tun Razak dan turut didorong oleh hasrat ingin melihat perpaduan UMNO dan PAS terus berkekalan dalam BN. Tambahan pula, Muhammad Nasir juga merupakan ahli PAS walaupun Asri Muda terpaksa berpuas hati dengan pelantikan calon pilihannya iaitu Wan Ismail Wan Ibrahim sebagai Timbalan Menteri Besar. [2][3]

Situasi berkenaan menjadi kemelut yang akhirnya telah menggugat perpaduan dalam PAS iaitu wujud satu pihak yang menyokong Asri Muda dan satu pihak lagi menyokong Muhammad Nasir. Tambahan pula, tindak tanduk Muhammad Nasir sebagai Menteri Besar dalam urusan politik dan pentadbiran negeri memberikan lebih banyak keuntungan kepada UMNO berbanding PAS. Berikutan itu, PAS Kelantan memaksa Muhammad Nasir meletak jawatan melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri pada 15 dan 16 Oktober 1977. Akibatnya, kedudukan BN tergugat setelah pihak UMNO menentang tindakan itu.[4]

Penubuhan BERJASA sunting

Selepas dipecat daripada PAS[5], Muhammad Nasir mengadakan mesyuarat bersama-sama pengikutnya dalam usaha menubuhkan parti baharu. Muhammad Nasir kemudiannya menubuhkan BERJASA pada Disember 1977 bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh PAS setelah parti itu meninggalkan BN. BERJASA kemudiannya mengadakan kerjasama politik dengan UMNO bagi mengharungi PRU-5 (1978), terutamanya bertujuan untuk menentang PAS, khususnya di Kelantan.

BERJASA diterima menyertai BN pada 17 Mei 1980. UMNO dan BERJASA bekerjasama erat untuk menjatuhkan PAS. Pembahagian kerusi DUN dan parlimen antara UMNO dan BERJASA dibuat dengan UMNO berjaya mendapat lebihan kerusi berbanding BERJASA. UMNO sebagai parti induk meletakkan lebih ramai calonnya dalam Pilihan Raya Negeri 1978. Faktor kekalahan PAS kepada UMNO di Kelantan pada pilihan raya tersebut adalah disumbangkan oleh kewujudan BERJASA yang menyokong UMNO dalam pilihan raya itu.[6]

Kepimpinan Pertama sunting

JAWATAN NAMA PENUH
Yang Dipertua Dato' Biji Sura Muhamed bin Nasir
Timbalan Yang Dipertua Ustaz Ali Taib
Naib Dipertua Dato' Hassan Adli Mohd Arshad
Naib Yang Dipertua Ustaz Abu Bakar Hamzah
Ketua Ulamak Dato' Haji Muhammad Che Wok
Ketua Muslimat Ustazah Fatimah Az-Zahra
Ketua Pemuda Dato' Ibrahim Ali
Setiausaha Agung Profesor Emeritus Dato' Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid
Bendahari Dato' Wan Hashim Wan Ahmad

Organisasi sunting

Senarai Ahli Jawatankuasa Pusat BERJASA 2019 – 2021[7]

JAWATAN NAMA PENUH
Presiden Dato' Dr. Badhrulhisham bin Abdul Aziz
Timbalan Presiden Hamidi bin Abu Hassan
Naib Presiden Mohd Hazizi bin Ab Rahman
Naib Presiden Mohd Shokri bin Mahmood
Ketua Wanita Azizah binti Che Awang
Ketua Angkatan Pemuda Pemudi

Hazwan bin Mohamad[8]

Setiausaha Agung Abd Aziz bin Sardan
Penolong Setiausaha Muhammad Thalhah bin Kamarol Zaman
Bendahari Abdul Razak bin Jantan
Penolong Bendahari Siti Aishyah binti Sulaiman
Ketua Penerangan Hazwan bin Mohamad
Ahli Jawatankuasa Shaharuzzaman bin Bistamam
Ahli Jawatankuasa Asral Widad binti Ahmad Asnawi
Ahli Jawatankuasa Abdul Fisol bin Mohd Isa
Ahli Jawatankuasa Zainal Abidin bin Abd Rahman
Ahli Jawatankuasa Azura binti Ali
Ahli Jawatankuasa Bariman bin Yasimin
Ahli Jawatankuasa Mukram bin Mohd Taib

Kerjasama dengan Parti Politik Lain sunting

Penglibatan dalam Pilihan Raya Malaysia sunting

Pilihan Raya Negeri Kelantan 1978

Pilihan Raya DUN Kelantan tahun 1978 merupakan pilihan raya pertama yang ditandingi oleh BERJASA. Pilihan raya ini diadakan setahun lebih awal dari masa yang sepatutnya setelah berlakunya krisis politik di Kelantan yang berakhir dengan pelaksanaan darurat. Pengalaman pertama menyertai pilihan raya bagi parti yang baru ditubuhkan dengan memperoleh 11 kerusi daripada 24 kerusi DUN merupakan pencapaian yang memberangsangkan bagi BERJASA. Pilihan Raya Negeri Kelantan 1978 telah menyaksikan kejatuhan pemerintahan PAS selepas 4 penggal. BERJASA yang diatur penubuhan dan kerjasama UMNO didaftarkan dalam tempoh yang pendek sebagai persiapan untuk PRN.

UMNO/BN bersama BERJASA membentuk kerajaan campuran, di mana Tan Sri Mohamed Yaacob, ADUN Lanas dari UMNO/BN menjadi Menteri Besar, manakala Tan Sri Muhamed bin Nasir dilantik sebagai Senator menjawat Menteri Kabinet di Jabatan Perdana Menteri.

Dari sudut pembahagian kerusi, 12 kerusi ditandingi BN bagi melawan PAS, 12 kerusi ditandingi BERJASA bagi melawan PAS, manakala baki 12 kerusi ditandingi secara bersama antara BN dan BERJASA bagi menentang PAS.

Hasil keputusannyaː

  • BN menang 23 kerusi daripada 24 yang ditandingi, termasuk semua kerusi yang ditandingi bersama BERJASA bagi melawan PAS.
  • BERJASA pula menang 11 dari 12 kerusi yang melawan PAS, manakala kalah di kesemua 12 kerusi yang ditandingi bersama BN bagi melawan PAS.
  • PAS menang 2 kerusi sahaja

BERJASA kalah kepada PAS di DUN Sering dengan majoriti kecil, 84 undi. Keputusan di 4 kerusi DUN yang ditandingi secara bersama dengan BN bagi melawan PAS iaitu Bandar Pasir Mas, Telipot, Gual Ipoh dan Bandar Machang, calon BERJASA mendapat undi lebih besar berbanding undi calon PAS. Walau bagaimanapun, 5 calon BERJASA hilang wang pertaruhan, di kerusi saingan 3 atau 4 penjuru bersama calon bebas.

Dalam keputusan tersebut, UMNO/BN bersama BERJASA membentuk kerajaan campuran, di mana Tan Sri Mohamed Yaacob, ADUN Lanas dari UMNO/BN menjadi Menteri Besar, manakala Tan Sri Muhamed bin Nasir dilantik sebagai Senator menjawat Menteri Kabinet di Jabatan Perdana Menteri. Selepas daripada itu, BERJASA diterima menyertai BN pada 17 Mei 1980.[9]

Pilihan Raya Umum Malaysia 1982

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1982, BERJASA diperuntukkan 12 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen yang ditandingi secara langsung dengan PAS dalam PRN 1978, atas tiket BN. Calon BERJASA mewakili BN hanya mampu bertahan 4 kerusi sahaja: Simpangan, Tendong, Tok Uban dan Peringat, dengan majoriti yang berkurangan. Calon BERJASA di Kemumin dan Salor, di samping calon UMNO di Selising hilang kelayakan bertanding, memberikan PAS menang tanpa bertanding di Kemumin dan Selising, sementara di Salor, PAS menang setelah mengalahkan calon bebas yang disokong UMNO.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1986

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1986, BERJASA tidak menyertai pilihan raya kerana BERJASA telah keluar dari Barisan Nasional dan membantah penerimaan masuk Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) ke dalam BN. Presiden BERJASA ketika itu ialah Dato Wan Hashim Wan Ahmad[10].

 
Bendera dan logo BERJASA (1978-2020)

Pilihan Raya Umum Malaysia 1990

Pada 1989, BERJASA menyertai Angkatan Perpaduan Ummah (APU), bersama Parti Melayu Semangat 46, PAS dan HAMIM. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1990, BERJASA diperuntukkan kerusi Sungai Keladi untuk menentang BN yang diwakili MCA. Buat pertama kali, kerusi yang dimenangi oleh calon MCA di pusat bandar Kota Bharu sejak 7 kali pilihan raya ditumpaskan oleh seorang calon Melayu yang bertanding dengan lambang parti BERJASA. Presiden BERJASA, Dato' Wan Hashim Wan Ahmad dilantik sebagai anggota EXCO. 

Pilihan Raya Umum Malaysia 1995

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995, kerusi DUN Sungai Keladi yang ditukar nama selepas persempadanan 1993, DUN Kota Lama, yang ditandingi oleh Timbalan Presiden BERJASA, Yusoff Mohd Noor kalah kepada calon MCA. Selepas Semangat 46 membubarkan parti dan ahli-ahlinya menyertai UMNO, Angkatan Perpaduan Ummah terbubar sendirinya. Selepas daripada pembubaran APU, BERJASA bersendirian dan tidak aktif dalam politik pilihan raya.[11]

Pilihan Raya Umum Malaysia 1999

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, BERJASA telah bertanding di Parlimen Kota Bharu menentang BN dan Keadilan. Bagaimanapun, calon tersebut kalah dan hilang deposit.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2013

Parti ini muncul semula pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, dengan penampilan berbeza setelah membuat kerjasama dengan NGO Islam iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang meletakkan calon bertanding di beberapa kawasan campuran yang tidak ditandingi oleh orang Islam. Walau bagaimanapun, prestasi BERJASA dan ISMA pada pilihan raya tersebut tidaklah memberangsangkan setelah kalah di semua 14 kerusi yang ditandingi serta hilang wang deposit [12][13]

Pilihan Raya Umum Malaysia 2018

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2018, BERJASA turut menyertainya dan bergabung dalam Gagasan Sejahtera yang turut dianggotai oleh PAS[14]. Gagasan Sejahtera telah bersetuju untuk menggunakan lambang PAS sebagai lambang bersama bagi parti gabungan Gagasan Sejahtera[15]. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kerusi yang ditandingi BERJASA atas tiket sendiri, bukan PAS[16].

Sejarah penyertaan pilihan raya sunting

Tahun Jenis Kawasan Negeri Nama Calon Catatan
2019 Pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai Johor Prof. Dato' Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz Hilang Deposit
2018 Pilihan raya umum Parlimen Selayang Selangor Brig. Jeneral (B) Datuk Hashim Abd Karim Calon Gagasan Sejahtera

Kalah

Parlimen Tanjung Piai Johor Nordin Othman Calon Gagasan Sejahtera

Hilang Deposit

Parlimen Cameron Highlands Pahang Mohd Tahir Kassim Hilang Deposit
DUN Batu Kurau Perak Zainal Abidin Abd Rahman Hilang Deposit
DUN Sungai Manik Perak Datuk Mustapa Kamal Maulut Hilang Deposit
2013 Pilihan raya umum Parlimen Cameron Highlands Pahang Mohd Shokri Mahmood Hilang Deposit
Parlimen Batu Wilayah Persekutuan Brig. Jeneral (B) Datuk Hashim Abd Karim Hilang Deposit
Parlimen Alor Setar Kedah Ahmad Fisol Mohd Isa Tajaan ISMA

Hilang Deposit

Parlimen Padang Serai Kedah Hamidi Abu Hassan Tajaan ISMA

Hilang Deposit

Parlimen Tapah Perak Shaharuzzaman Bistamam Tajaan ISMA

Hilang Deposit

Parlimen Selayang Selangor Mohd Hazizi Ab Rahman Tajaan ISMA

Hilang Deposit

Parlimen Subang Selangor Mohamad Ismail Tajaan ISMA

Hilang Deposit

Parlimen Kapar Selangor Mohd Pathan Hussin Tajaan ISMA

Hilang Deposit

Parlimen Seremban Negeri Sembilan Abdul Halim Abdullah Tajaan ISMA

Hilang Deposit

DUN Kulim Kedah Mohd Junip Huzayin Hilang Deposit
DUN Derga Kedah Ahmad Fisol Mohd Isa Tajaan ISMA

Hilang Deposit

DUN Kuala Sapetang Perak Zainal Abidin Abd Rahman Hilang Deposit
DUN Hutan Melintang Perak Azahari Abdullah Hilang Deposit
DUN Kajang Selangor Mohamad Ismail Tajaan ISMA

Hilang Deposit

1999 Pilihan raya umum Parlimen Kota Bharu Kelantan Mohd Din Nizamdin Hilang deposit
1995 Pilihan raya umum DUN Kota Lama Kelantan Mohd Yusoff Haji Mohd Nor Calon Angkatan Perpaduan Ummah

Kalah

1990 Pilihan raya umum DUN Padang Garong Kelantan Datuk Wan Hashim Wan Ahmad Calon Angkatan Perpaduan Ummah

Menang

Dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

1983 Pilihan raya kecil[17] DUN Kemumin Kelantan Omar Ibrahim Calon Barisan Nasional

Menang

1982 Pilihan raya umum Parlimen Bachok Kelantan Ghazali Awang Ibrahim Calon Barisan Nasional

Kalah

DUN Simpangan Kelantan Tahir Abdul Aziz Calon Barisan Nasional

Menang

DUN Tendong Kelantan Abdul Ghani Mahmud Calon Barisan Nasional

Menang

DUN Tok Uban Kelantan Daud Yatimee Ahmad Calon Barisan Nasional

Menang

DUN Peringat Kelantan Wan Hashim Wan Ahmad Calon Barisan Nasional

Menang

DUN Meranti Kelantan Calon Barisan Nasional

Kalah

DUN Kubang Kerian Kelantan Calon Barisan Nasional

Kalah

DUN Tawang Kelantan Calon Barisan Nasional

Kalah

DUN Perupok Kelantan Calon Barisan Nasional

Kalah

DUN Lemal Kelantan Calon Barisan Nasional

Kalah

DUN Salor Kelantan Calon Barisan Nasional

Kalah

DUN Sering Kelantan Calon Barisan Nasional

Kalah

1978 Pilihan raya kecil[18] DUN Tendong Kelantan Ghazali Awang Ibrahim Menang
Pilihan raya negeri DUN Simpangan Kelantan Tahir Abdul Aziz[19] Menang
DUN Kemumin Kelantan Omar Ibrahim[20] Menang
DUN Tendong Kelantan Datuk Mohamed Nasir[21] Menang, meletak jawatan pada 19 April 1978 untuk dilantik sebagai Senator
DUN Meranti Kelantan Hanifa Ahmad[22] Menang

Dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

DUN Kubang Kerian Kelantan Nik Bahari Shah Jusoh Menang
DUN Tawang Kelantan Dato' Mohd Daud Mohd Ali Menang
DUN Perupok Kelantan Wan Mohamad Wan Ahmad Menang
DUN Lemal Kelantan Noor Mohamad Mohd Din Menang
DUN Tok Uban Kelantan Daud Yatimee Ahmad[23] Menang

Dilantik Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan

DUN Salor Kelantan Mohd Safian Awang Menang
DUN Peringat Kelantan Wan Hashim Wan Ahmad[24] Menang

Dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

DUN Sering Kelantan Che Ismail Abdullah[25] Kalah
DUN Telipot Kelantan Hassan Yaakob[26] Kalah
DUN Bandar Pasir Mas Kelantan Tengku Iskandar Ahmad[27] Kalah
DUN Gual Ipoh Kelantan Shafii Abdul Rahman[28] Kalah
DUN Bandar Machang Kelantan Tuan Ismail Tuan Mat Kalah
DUN Semut Api Kelantan Nik Mat Nik Din Kalah
DUN Lanas Kelantan Shahidin Abdul Rahman Hilang Deposit
DUN Sungai Rasau Kelantan Abdullah Ahmad Hilang Deposit
DUN Selising Kelantan Setapa Abdul Rahman Hilang Deposit
DUN Bandar Pasir Putih Kelantan Abdul Razak Awang Kechik Hilang Deposit
DUN Temangan Kelantan Ahmad Tabarani Harun Kalah
DUN Guchil Kelantan Mat Hussin Hassan Gul Kalah
DUN Jeli Kelantan Che Mahmud Mohd Ali Hilang Deposit
1974 Pilihan raya umum DUN Tendong Kelantan Datuk Mohamed Nasir Menang atas tiket BN-PAS menentang Bebas Bersatu

Mengasaskan BERJASA selepas dipecat PAS pada 1977

DUN Telipot Kelantan Hassan Yaakob Menang atas tiket BN-PAS menentang Bebas Bersatu

Menyertai BERJASA pada 1978, sebelum pilihan raya negeri

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Mohd Ali Kamarudin. Penaungan Dalam Kepimpinan Politik Melayu UMNO Kelantan, 1946-1990. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 2004, hlm. 155-156
  2. ^ a b c Mohd Ali Kamarudin. Penaungan Dalam Kepimpinan Politik Melayu UMNO Kelantan, 1946-1990. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 2004, hlm. 156.
  3. ^ Zaidi Abdul Rahman dan Osman Md Rasib. Penglibatan BERJASA Dalam Pilihan Raya Umum Di Malaysia, 1977-2013. Dlm. Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). Demokrasi dan Pilihan Raya. Jilid 2. Bil 1, Januari – Disember 2013, hlm. 106.
  4. ^ Utusan Melayu, 16 Oktober 1977.
  5. ^ https://www.bharian.com.my/node/5160
  6. ^ Mahadzir Mohd Khir. Kuasa Melayu: Satu Analsisi Peralihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2012, hlm. 184.
  7. ^ Gandingan Profesional, Ulama dan Orang Muda Terajui Kepimpinan Berjasa. BERJASA
  8. ^ Saf kepimpinan baharu Pergerakan Pemuda BERJASA BERJASA
  9. ^ a b Utusan Zaman, 17 Ogos 1980.
  10. ^ http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19890606-1.2.15.6?ST=1&AT=search&k=1978%20berjasa&QT=1978,berjasa&oref=article
  11. ^ Michael Leifer. Dictionary of the Modern Politics of South-East Asia. Taylor & Francis. m/s. 73. ISBN 0-415-23875-7.
  12. ^ Keputusan PRU13 bagi 7 tokoh ISMA Diarkibkan 2013-05-08 di Wayback Machine. ISMA web. Capaian 7-5-2013
  13. ^ Isma tanding PRU13 guna tiket Berjasa Diarkibkan 2014-05-13 di Wayback Machine. Sinar Harian. Capaian 07-03-2013.
  14. ^ https://www.thestartv.com/v/barisan-jemaah-islamiah-se-malaysia-to-join-gagasan-sejahtera
  15. ^ https://www.malaysiakini.com/news/409580
  16. ^ http://www.astroawani.com/berita-politik/pas-berjasa-bertembung-di-kerusi-parlimen-cameron-highlands-dun-batu-kurau-174135
  17. ^ Pilihan Raya Kecil DUN Kemumin, Kelantan diadakan pada 8 September 1983 berikutan pembatalan kemenangan wakil PAS oleh Mahkamah
  18. ^ Pilihan Raya Kecil DUN Tendong diadakan pada 10 Jun 1978 berikutan perletakan jawatan penyandangnya yang dilantik sebagai Senator.
  19. ^ Beliau merupakan calon Bebas Bersatu yang menentang calon Barisan Nasional (UMNO dan PAS) dalam PRU 1974 bagi DUN Simpangan.
  20. ^ Beliau merupakan calon Bebas Bersatu yang menentang calon Barisan Nasional (UMNO dan PAS) dalam PRU 1974 bagi DUN Kemumin.
  21. ^ Beliau merupakan calon Barisan Nasional (PAS) yang menentang calon Bebas Bersatu dalam PRU 1974 bagi DUN Tendong. Selepas PRU 1974, UMNO (Komponen Barisan Nasional) melantik beliau sebagai Menteri Besar Kelantan, sedangkan PAS (juga komponen Barisan Nasional) mempunyai calon lain. Pada September 1977, beliau telah dipecat daripada PAS dan menubuhkan BERJASA. Selepas PRN 1978, beliau meletak jawatan sebagai ADUN selepas dilantik menjadi Ahli Dewan Negara dan menjadi salah seorang Jemaah Menteri peringkat Persekutuan.
  22. ^ Beliau merupakan calon Bebas Bersatu yang menentang calon Barisan Nasional (UMNO dan PAS) dalam PRU 1974 bagi DUN Meranti.
  23. ^ Beliau merupakan calon Bebas Bersatu yang menentang calon Barisan Nasional (UMNO dan PAS) dalam PRU 1974 bagi DUN Jeli.
  24. ^ Beliau merupakan calon PAS yang berjaya menentang calon Barisan Nasional (UMNO) dalam PRU 1969 bagi DUN Kota Bharu Timur. Beliau turut dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan.
  25. ^ Beliau merupakan calon Bebas Bersatu yang menentang calon Barisan Nasional (UMNO dan PAS) dalam PRU 1974 bagi DUN Telipot.
  26. ^ Beliau merupakan calon Barisan Nasional (PAS) yang menentang calon Bebas Bersatu dalam PRU 1974 bagi DUN Telipot. Beliau juga merupakan calon PAS yang menentang calon Barisan Nasional dalam PRU 1977 bagi DUN Telipot. Walau bagaimanapun, pada 10 Februari 1978, beliau telah keluar PAS dan menyertai BERJASA seterusnya menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan sehingga DUN Kelantan dibubarkan pada 13 Februari 1978.
  27. ^ Beliau merupakan calon Bebas Bersatu yang menentang calon Barisan Nasional (UMNO dan PAS) dalam PRU 1974 bagi DUN Bandar Pasir Mas.
  28. ^ Beliau merupakan calon Bebas Bersatu yang menentang calon Barisan Nasional (UMNO dan PAS) dalam PRU 1974 bagi DUN Gual Ipoh.

Pautan luar sunting