Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin

Pertubuhan politik dan ketenteraan palestin

Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin (Bahasa Arab: الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين, al-Jabhah al-Sha`biyyah li-Tahrīr Filastīn) adalah parti dan organisasi sayap kiri yang menjadi anggota dari Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Barisan ini ditubuhkan pada 11 Disember 1967 sebagai perluasan cawangan Palestin daripada Gerakan Nasionalis Arab, yang runtuh selepas kekalahan Perang Enam Hari.

Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin
الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين
SingkatanPFLP
Setiausaha agungAbu Ali Mustafa (-2001)
Ahmad Sa'adat (2001-sekarang)
PengasasDr. George Habash
Ditubuhkan11 Disember 1967; 56 tahun yang lalu (1967-12-11)
Ibu pejabatDamsyik, Syria
Sayap separa tenteraBriged Abu Ali Mustafa
Ideologi
Kedudukan politikJauh kiri
Penggabungan serantauPertubuhan Pembebasan Palestin
Perikatan Demokratik
Penggabungan antarabangsaSeminar Komunis Antarabangsa (tidak berfungsi)
Paksi Penentangan
Majlis Perundangan Palestin
3 / 128
Laman sesawang
pflp.ps
Politik Negara Palestin
Parti politik
Pilihan raya

PFLP ini diasaskan dengan mesyuarat pimpinan cawangan Palestin dari Gerakan Nasionalis Arab; antara lain Dr. George Habash, Mustafa Al Zubairi yang masyhur dikenal sebagai Abu Ali Mustafa, Wadie Haddad, Ahmad Hussein Al Yamani, Hussein Hammoud (Abu Assad), Nayef Hawatmeh yang kemudian keluar dan mengasaskan Barisan Demokratik untuk Pembebasan Palestin (DFLP), dan Muhammad Al Qadi yang bersara pada pertengahan dekad 1970-an. Pimpinan Gerakan Nasionalis Arab ini bertemu dengan pimpinan kumpulan Palestin yang lain, yakni seperti Barisan Pembebasan Palestin (dengan Ahmed Jibril yang kemudian keluar untuk menubuhkan Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin – Perintah Am (PFLP–GC)), dan beberapa orang bebas.[3]

Barisan memulakan tindakan tentera berdasarkan pandangan bahawa rakyat Palestin harus bergantung kepada pasukan mereka sendiri untuk membebaskan Palestin selepas kekalahan rejim Arab dalam perang 1967, dan dipengaruhi oleh pengalaman gerila dalam gerakan pembebasan antarabangsa seperti pengalaman Vietnam dan Cuba.[4]

Barisan PFLP dan PLO sunting

Barisan PFLP menyertai PLO pada tahun 1968 selepas Pertempuran Karameh di bulan Mac tahun yang sama. Barisan PFLP mengekalkan keanggotaannya dalam pertubuhan meskipun terdapat perbezaan dengan Yasser Arafat dalam kedudukan politik. Barisan PFLP kemudian berubah menjadi puak terbesar kedua sesudah Fatah di dalam PLO.[5]

Kepimpinan Barisan sunting

George Habash memegang Sekretariat Agung dari penubuhan Barisan sehingga peletakan jawatannya pada kongres VI di tahun 2000 lalu digantikan oleh Mustafa Al Zubairi atau Abu Ali Mustafa yang kembali ke Palestin dan dibunuh pada 27 Ogos 2001. Kepimpinan Abu Ali Mustafa lalu digantikan oleh Ahmed Saadat. Ahmed Saadat ditangkap Pihak Berkuasa Palestin selepas Israel menuduh Saadat membunuh Menteri Pelancongan Israel Rehavam Ze'evi sebagai tindak balas dendam atas pembunuhan Abu Ali Mustafa.[6] Saadat dan empat anggota Barisan PFLP dipenjarakan di penjara Jericho. Di tahun 2006, Israel menyerbu penjara Jericho dan menculik Saadat serta membawa Saadat ke penjara Ofer.

Saadat kekal dalam jawatannya sebagai Setiausaha Agung manakala kepimpinan di luar penjara dikawal oleh Timbalan Setiausaha Abderrahim Mallouh sehingga kemangkatannya pada 23 Disember 2020.

Penerbitan Barisan sunting

Majalah Al Hadaf sunting

Majalah Al Hadaf adalah alat sebaran Barisan PFLP. Majalah Al Hadaf ditubuhkan pada 1969 sebagai pengganti majalah Al Hurriyyah yang merupakan alat sebaran Gerakan Nasionalis Arab. Majalah ini diasaskan dan disunting Ghassan Kanafani sehingga pembunuhannya pada Bulan Julai 1972.[7]

Buletin PFLP sunting

Buletin PFLP adalah majalah bulanan berbahasa Inggeris yang terbit dari Mac 1979 sampai November 1983.[8]

Palestin Demokratik sunting

Palestin Demokratik adalah sebuah majalah berbahasa Inggeris yang diterbitkan di Damsyik untuk menggantikan Buletin PFLP dalam Bahasa Inggeris sebelumnya yang sudah berhenti terbit. Majalah ini dikeluarkan secara tidak teratur.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Profile: Popular Front for the Liberation of Palestine BBC News, 18 November 2014
  2. ^ "Jailed PFLP leader: Only a one-state solution is possible" [Pemimpin PFLP yang dipenjara: Hanya solusi satu negara yang boleh dilakukan]. Haaretz. 29 April 2012. Dicapai pada 8 Mei 2012.
  3. ^ "الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين". 29 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2017.
  4. ^ Buck, Terry James (2013). The Decline of the Popular Front for the Liberation of Palestine: A Historical Analysis (PDF). m/s. 62. Dicapai pada 17 Disember 2023.
  5. ^ Alexander, Yonah (1 Januari 2003). "Popular Front for the Liberation of Palestine". Palestinian Secular Terrorism: Profiles of Fatah, Popular Front for the Liberation of Palestine, Popular Front for the Liberation of Palestine - General Command, and Democratic Front for the Liberation of Palestine. Ardsley, NY: Transnational Publishers. m/s. 33. doi:10.1163/9789004479500_004. ISBN 9789004479500.
  6. ^ "الامين العام". Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2020. Dicapai pada 1 Januari 2021.
  7. ^ Abu Syarif, Bassam (26 Julai 2019). "قصة تأسيس مجلة الهدف.. ودور غسان كنفاني". صحيفة رأي اليوم. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2019. Dicapai pada 5 Januari 2021.
  8. ^ a b Ditulis pada موقع "الوثائق التاريخية للجبهة الشعبية لتحرير فلسطين" ملف PDF. "Democratic Palestine" (PDF) (3). Damsyik. Mei 1984: 2. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 30 Oktober 2019. Dicapai pada 5 Januari 2021. Cite journal requires |journal= (bantuan)

Pautan luar sunting